Pages

30 January 2008

because life is learning

1st week of clerkship:
what should i say ya?

minggu ini merupakan minggu yang memenatkan untuk semua orang. berderet-deret tugasan. tidur memang tidak menentu. clerkship di hospital - saya rasa memang best walaupun dihentam habis-habisan oleh dr syed (in-charged lecturer). barulah terasa betapa tidak cukupnya ilmu di dada. memang risau juga hendak masuk ke dunia kerjaya dengan ilmu yang serba sedikit ini. dan semestinya ilmu tidak akan pernah habis dipelajari. selama hidup kita adalah proses belajar. jadi terus belajar wahai sarah =)

selama dua hari
berada di hospital, banyak juga pengalaman baru yang ditimba. setiap orang perlu present case masing-masing. dan saya kira saya orang yang paling bertuah sebab kes saya dibincangkan bersama dr syed pagi tadi. perbincangan dengan dr syed lebih menarik berbanding dengan PhD student yang ikut serta. tetapi, memang saya ditembak habis-habisan pagi tadi. banyak persoalan yang tidak terjawab. entah ke mana hilang ingatan saya ketika itu. hmm, salah saya juga, tidak betul-betul belajar sebelum ini. nah, sekarang, terimalah akibatnya. saya tidak kisah, saya cuba mengambil peristiwa pagi tadi secara optimis. belajar dan terus belajar.

lepas ini, saya akan pastikan diri saya terus belajar. belajar apa-apa sahaja. untuk kawan-kawan saya, terus belajar juga ya. because life is learning!

to do list before 'berjimba' di teluk batek:
- submit thesis
- lab report dr yusrida
- prepare dr syed's cases for tomorrow 4-hrs discussion (dr syed lagi!)

g.o.o.d. l.u.c.k. girl!

28 January 2008

recovery phase

alhamdulillah.i'm feeling better. still not at a best level, i should say. but, i assured that my spirit is improving. thanks a lot to zah and jamz. thanks to mama and babah (finally, i had to share with them, failed to keep the secrets). to abang fiz for his simple encouragement yet it had given a big impact on me. thanks to kak nurul for giving me a ride to queensbay last nite. yes, we celebrated your birthday but actually i'm trying to reward myself with something. hmm and of course : thank you Allah for some peace that You've given me.

tomorrow: i'll start my clerkship. first week, my group is assigned for skin/infectious disease. huhu. with dr syed. hah!i better brush up my knowledge to the highest level (i must try at least). preparing now for the sake of my future. iAllah.

thesis: last chapter + conclusion + abstract. in 4 days, i need to submit. whoaa!!

lab report : still can hold on. got another week before the dateline.

ectera : forget them. let they think as what they want. keep on your own business. they'll never know your business. so, don't care for the time being ya!

p/s: somehow, i feel so 'kejam' to do those kind of weird behaviours. i have to..

26 January 2008

cuaca yang mendung

minggu ini adalah minggu yang paling mencabar buat saya. sungguh, saya tidak pernah berasa sangat tertekan sehingga ke tahap apa yang saya telah lalui dan sedang dilalui. ya, ini ujian dariNya. dan saya telah tewas dalam ujian itu. saya tidak menang lagi. namun saya cuba bangkit dari kekalahan dan ingin cuba terus memenangkan diri saya. susah, penat tetapi saya tidak mahu mengalah. setiap hari hujan turun dalam diri saya meskipun cuaca Pulau Pinang tidak pernah suram. saya seakan-akan suda tawar hati dengan apa yang tengah saya lalui sekarang. tetapi saya perlu mengikut rasional di minda, tidak boleh sesuka hati meninggalkan sesuatu yang belum saya habiskan. ya, saya perlu bertabah dan bertahan. kepadaNya saya serahkan segala-galanya. hanya Dia yang mengetahui segala yang saya rasa. konklusi yang saya boleh buat, semester terakhir inilah semester yang paling susah buat saya. kerana saya semakin dewasa dari segi usia, maka ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan mengikut akal fikiran dewasa juga. oh hati, teruslah bertabah. biar apa orang kata, hanya hati saya yang tahu segala-galanya. kadang-kadang, wajah kita yang ceria tidak memperlihatkan apa sebenarnya yang terbuku di hati kita. dan kerana itulah orang tidak pernah menganggap kita juga manusia yang miliki pelbagai rasa. untuk diri saya, jangan pernah mengalah kerana tidak ada perkataan kalah dalam kamus hidup saya. terus mencuba dan mencuba. jadi diri yang sebenar. ini hanyalah ujian kecil dariNya. di hadapan, ada ujian yang lebih besar menanti tatkala diri lebih dewasa. moga dengan ujian yang tidak seberapa ini dapat mendidik jiwa supaya lebih cekal seiring dengan usia..'orang yang memiliki semangat, dia akan mencintai semua yang dihadapinya..'

