27 December 2008
sampai sini sahaja
arakian, such is life II sengaja saya wujudkan. untuk saya bina kenangan di masa sekarang.
14 September 2008
bagaimana dengan saya, awak dan kita?
2.Menyesali dosa yang telah dilakukan
3.Tidak tergila-gilakan dunia
4.Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5.Tinggalkan sifat berbangga
6.Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.Meninggalkan sifat dengki.
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
How about me?
How about you?
Sit down and ponder
13 September 2008
saya setuju!
Dewan Muslimat melihat cadangan tersebut dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana kementerian terbabit bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya terlebih dahulu meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisme pendidikan seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya.
Bahkan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks tersebut mestilah dapat diterima serta mengambil kira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini kerana rakyat Malaysia beragama, beradab dan berbudaya luhur.
Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya juga dimuatkan dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu.
Sehingga kini, Dewan Muslimat mengenal pasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum lagi diambil kira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut.
Pandangan dan perspektif Islam contohnya merupakan aspek yang sangat penting untuk diberikan perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.
Pendidikan seks dalam Islam ternyata berusaha menutup segala kemungkinan (yakni ruang dan peluang) ke arah hubungan seks terlarang (zina).
Firman Allah dalam surah al-Isra’: 32 bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk."
Manakala dalam an-Nur: 30-31 misalnya, Allah berfirman (maksud): "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya..."
Dewan Muslimat menyedari bahawa pendidikan seks telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain.
Oleh sebab itu, topik berkaitan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks merupakan aspek penting yang terlebih dahulu mesti dilumatkan dalam perbincangan kerana ia perlu difahami secara tuntas, jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan.
Semua itu merupakan asas dalam menentukan kerangka, hala tuju dan hala cara pelaksanaan program pendidikan tersebut.
Turut perlu diberikan penekanan, kriteria guru yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengajaran subjek pendidikan seks. Tentunya individu tersebut seseorang yang mesti terlatih, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan santun dalam penyampaiannya.
Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks digalakkan selagi ia bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan penafsiran ayat-ayat al-Quran, al-sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada dalam kalangan ilmuan lampau atau semasa.
Hasil perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan jelas untuk menggubal Dasar Etika dan Adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduksi yang bercirikan Islam, rahmatan lil ‘alaamin (rahmat kepada seluruh alam).
Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat ingin mengingatkan kementerian pembangunan wanita bahawa Malaysia tidak wajar terbawa-bawa dan dibiarkan mengikut rentak atau acuan negara-negara Barat.
Konsep yang digunakan oleh pihak Barat dalam pendidikan seks sudah ternyata gagal, kerana jelas generasi muda mereka dalam konteks pendidikan seks yang mereka amalkan - ibarat semakin dididik, semakin rosak!
Ia berlaku disebabkan mereka (generasi muda Barat) bukan diajar agar menjauhi zina tetapi dididik tentang peri pentingnya melakukan apa yang disebut oleh golongan liberal sebagai "seks aman dan sihat", agar tidak meninggalkan kesan yang negatif seperti mengandung anak luar nikah, menularnya penyakit kelamin dan seumpamanya termasuk AIDS dan HIV!
Beberapa penelitian sains sosial, misalnya yang dijalankan oleh John Hokins pada tahun 1982 lagi telah menemukan betapa lebih 80 peratus remaja di Amerika Syarikat contohnya sudah pernah terlibat dengan aktiviti seks (di luar nikah).
Rumusan yang hampir sama telah diungkap oleh Marion Wright Elderman, presiden organisasi Children Defense Fund.
Apakah generasi muda sebegitu yang mahu kita lahirkan daripada pelaksanaan subjek pendidikan seks yang bersifat "tangkap muat" dan "melepaskan batuk di tangga"?
Lebih menimbulkan keraguan dan kerisauan kita, bila ia dicadangkan untuk dimasukkan menjadi satu slot atau barangkali modul baru bersempena adanya satu Program Latihan Khidmat Negara?
Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar menteri pembangunan wanita menjelaskan kepada kita apakah rasionalnya pihak kementeriannya mengusulkan cadangan ini kepada timbalan perdana menteri dan seterusnya kepada Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) atau Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?
Adakah kementerian pembangunan wanita telah sekurang-kurangnya mengadakan kajian tentang keberkesanan cadangan tersebut sebelum ia diusulkan?
Dewan Muslimat percaya, sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila pihak kementerian bertindak mengemukakan cadangan tersebut dalam satu program yang jelas mempunyai visi dan misi yang khusus dalam konteks patriotisme seseorang remaja.
