hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. nafas yang paling dalam diambil. emosi yang paling mudah berubah-ubah dijaga dan dibelai dengan sebaiknya. ya, semuanya untuk peperiksaan akhir semester yang akhirnya paling hakiki buat saya. sungguh, untuk kali ini, saya seakan-akan mudah hilang semangat mujurlah saya pusing belakang dan kutip balik semangat yang terjatuh di tengah jalan tadi. mujur juga semangat itu masih ada. buat pertama kalinya ada empat subjek sahaja. suatu yang luar biasa buat pelajar farmasi. biasanya tidak sah kalau tidak memenuhi kuota sehingga 7-9 subjek. akhirnya, empat sahaja yang tinggal. fuh!!
hanya tinggal empat,
kuakan pastikan empat yang terhebat,
pastiku mahu jawab yang paling tepat,
dan jawapan yang semuanya mampat,
sebab gred A yang kumahu dapat
kuakan pastikan empat yang terhebat,
pastiku mahu jawab yang paling tepat,
dan jawapan yang semuanya mampat,
sebab gred A yang kumahu dapat
(hah!sebuah sajak spontan membina semangat buat saya. hehe)
jadual peperiksaan akhir :
07/4/08 : Good Manufacturing Practice
11/4/08 : Hospital Pharmacy
16/4/08 : Community Pharmacy
21/4/08 : Applied Therapeutics II
sarah, selamat berjaya!
ada ramai insan yang telah mendoakan dirimu. terima kasih buat semua. semoga imtihan kali ini dapat saya tempuhi dengan sebaiknya, iAllah.
No comments:
Post a Comment