minggu ini sahaja, ramai kawan yang mendatangi saya untuk mengadu nasib dan menurunkan hujan di riba saya. saya hanya boleh memujuk dan memberi sedikit sinar buat mereka. teringin sekali saya berbuat sedemikian kepada mereka tetapi saya tidak biasa. saya lebih suka beruzlah melayani jiwa yang serabut. kepadaNya saya adukan semua. sangat puas walaupun kadang-kadang rasa tidak puas. sukar untuk saya adukan pada kawan-kawan - saya rasa kurang selesa dan sedikit malu. pada mama dan babah - saya tidak mahu mereka bersedih dengan keadaan saya. saya mahu mereka tahu anak mereka ini seorang gadis yang kuat. jadi kepada siapa saya harus kongsikan semuanya? mudah-mudahan, suatu hari nanti, saya kan ketemu seorang insan yang saya boleh berkongsi segala-galanya. saya sangat ingin bertemu dengannya. bila? saya sendiri tidak tahu.

jadi, teruslah bersemangat ya, sarah!!

22 January 2008

untitled

tired of being tired
Ya ALlah, provide me with some strength
so that i still can cope to go on with my life
:(

21 January 2008

a night to remember

pharmnight 2008
"Reminiscene Delight"
The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang
beautiful nights to all of us. to me. i like it.

19 January 2008

memoirs of 2007

somehow, my unconscious mind had driven me to the unforgettable memory of 2007. i miss that moment. miss decorating the room, the 'meja pengantin'. miss the havocs at home made by those six little kiddies. miss the meal time where all of us would sit in a big circle and enjoy mama's delightful and mouth-watering cook. miss the moment of teasing and being teased. yeah, i miss every single thing. would i have the chance of having that sentimental moment again?

18 January 2008

perfect gift!

this morning i received a pink, well-wrapped gift from kak nurul, my ex-roomate. as soon as i reached my room after class, immediately i opened it and ahhh!! so sweet. a small pink handbag. damn cute. i unzipped that cutie and again ahhhhhh!! three stuffs that every-girl-always-has.

Mood Magic Lipstick :: Invisible Gel Mascara :: Georgie On Ice Fragrance Rollete

with a short message written "salam adikku sayang. one day you need that. happy birthday. love you forever..sis nurul"

2 things to be pondered:
1. kak nurul, you're super duper sweet. when i was in second year, she's the one who used to make me a cup of cereal drink for my breakfast. she took care of me very well. i feel like having my own sister. thanks a lot sis. i enjoyed a lot our sweet sour moments back in 2006

2. haha, never in my life i've tried those stuff except for lipstick which i seldomly apply on. only when necessary. should i say, once in a blue moon? i prefer natural look. and now, i'm receiving not only a lipstick, but perfume + mascara!! i couldn't stop smiling. yeah, maybe i should give a try. huh?? (wink, wink)

again, thanks sis (^^,)

mind exchange

if you want one year of prosperity; grow grain
if you want 10 years of prosperity; grow trees
if you want 100 years of prosperity; grow people

i asked: what should we do if we want eternal prosperity?

