Pages

20 May 2008

memoirs of surabaya

entri terakhir adalah 3 mei yang lalu. bukannya sudah malas mahu menulis, bahkan terlalu banyak yang ingin diceritakan cuma masa yang mencemburui penulis di kala ini. oh ye, sementara menantikan tawaran PRP (provisional registered pharmacist), saya meluangkan cuti yang ada ini dengan menjadi bibik sementara waktu di rumah abang. mengasuh anak saudara di samping memberi latihan buat diri dengan urusan rumahtangga. hehe. yelah, dah lama tidak mengaktifkan diri di dapur.

:: 6 mei 2008 ::
sedikit kisah saya di surabaya. saya kira lawatan ke surabaya selama seminggu tempoh hari memang tidak sia-sia, banyak sangat yang saya pelajari terutamanya tentang kehidupan. kami bertolak ke LCCT pada malam 5hb dan tiba di sana seawal 4.30am. selesai solat subuh dan sarapan kami, langsung sahaja kami ke lapangan terbang. penerbangan kami bertolak pada jam 10.15am dan dalam 2 jam 40 minit kemudian alhamdulillah selamatlah sudah kami mendarat di lapangan terbang rwanda. kesihatan saya agak terganggu di kala itu, selesema dan demam sedikit. walaupun begitu, ia tidak langsung mengurangkan rasa berkobar-kobar saya untuk menikmati bumi surabaya.

sesampai di sana, kami mengalami sedikit masalah kerna bagasi-bagasinya belum tiba. mujurlah ada dr syed iaitu dekan kami yang sememangnya petah berbahasa indonesia menguruskan hal berkenaan. rupa-rupanya bagasi kami masih ada di malaysia. oh, macam manalah air asia menguruskannya ya?ish ish ish. sementara itu, kami dibawa oleh pihak universiti air langga ke tempat penginapan kami iaitu Asrama Haji. asrama ini boleh saya katakan ala-ala seperti kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, yang mana menempatkan jemaah haji. ada replika Kaabah, tempat melontar dan macam-macam lagi. saya kira lengkap kalau hendak berpraktikal di sini. menarik!oh setibanya kami di sini, masing-masing yang sudah keletihan menggagahkan diri juga untuk menjamah hidangan. kalau tidak makan, perut menangis pulak nanti. usai solat, kami langsung sahaja menutupkan mata. wah, enaknya (=_=)

malam itu, kami dibawa ke pusat membeli belah di bandar surabaya. hmm, tiada apa yang menarik untuk saya ceritakan kerana tiada bezanya dengan mid valley. saya kurang setuju sebenarnya kami dibawa ke sini, tetapi apakan saya, ikut sajalah. saya zip mulut saya dari menyatakan ketidakpuasan hati malam itu.

:: 7 mei 2008 ::
sehari suntuk kami berada di UNAIR, spesifiknya di fakultas farmasi. hmm, saya suka bangunannya, walaupun lama tetapi sangat antik. kami dibawa melawat sekitar fakultas farmasi terbaik di bumi jawa itu. dorsen-dorsennya (para pensyarah) ramah sekali memberi penerangan. di sebelah petangnya pula, kami ke kilang ubat (yang saya lupa nama kilang tersebut). di sana, kami diberi penerangan berkaitan Good Manufacturing Practice yang diamalkan di situ. mujurlah saya sudah belajar subjek ini semester lepas, jadi tidaklah kepala pusing apabila diberi penerangan. dari sini, kami maklum bahawa pelajar farmasi di indonesia rata-ratanya didedahkan dengan bidang industri yang mana berbeza dengan kami di usm yang tumpuannya dilebihkan ke bidang klinikal. hmm, perbezaan kan membawa rahmat sebenarnya? (^^,). usai sahaja lawatan ke kilang, kami dibawa ke Wisata Batek Home (kalau saya tidak silap namanya). pusat ini merupkan pusat penjualan batik dan kraftangan terbesar di surabaya. sampai sahaja di sana, kami leka dengan barangan batik di situ. dan saya, acapkali jatuh hati dengan batik-batik yang ada di situ. saya memilih beberapa barangan untuk cenderahati orang rumah. sungguh masa sejam yang diperuntukkan tidak cukup langsung, maka terpaksalah kami membeli ala-ala 'shopping spree' - capai sahaja apa yang berkenan di hati tanpa membuat perbandingan harga. dan ada kawan saya yang tidak sedar belanjanya hampir satu juta rupiah!!weehoo. malam itu kami sibuk berkemas untuk ke bojonegoro keesokan harinya. nite everyone! (*_*)

