sambungan daripada catatan dari jelapang padi - episod 1
seminggu kemudian, saya berpindah ke rumah baru. spesifiknya bilik sewa baru. tuan punya rumah tersebut adalah seorang makcik yang sudah pencen. baik orangnya, rajin ke masjid. walau bagaimanapun, dua bulan kemudiannya, saya kalut mencari tempat menyewa yang baru. ada beberapa sebab yang relevan untuk saya berbuat demikian. (1) makcik tersebut tidak berapa gemar saya keluar di tengah malam/pagi dan adakalanya pulang lewat ke rumah. sudah saya jelaskan bahawa memang tugas saya yang perlu on-call memaksa saya berbuat demikian. bukan suka-suki. saya pun risau juga pasal keselamatan saya. tetapi, makcik tersebut tetap tidak suka. minta maaf sangat-sangat =( (2) ada bezanya duduk bersama tuan rumah. balik sahaja dari tempat kerja, saya akan beli siap-siap makan malam saya dan makan di rumah dengan makcik. kiranya dinner awal la. segan hendak memasak di rumah orang. lepas solat isya', saya hanya akan memerap dalam bilik. makcik biasanya tidur awal. jadi memang saya sunyi sungguh. sudahlah internet pun takde lagi masa tu. mati kutu saya dibuatnya. kawan saya ketika itu - buku dan buku. seminggu dua bolehlah tahan tetapi kalau dah lama sangat, 'wassalam' la juga. jadi, setelah beristikharah, saya buat keputusan untuk keluar. mencari kehidupan lain. alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan sebuah rumah sewa yang sedang mencari pengganti. didiami oleh beberapa orang hospital (*orang hospital = mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan). terima kasih buat Puan Azmira dan Cik Syikin (pegawai senior saya) yang bersusah-payah bertanyakan untuk saya.
syukur yang tidak terhingga bila mana saya bertemu dengan teman rumah baru. Kak Hani Nadia (doktor gigi) dan Kak Norasuzi (audiologist). ramah sungguh layanan sewaktu lawatan pertama ke rumah mereka. jujur saya katakan, dengan cepatnya, saya rasa telah menjadi sebahagian daripada warga rumah tersebut. dan di rumah itulah saya bertemu kehidupan sebenar. ada aktiviti sendiri tanpa kongkongan. syukur lagi kerana kami punya fikrah yang serupa. betullah janjiNya, bila mana ada kesulitan yang mendatangi kita, Allah akan datangkan kemudahan buat kita kemudiannya. stress di tempat kerja hilang bila sampai di rumah. menjadi adik paling bongsu di rumah tersebut memang menggembirakan. banyak tunjuk ajar daripada kakak serumah. syukur Tuhan!
bulan berganti bulan. saya semakin gembira dengan dunia kerja di hospital. susah dan mendebarkan tetapi cukup banyak memberi saya pelajaran hidup. saya cuba optimis seboleh mungkin dalam apa jua situasi. selepas Kak Nora menamatkan zaman bujangnya, dia terus sahaja berpindah ke tempat asalnya, kelantan. tinggallah kami berdua sehinggalah kemunculan iqlima (junior kak hani) sebagai teman rumah baru kami. alhamdulillah, kami hidup baik-baik sahaja. dan saya dapat meluaskan social networking saya dengan golongan optometrist apabila bertemu dengan iqlima. kemudiannya kak azmah (senior kak hani) menambahkan keceriaan dengan menjadi teman rumah kami yang baru.
5 oktober 2009. genap setahun tempoh housemanship saya. berhenti kerja dan meneruskan kembara mencari ilmu. meninggalkan dunia yang banyak mengajar makna hidup. terima kasih Tuhan! dan untuk melepaskan rindu saya walaupun baru 2 bulan berpisah, petang semalam saya membuat keputusan drastik untuk ke rumah sewa saya. alhamdulillah, bisa bertemu mereka semua dan sempat dinner di restoran-wajib-makan (Restoran Mama). ehehe. walaupun sekejap tetapi cukup bermakna. ya, cukup bermakna buat saya.
terima kasih Tuhan untuk pengalaman yang berharga ini. Nabi pun menggalakkan umatnya berhijrah. kita soroti kembali sirah terdahulu, hijrah Muhajirin ke Madinah membuahkan kasih sayang yang tiada bandingannya. membuahkan kejayaan yang sebenar. dengan hijrah, kita bisa mengubah paradigma yang membelenggu diri. menjadi orang yang lebih berjaya, yang lebih kenal diri sendiri. bila berhijrah, kita perlu susuli dengan ukhwah. ukhwah dengan insan yang terlibat sama dalam penghijrahan kita. dan benar, ukhwah itu indah jika disandarkan kerana Allah. perlu disematkan dalam minda, dalam berukhwah ini, perlu adanya sikap lapang dada dan memaafkan. bohonglah kalau perhubungan kami ini tidak pernah dilandai badai. ada juga tetapi senyap sahajalah. lama-lama akan jernih semula, iAllah.
moga kita semua bertemu titik kebahagiaan kita di dunia yang bakal berpanjangan sampai syurga, iAllah. sekian untuk entri catatan dari jelapang padi =)