--> grow yourself and people around you too. water yourself with iman, fertilize with taqwa

and ensure His blessings shines you as well

iAllah by the, the prosperity will be yours in the Firdausi

:: a fun telepathy play between us! (^^,) ::

16 January 2008

22 going 23

what was the feeling of turning into 23 years old?
i, myself cannot answer this simple question.
yes, it is a mini celebration for myself but frankly speaking, i feel a little bit of worried. a year had gone. should i say, gone with the wind?

adding a + 1 to my biological age each year drive me to such a-don't-know-what-to-feel situation. should i say it reflects that i'm getting older each year and this means i need to build up my not-so-well-developed-maturity?hmm, perhaps. should i say that i'm already being living for 23 years (alhamdulillah) but is my 'amalan' really reflects that 23 years? hmm good point!indeed, birthday is not merely a happy celebration, instead it is a time to 'muhasabah' back our past. was i a good servant to Allah The Almighty? was i a good daughter to my parents? was i a good sister to my siblings? was i a good enough to my friends? was i good enough to my lecturers/teachers? was i contribute to the community? and was I being a practising MUSLIM?

.:: sit down and ponder ::.

a never-endless-THANKS to those had wished me. Allah bless you guys


my siblings . azizah (she called me early in the morning!!that was so sweet of you) . mazlina . abir. my coursemates . my juniors . masnira . farhana . kak nurul . kak gie . kak nadiah . pharmaton . my usrahmates . fakhrul . jam . nazib . kak mas . ama (my ex-roomate in KMK) . kid . suria . kak ainal . nanang . etc

15 January 2008

this i promise you

i was so surprised to see my inbox just now. an email from babah entitled 'mmm'. when i opened it, there was a short message saying 'salam, for you to ponder. Babah love'. hmm truly i was pondering until i read an untitled poem originale well-written from babah

Moving the bike that squeaks and drags
To leave his dwell past his mourn prayer

Upon the right he grabs the rags
And by the left he spurts the sprayer

Stretching his arms to reach the span
Heeling and toeing to remove the grime

A family of seven to feed and man
Earning the scores to school in time

that’s me the Glass Cleaner

..and i feel like crying after that. and i couldn't stop smiling then. oh babah, you always know how to cheer me up ya?

since i received the offer letter from pharmacy school, babah kept teasing me that he wanted to be a glass cleaner in my pharmacy someday. haha. he said that he was not qualified enough to be a pharmacist like me (actually he did but dada (my grandfather) told him to reject the offer of doing medic in india as he needed to work to support his little sisters and brothers). i know he always has the passion in health sciences. to prove, there are numbers of medical related reference books in our house and he's loves reading them a lot. and that's why he was so happy when i got the offer. and i'm the pioneer in the family to further in health science. my brothers - their hearts belong to the engineering field. since then, babah shared a lot of his ideas/imaginations of a pharmacy of mine should look like. hee. and i enjoy very much sharing with him. and he kept emphasizing that he wanna be the glass cleaner at my pharmacy!

babah, whatever it is, insha-Allah, i'll pursue my dreams which is a part of your unaccomplished dreams too. i'll work hard, very, very hard, i promise.

Ya Allah, bless us!

14 January 2008

kisah cinta kopi masin

Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami.

Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini! Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata "Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"

Wallahu a’lam.

p/s: saya perlu bekerja keras minggu ini. ada banyak senarai tugas yang menunggu. terutamanya tesis projek tahun akhir. YA Ilahi, bantu diri ini +=(>.<)=+

13 January 2008

rindu itu bertandang lagi

mai, me, zila and fatim
bumi KMK, 2004

aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku,
berkongsi masalah denganku,
berselisih pendapat denganku,
memujukku,
bergurau denganku
dan meniup semangat kepadaku
kumohon padaMu
Kau kuatkanlah ukhwah antara jiwa-jiwa kami
kerana jiwa ini ingin sentiasa
menjadikan rindu padaMu
tumbuh dalam perjuangan Islam