:: 8 mei 2008 ::
seawal 9.00am kami telah memulakan perjalanan kami ke desa sarangan, karno-bojonegoro. sepanjang perjalanan 3 jam itu, kami dihiburkan oleh chika, seorang cowok UNAIR yang saya kira seorang yang menarik orangnya. satu persatu sejarah indonesia diceritakan kepada kami. mujur juga saya duduk di bahagian belakang bas, dapatlah juga saya mendengar celoteh adik yang petah itu. sedar tidak sedar, kami tiba di destinasi kira-kira 30 minit sebelum zuhur. kedatangan kami disambut dengan meriahnya oleh warga desa terutamanya kanak-kanak yang memang teruja melihat bas. seusai solat zohor, kami menjamah makan tengah hari yang enak sekali pada saya. langsung selepas itu, kami ditemukan dengan keluarga inang (keluarga angkat) masing-masing. saya dan shishi menjadi adik-beradik angkat di surabaya. yeay!seronok juga semasa sesi taaruf dengan ahli keluarga. walaupun bahasanya agak susah difahami (jawo halus), kami berdua sedikit sebanyak dapat memahami isi perbualan dengan bantuan vivi (pelajar UNAIR) yang menginap bersama kami. di sebelah malamnya kami ada sesi pertemuan dengan warga kampung. menarik sekali ^^,

:: 9 mei 2008 ::
di sebelah pagi, kami ada aktiviti 'olahraga'/bersiar-siar mengelilingi kawasan kampung. waduh-waduh, indah sekali pemandangannya. segar rasanya di pagi hari itu. selepas itu, kami sibuk menguruskan tugasan kami untuk Pengobatan Gratis/Pemeriksaan Percuma untuk penduduk kampung. saya ditugaskan di bahagian dispensing ubat bersama-sama asyrul dan zetty dan beberapa orang sahabat dari UNAIR. pada pendapat sayalah, sistem pengurusan yang kurang sistematik menyebabkan kami sedikit huru-hara (haha, ayat hiperbola) sewaktu tempoh lawatan klimaks. dan satu masalah lagi buat kami dari Malaysia adalah kerana sistem yang digunakan oleh mereka agak berbeza dengan sistem di Malaysia dan paling menarik, kami bertiga tidak diberi panduan langsung. hmm, memang tidak patut, terpaksalah kami belajar sendiri. apa-apa pun, saya rasa puas dapat berkhidmat di bahagian ini. tidak tahulah apa cerita kawan-kawan saya yang bertugas di bahagian lain. setelah penat menabur bakti (hoho), kami menghiburkan penduduk kampung di sebelah malamnya. terkejut saya kerana acara malam itu dihadiri oleh sejumlah penduduk kampung yang menyamai persembahan sebuah mini konsert. punyalah ramai. kami terkejut sangat-sangat. meskipun ada masalah teknikal yang berulang-kali diselesaikan oleh pihak UNAIR, kami tetap semangat mempersembahkan dikir barat dan boria yang latihannya memakan masa 2 hari. redah je la! selain itu, kami turut dihiburkan dengan persembahan dari warga kampung dan pihak UNAIR. menarik kerana sedikit sebanyak kami dapat mempelajari budaya dari Indonesia khususnya di Desa Sarangan itu sendiri.

:: 10 mei 2008 ::
di pagi hari, kami beramai-ramai bergotong-royong membersihkan kampung. dan itulah pertama kali saya memegang sabit, menebas rumput. sabit ada sahaja di rumah saya, tetapi saya tidak pernah menggunakannya kerana takut dengan matanya yang tajam. menarik sebenarnya kalau diingat kembali aktiviti yang kami lakukan di pagi tersebut. suasana kampung yang sejati. dan saya benar-benar menyukainya. selepas itu, kami berkemas untuk pulang semula ke UNAIR. hmm, sungguh tidak sangka, penduduk kampung menangis menghantar kami. saya tidak sangka begitu sekali penghargaan mereka buat kami. kami dibekalkan dengan pelbagai bekalan oleh ibu angkat. hmm suasana yang syahdu. dan untuk kami, ia suatu pengalaman yang sungguh berharga sekali. malam itu, kami tiba di asrama haji lewat jam 9. semua letih. dan dalam keletihan itu, kami terpaksa mengemaskan bagasi kerana seawal jam 5.30 pagi keesokannya kami perlu bertolak ke lapangan terbang.

:: 11 mei 2008 ::
bye bye surabaya!
selamat datang ke malaysia. sungguh saya sangat merindui malaysia. tiada apa yang lebih baik dari malaysia. kerna saya anak malaysia.



3 May 2008

oh surabaya


surabaya - here i come!

right now, i'm busy packing. hmm still i don't feel excited at all. sooner i guess.

(**,)
 

Template by BloggerCandy.com