kita tengok nanti rezeki saya di mana.
saya berdoa Allah berikan saya yang terbaik di dunia dan akhirat.
ameen
each day is a little life
alhamdulillah. akhirnya dapat juga saya menyelit di kala kesibukan mendominasi minggu terakhir saya di bumi minden yang serba hijau ini. semalam, tepat 12.00 tengah hari, tamatlah perjuangan sebagai pelajar sarjana muda sains farmasi. saya merasakan seolah-olah terlepas satu beban berat yang saya galas selama ini. tetapi itu tidak bermaksud bahu saya merasa ringan. malah , saya merasakan satu beban yang lebih berat - alam kerjaya yang penuh mencabar. inilah masanya untuk menjadi dewasa. seusai peperiksaan terakhir itu, kami pelajar tahun akhir diberikan sedikit jamuan makan tengah hari oleh pihak pusat pengajian. terima kasih!memang saya makan bersungguh-sungguh (sebab beberapa hari lepas kadang-kadang sahaja saya menjamah nasi. gara-gara applied therapeutic!). penat yang masih berbekas, petang itu juga selepas zohor, saya dan beberapa kawan melangkah ke kompleks bukit jambul yang semester sekali sahaja kami jenguk (sibuk sangat, tidak sempat hendak bersosial) - mencari buku cerita. saya sangatlah seronok sebab dapat menjumpai buku-buku yang ingin sangat saya baca iaitu edensor dan laskar pelangi hasil tulisan andrea hirata. dan tentunya tangan saya tidak dapat membiarkan sahaja Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburrahman el Shirazy terlepas begitu sahaja. nah, banyak juga saya belanja untuk ketiga-tiga buku itu. dos kumulatif buku untuk tempoh 4 bulan.
apa yang saya buat pada pukul 3 pagi ini?| You Are An ENFJ |
![]() You strive to maintain harmony in relationships, and usually succeed. Articulate and enthusiastic, you are good at making personal connections. Sometimes you idealize relationships too much - and end up being let down. You find the most energy and comfort in social situations ... where you shine. In love, you are very protective and supporting. However, you do need to "feel special" - and it's quite easy for you to get jealous. At work, you are a natural leader. You can help people discover their greatest potential. You would make a good writer, human resources director, or psychologist. How you see yourself: Trusting, idealistic, and expressive When other people don't get you, they see you as: Bossy, inappropriate, and loud |
07/4/08 : Good Manufacturing Practice
11/4/08 : Hospital Pharmacy Practice
16/4/08 : Community Pharmacy Practice
21/4/08 : Applied Therapeutic II
cukuplah yang satu itu
buat aku mati kutu
hari-hari jadi tidak menentu
Allah sahaja boleh bantu
mesti jawab dengan bermutu
supaya jawapanku dapat restu
tidaklah nanti markah = satu
kelak nangis tidak berlagu
berusahalah untuk yang satu itu!
@-+-- <-- a rose for you!
p/s: sambil berkemas barang. mama mahu datang ambil barang-barang petang ini. wah, tak sangka banyaknya barang!(mood sedih + sayu mennyelubungi diri tatkala menyimpan buku-buku dalam kotak)
alhamdulillah. kertas APB dan jaminan mutu yang 4 unit itu sudah lepas semalam. terasa lapang sedikit. cuma sedikit khuatir kerana ada beberapa soalan yang saya jawab dengan rasa kurang puas hati di jiwa. mana tidaknya, saya tidak pernah menjangkakan ada soalan begitu, maka tiadalah isi-isi penting berkenaan dalam peta minda peribadi saya. huhu. memang saya guna logik akal sahaja. dan mudah-mudahan logik akal itu memang betul logiknya. tetapi sungguh saya rasa tenang sahaja semalam. pasti ini berkat doa insan yang baik hati di luar

Template by BloggerCandy.com