insha-Allah

12 January 2008

little moment

this morning i went again to the beautiful Youth Park. but this time, i didn't go with my naughty juniors, instead i was accompanied with my usrah mates. purposedly we chose this park for this week's meet as none of us had visited this place except amirah and me. upon our reach there as early as 7.00am, we played a while at the playground. sound childish but who cares? it was a perfect time for us to play whatever we like since not many people are around. after feel satisfied, six of us walked around the park to enjoy the nature beauty before we settled down at a 'pondok'. today, amirah presented about the fifth hadeeth of Hadith Akhir Zaman. our beloved prophet already mentioned that the Muslims are following/influenced by the Jews and the Christians bit by bit without they realizing it. looking at the youngsters nowadays, how they are easily being influenced by the western people especially through their practising lifestyle. the worst part is that the youngsters seem too happy to be in the 'comfort zone' without analyzing that the zone may bring harm to them in the future. hmm, that's why it's crucial for us to remind each other - our close friends, juniors, etc. may Allah showers us all with His never endless blessings.

we couldn't stay any longer in the park as An needed to go to her lab. but we enjoyed the little moment we shared there. everyone was smiling with joy even though we were extremely hungry..=p..too bad our sweet naqibah, kak izza couldn't join us due to some reasons.

coffee for the day (_)3 : little moment shared together leads to remembrance in the heart for the rest of life.

11 January 2008

enam serangkai

semalam saya sempat chatting sebentar dengan abang mie (abang sulung saya). lama sungguh tidak bertukar cerita. paling menarik, abang mie beritahu dia sudah 'up-date' his photoweb. dan ini bermakna saya boleh menatap wajah-wajah yang selalu saya rindu, siapa lagi kalau bukan anak-anak saudara saya. betul, hati saya akan rasa tenang tatkala menatap wajah nakal mereka itu, terus ingatan saya akan melayang mengimbau kembali keletah mereka. masing-masing ada gaya tersendiri.

naim : seorang yang lembut hati, mudah menangis (hehe). tapi he's very responsible. selalu tolong mama and babah jaga adam dan ejaz walaupun kadang-kadang dipaksa. saya suka bercakap dengan dia. entahlah kenapa, yang pasti ada suatu keseronokan yang sukar saya gambarkan.

adam : seorang
budak kecil yang sangat banyak cakap, suka melaram (hoho) dan sangat pandai ambil hati orang lain. saya memang mudah cair dengan dia. cara dia bercakap tu seolah-olah macam orang dewasa. aissh!!manalah dia belajar teknik berkomunikasi ni ye?? tapi, memang adam macam tu gayanya. friendly.

ejaz : hmm, saya kurang
rapat dengan budak kecik ini. sebab dia lebih suka berdamping dengan mama dan babahnya. rugila taknak berbaik dengan kala dan mamu. ada banyak peluang keemasan yang dilepaskan. hehe. mungkin sebab dia masih kecil lagi. tetapi, naim dan adam dulutak macam dia pun. well, everyone presents with different behaviour.

ihsan : masa kecik-kecik dulu, ihsan memang suka mendominasi keadaan. sampai satu tahap saya rasa malas nak melayan lebih-lebih sebab biasanya nak kena ikut kepala dia sahaja. tapi, as time goes by, dia semakin membesar dan semakin matang dalam konteks kanak-kanak. sekarang, dia dah lebih memahami peri pentingnya untuk berkongsi, dalam apa jua keadaan. tetapi, kadang-kadang jadi balik perangai lamanya tu..ihsan, ihsan. takpe, nanti bila ihsandah besar, kala yakin ihsan mesti faham. ^.^

irfan : kanak-kanak yang garang tetapi he's a joker. macam mana tu ye? dia lain sikit. dia boleh bermain seorang diri. dia sangat suka painting dan selalu saya jadi teman se'painting'nya. seronok tau spend masa dengan hal-hal macam tu. mengajar kita lebih memahami dunia kanak-kanak. dan ada unsur ketenangan yang boleh dicari di situ. jadi, selalulah berdamping dengan kanak-kanak kalau rasa tensi. (",)

maisarah : gadis
muda yang jadi tumpuan dalam keluarga saya. she's a lovable princess. senang dijaga. tidak banyak ragam. sejak kedatangan sarah dalam keluarga saya, kami yang perempuan ni sangat excited time nak carikan baju-baju untuk dia. ye la, all this while, asyik baju boys yang agak membosankan. baju girls lebih cute and sweet. uuntung sungguh sarah ye. the best part, mama and babah beritahu muka saya lebih kurang sama dengan sarah sewaktu saya kecil. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke atas nasi kan? hehe.

bercerita tentang anak saudara membuatkan saya tidak sabar menanti 7,8 dan 9 februari yang akan datang. our annual family gathering. kali ini ia akan diadakan di Port Dickson seperti tahun lepas cuma di kawasan yang berbeza. dan inilah masa yang paling saya suka. berkumpul ramai-ramai yang ahlinya terdiri daripada keluarga saya sahaja. masak sama-sama, mandi sama-sama di pool dan camping di tepi pantai. i always love that kind of activity. so exciting. dan kali ini, ada pertambahan ahli baru - kak ziana, iaitu kakak ipar baru saya. saya tidak sabar berkongsi kegembiraan ini dengan dia. mudah-mudahan apa yang kami rancang berjalan lancar, IAllah. cann't wait for the moment!! (saya perlu bekerja keras sebelum me'reward' diri saya bercuti di PD). all the best to me!!

10 January 2008

the new beginning

kesian roomate saya. she's having chicken pox. sekarang ini, banyak bintik-bintik merah yang mula bertumbuh dengan jayanya di seluruh badan dia terutamanya di bahagian muka. dan natijahnya, dia tidak benarkan saya memandang mukanya. uyun, tidak perlu rasa malu dengan akak. biasalah, akak pun pernah diserang demam campak. saya telah menasihat (memaksa) dia balik rumah sebenarnya sebab kalau berterusan dia tinggal di sini, dari segi pantang makanan kurang terjaga. dan saya amat faham di kala kita mengalami keuzuran hatta demam sedikit pun, alangkah baiknya kalau ada orang yang dapat melayan kita dengan sehabis baik. jadi, rumahlah tempat yang terbaik untuk proses penyembuhan, ada ibu yang pasti tidak jemu melayan kita. manalah tahu, dengan cara ini cepat sedikit demam campak itu beransur pulih. baliklah ye, uyun. akak sendiri bimbang tidak dapat jaga uyun dengan baik sebab jadual kuliah akak sendiri penuh dari pagi sampai malam. sabar ye adikku.

cakap pasal demam campak
, saya ingat lagi pengalaman saya semasa berada dalam tingkatan 5. ada seorang sahabat saya ini telah diserang penyakit tersebut di kala kami hendak mula menjawab soalan SPM 2002. aduh, saya sangat kasihan dengan sahabat saya itu. sudah pasti emosi terganggu. memang ujian yang berat pada mata saya. apatah lagi orang menanggungnya. selama tempoh SPM itu jugalah dia terpaksa dikuarantinkan. alhamdulillah saya pernah diserang campak sebelum ini, jadi tiada masalah untuk saya tinggal bersamanya ini dalam dorm yang sama. mujurlah ada mai dan a'an untuk sama-sama menemani sahabat saya ini. tetapi benarlah firman Allah di sebalik kesusahan pasti akan didatangkan kemudahan. dan ternyata sahabat saya ini telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM di sekolah kami. Allah memang Maha Adil. saya terfikir-fikir, kalaulah saya di tempat dia, adakah saya mampu menanggung penderitaan itu?wallahu'alam.

hmm, salam maal hijrah 1429. moga-moga tahun baru ini
akan menjadikan saya seorang insan yang lebih insaniyyah, lebih bagus ruhaniyyahnya, lebih kental batiniahnya, lebih kuat zahiriyahnya. iAllah. dan semalam jugalah seusai membaca doa akhir dan awal tahun, ada beberapa azam yang baru tercetus di minda saya. apa dia? biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan DIA. cuma saya boleh berdoa agar senarai azam itu dapat saya realisasikan andai kata itu yang tertulis buat saya.

coffee for the day
(_)3 : dare to be different!

9 January 2008

rain drops

hari ini tidak seindah biasa
banyak awan mendung yang berarak
sehingga sampai satu masa hujan turun
turun dengan selebat-lebatnya
selama ini awan tersebut membendung titisan
supaya hari-hari yang dilalui terus diterangi sang mentari
tetapi hari ini awan tidak lagi dapat membendung titisan
yang semakin memberat
akhirnya whoooshh!!
hujan turun

hujan yang turun bawa rahmat sebenarnya
mengajar diri supaya lebih mengenal hati sendiri
terima kasih Ilahi

8 January 2008

a day to remember

IKRAR AHLI FARMASI

Saya berikrar menyumbangkan kehidupan profesional saya melalui profesion Farmasi demi perkhidmatan kepada insan melebihi sebarang kepentingan.

Saya akan memberi pertimbangan utama kepada kebajikan pesakit serta pembebasan insan daripada penderitaan melalui terapi drug yang optimum dan penjagaan farmaseutikal yang terbaik.

Saya akan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran penjagaan farmaseutikal yang terkini dengan sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat umum serta para profesional kesihatan lain.

Saya akan dengan sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu sejajar dengan perkembangan semasa serta senantiasa mengekalkan kecekapan profesional.

Saya akan mengekalkan moral dan tingkah laku beretika yang tinggi tahapnya dengan sempurna.

Saya akan mematuhi undang-undang yang mengawal pelaksanaan profesion Farmasi dan akan menyokong penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Saya berikrar secara sukarela dengan penuh kesedaran bahawa saya telah diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan oleh rakyat Malaysia


*******************************************************************


OATH OF A PHARMACIST

I vow to devote my professional life to the service of all humankind through the profession of Pharmacy above other considerations.

I will consider the welfare of humanity and relief of human suffering through optimal drug therapy and the best pharmaceutical care.

I will keep abreast of developments and the latest pharmaceutical care to assure the best care to the community and other healthcare providers.

Ishall strive to perfect and enlarge my knowledge to contribute to the advancement of pharmacy profession.

I will maintain the highest principles of moral, ethical and legal conduct.

May I prosper and live long in favor as I keep and hold to this oath and
support the professional law

I take these vows voluntarily with full realization of the responsibility with which I am entrusted by the people of Malaysia.

"Ya ALlah, i do hope that i can serve the people at the fullest"

i'll remember today as one of the best days in my life. after being almost 4 years struggling so hard, i'll be one of the contributers to the people especially the one who really needs it. i was truly motivated by Prof Zul's speech. our VC always knows how to use the right words to motivate us. the best part is he was the former dean of our beloved school and he is a pharmacist! way to go, Prof!!

7 January 2008

sangat penat tapi sangat seronok

semalam - Pharmily Day. sangat seronok. sangat puas bermain walaupun terik matahari membakar diri. saya sukakan aktiviti sebegitu kerana dapat mengekspresi diri yang sebenar. tidak perlu 'cover2'. hehe. seawal pukul 7 pagi lagi saya dan beberapa kawan 'sekepala' saya menanti bas di padang kawad. kenapa saya katakan kawan 'sekepala'? kerana tidak ramai final year yang mahu join aktiviti sebegitu. hanya beberapa kerat dan muka-muka yang sama sahaja. tapi saya tidak kisah kerana masing-masing ada cara untuk mencari keseronokan dan inilah cara kami merawat hati kami yang penat. hehe. sesampainya di Youth Park, kami terus join senaman aerobik yang kebetulan sedang dijalankan. mengikut apa yang saya tahu, senaman aerobik sedemikian memang dijalankan setiap minggu. wah, seronok betul. saya dan amirah cari port yang kurang dapat dilihat oleh orang lain (tapi masih di padang tersebut) untuk ikut serta dalam aktiviti tersebut. menarik betul la. kan saya katakan, dapat mengekspresikan diri yang sebenar. lepas tu, kami terus dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. fini was in my group! yeayy!!dan adik2 yang best macam farish, zul, zakky, azman and mail pun ada sekali. serius saya rasakan saya boleh bengong kalau berterusan satu kumpulan dengan adik-adik 3rd year ni. they always know hom to make me laugh. muka matang tapi..hehe. guess sendiri la. ada dua session. sebelah pagi ada game football for boys + galah panjang and harry potter quidditch for girls. and i took part in both. memang sangat penat tapi sangat seronok. hehe. (saya perlu tekankan kenyataan ini berkali-kali untuk menggambarkan keriangan yang dirasai). sebelah petangnya, kami ada aktiviti sukaneka. di sebelah petang ni la saya rasa paling menarik sebab boleh bersama-sama dengan group members yang lain. dan di petang ini jugalah saya baru mengenali dengan lebih mendalam adik-adik yang menghiburkan tu. paling saya tidak tahan adalah masa last station : word guess station. these adiks came out with a plan yang penuh dengan penipuan. nak tak nak saya ikut je la. tak best la kalau skema sangat. dan masa station last inilah saya rasa saya dengan fini exercise mulut (gelak) dengan jayanya dek gelagat adik-adik yang ada kalanya saya rasa tidak masuk akal. hehe. it was so fun. at the end of the day, we found out that we just received consolation prize. huhu. saya terfikir-fikir, mungkinkahsebab kami menipu? saya rasa kami telah main sehabis baik. well, it was just a game.

p/s: badan saya sangat lenguh sekarang. inilah akibatnya kalau terlampau bersungguh-sungguh
sangat bermain. oh ye! semalam saya juga dapat bermain volleyball yang saya suka dengan junior 1st year. . boleh tahan jugak adik-adik tu. ^.^

check out my flickr account for some of our happy faces
http://www.flickr.com/photos/sarahfazalul/

5 January 2008

unexpected

'Ya Allah
touch the people I care for
keep them save
and live in baraqah
remind them of
Your great love
and bless them
especially the one
who is reading this'
.:: thousands of thanks to you ::.

3 January 2008

cerita sekolah

kala sarah : assalamualaikum naim
naim : waalaikumussalam
kala sarah : naim buat apa tu?
naim : tengah duduk dengan babah..depan laptop
kala sarah : eh, babah beli laptop ke?
naim : takdela, ni kawan babah punya
kala sarah : oohh..babah buat tengah buat keje ke?
naim : babah tengah nak download game
kala sarah : ic..hmm, hari ni naim pegi sekolah kan?seronok ke?
naim : ha'ah, seronok
kala sarah : naim masuk kelas apa? 1 ...?
naim : 1 ehsan/ihsan/insan (tk dapat nk cam)
kala sarah : oh, mula-mula masuk kelas cikgu suruh buat apa?
naim : cikgu bagi nombor kat semua orang. naim dapat nombor 3
kala sarah : nombor tu nak buat apa?
naim : ntah la, cikgu suruh pulangkan balik kad nombor tu lepas tu
kala sarah : ooohh..naim dah dapat kawan baru? nama apa?
naim : ramai kawan, nama zahid la, lagi.. , lagi.., naim tak ingatla
kala sarah : hahaha, ramai sangat la tu. takpe, nanti mesti naim boleh kenal lepas ni. hmm nanti naim pegi sekolah naik bas ke?
naim : takla, naik kerete. babah hantar
kala sarah : ish, jelesnye. kala dulu kena naik bas sekolah je. nani and dada taknak hantar. naim dah beli buku ke?
naim : dah, mama dah belikan tadi. banyak tau
kala sarah : hmm oklah, naim. kala saja ja call naim ni. nak tau cerita naim kat sekolah. lepas ni,naim mesti kena rajin-rajin belajar tau. kalu cikgu bagi homework, mesti kena siapkan. tak boleh malas-malas. naim kan dah besar. nanti bila naim pandai, bole masuk u macam kala. best tau kat sini. lagi satu, kalau cikgu suruh jawab soalan kat depan, naim kena cakap 'saya nak jawab cikgu!!' okey??
naim : ok kala
kala sarah : ok, pass the phone to babah. kala nak cakap jap

perbualan yang menarik dengan my sweet naim. haih, dah besar pun budak kecik tu. masuk darjah satu. hehe. tiba-tiba teringat masa daftar sekolah dulu. masa darjah satu. takut-takut je. cepat sungguh masa. sekarang dah besar, dah nak kerja pun. sangat-sangat rindu dengan zaman kanak-kanak dulu. banyak keriangan. tapi pastinya alam dewasa lebih menyeronokkan??hmm iAllah, suatu hari nanti ;)

kala doakan naim cemerlang di dunia dan akhirat, ye!

glosari:

kala = makcik/auntie
dada = datuk/grandfather
nani = nenek/grandmother
babah = ayah/father

(panggilan ganti diri dalam keluarga saya memang pelik. sebab susur galur keluarga saya pun pelik)

gracias!

hari yang bahagia buat saya
bersembang dengan jijah
sudah lama tidak sembang2
terima kasih jijah
moga kita adalah gadis yang kuat jati dirinya
iAllah
(",)

1 January 2008

when love matters

alhamdulillah. i still have the chance to breath. today was quite an exciting day for me. early in the morning, i headed to 'tasik biawak' (USM lake) to conduct this week's myfamily meeting a.k.a. usrah with my juniors. we jogged enthusiastically for 3-4 rounds before discussing a little bit regarding Rasullulah migration to Medina. i purposedly chosed this topic to relate it with new year. and syukur alhamdulillah, everyone in the group took part in the discussion actively. i'm very happy for that =). i just wondering who gonna replace me as soon as i leave the campus next semester. i wanna someone who is caring towards my little sisters because i believe, through love, the ukhwah will last forever.

the rest of the day, i spent by completing my lab report. so much to be discussed. *sigh* in the evening, i met my little Nuha. i knew her last semester and till now, we keep in touch with each other even though she studied in the other side of penang. i enjoy talking to her. and again, i believe love plays an important role here. wink wink! (^_^)

talking about love again, USM already started the free from styrofoam campaign. the cafes are not allowed to use the styrofoam instead replace it with a type of biodegradable container. students can either bring their own tupperware or pay extra 20 cent for that special container. the last choice, eat at the cafe. as for me, i prefer to eat at the cafe. easy. relaxing. and i already bought a new big tupperware in case i don't have the chance to eat there. quite 'melecehkan' to someobody else but not for me. i support this campaign 150%. yeah, we know styrofoam is hazardous to the human beings. one of the carcinogens. and i don't want to spend my whole life discpensing chemo drugs. very risky to me and the patient as well due to their unpredictable side effects. somehow, i remembered, when i was in form 4 if i'm not mistaken, my biology teacher, Madam Ooi already advised us to use the tupperware instead of the styrofoam. that time i don't think that was a good idea but after completing my chemotherapy subject, i absolutely agree!! but i still wondering why they still use the plastic bag and plastic straw? perhaps the campus want to start with something small before it leads to something bigger in the future. yeah, maybe. just wait and see.

here i listed 10 tips for going green campaign organised
by the healthy campus :
  1. eat at the cafeteria. finish your meal (yeah, eacting at the cafe is always my choice)
  2. use own reusable food and drink container (hee, i just started today)
  3. save paper. think before you print. print on both side of paper (i still use extra pages in my secondary 'buku tulis' to draft my reports etc. such a waste if i simply throw them. and i never want to waste printing without purpose. ink printer mahal la ;))
  4. switch off light, fans and other electrical equipment when not in use (i'm forgetful sometimes!)
  5. walk, cycle and use public transportation more often (i use everyday. after walking in miles for these 4 years, i believe my muscle cells are well-developed and absolutely healthy, hee ; but in reality, they are fatigue most of the time)
  6. turn off the tap while brushing your teeth (passed!babah thought this to me since i was a small littel girl)
  7. don't use screen saver. turn off or blank your monitor ahen not in use (errr, aye aye sir!)
  8. buy products which you will use for a long time ( i wanna a mp3 player and a SLR digital camera!)
  9. use electronic facilities to store and read document (and i need to see the optometrist every month i guess)
  10. practise the 4R's - Refuse, Reduce, Reuse, and Recycle (yeah!as well as 4S' - save money, sihat, sokong and sakit mata) hehe..

in other words, if we really love the nature, we must make this campaign a success. again, love plays its part. iAllah.

 

Template by BloggerCandy.com