Apatah lagi umum mengetahui betapa modul-modul yang sedia ada dalam PLKN seperti modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karektor dan modul khidmat komuniti sudah terlalu padat dan berat.
Bukan setakat itu, kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada 2004.
Kekerapan pelbagai masalah bersilih ganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seks, peras ugut, ragut, cabul, rogol, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang, sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih direkodkan.
Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa, apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan mereka itu berjauhan daripada pemerhatian keluarga.
Apatah lagi umum mengetahui betapa generasi muda ini khususnya yang meningkat remaja adalah satu kelompok yang ghairah untuk mencuba segala yang baru.
Dapatkah kita membayangkan apakah yang akan berlaku nanti setelah mereka didedahkan dengan subjek pendidikan seks di tempat dan pada masa yang saya percaya sangat tidak sesuai?
Justeru, Dewan Muslimat menegaskan bahawa PLKN bukanlah satu saluran hatta bukan juga satu tempat dan masa yang sesuai untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyelitmasukkan subjek atau modul pendidikan seks kepada para pelatih.
Cadangan tersebut mesti ditarik balik dengan segera dan kementerian disaran terlebih dahulu menjelaskan kepada rakyat tentang Konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks yang mahu diterapkan dan diserapkan masuk kepada generasi muda negara kita.
Aiman Athirah Al Jundi ialah setiausaha Dewan Muslimat PAS. Artikel ini asalnya siaran media yang beliau sediakan.
11 September 2008
USM gets APEX status
PUTRAJAYA: Universiti Sains
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that quantitative and qualitative criteria were used to select USM under the accelerated programme for excellence (apex).
“The selection committee evaluated each university's state of readiness, transformation plan and preparedness for change.
“After a thorough evaluation, the committee decided that only one university truly met all the criteria, namely USM,'' he told a press conference yesterday.
The Cabinet had agreed to USM being given the apex status on Aug 27.
The university that is given apex status is one that has the greatest potential among Malaysian universities to be world-class, and as such, would be given additional assistance to compete with top-ranked global institutions, added Khaled.
He said with apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years' and top 100, if not top 50, by 2020.
In last year’s Times Higher Education-QS World University Rankings, Universiti Malaya (UM) was the highest ranked Malaysian university at 246, followed by USM (307), Universiti Kebangsaan
A selection committee headed by former Universiti Malaysia Sarawak vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Zawawi Ismail short-listed USM, UM, UKM and UPM.
USM's transformation plan, entitled “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow” focussed, among other things, on diagnostics, medical biotechnology, waste management, pharmaceuticals, nano-technology, membrane technology and vaccines.
Asked why UM was not selected, Khaled said: “I hope the apex status will spur other universities to strive for excellence, too. It's not about selecting the oldest university but choosing one with a doable plan that can help us transform our higher education.”
The other universities that applied for apex status were International Islamic University
p/s: as for me, i'm proud to be a USM graduate. congratulations!!
29 August 2008
singgah sebentar
bukan lagi sebentar
lama sudah ditinggalkan
duniaku yang penuh warna warni
bukan kerana jemu
bukan kerana malas
tetapi ada aral yang melintang
akan tetapi
kembalinya di sini
iAllah diharap dapat menabur budi
membina identiti
dengan cara tersendiri
tiada yang ingin dikecapi
hanya keredhaan Ilahi
15 July 2008
a story of a girl
we think differently, our opinions usually like yin and yang. but still i love her.
no matter what, i will always love her. dunia wal akhirah.
because she is my only sister.
and she is my sweet Hajar.
i do pray for the best for you!
jalan-jalan cari zetty
7 July 2008
kembara musim ke - ??
+ merayau di serata kelantan +
+ bermalam di rumah cik zetty +
6 July 2008
27 June 2008
manusia = robot Tuhan
lewat malam semalam, sewaktu sesi ta'alim bersama famili, babah memberitahu sesuatu yang telah membuatkan saya terfikir sejenak selepas itu. kenal robot bukan? manusia yang mencipta robot berserta dengan alat kawalan jauh. dan penciptaan robot oleh manusia dikatakan untuk memudahkan kehidupan manusia sendiri. kalau disuruh ke kanan, robot harus ke kanan dan sekiranya disuruh ke belakang pun robot akan berbuat demikian. inilah kuasa alat kawalan itu. hal yang sama juga berlaku pada manusia. Allah menciptakan manusia tetapi semata-mata untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka ini supaya dapat ditadbir dengan bijaksana. dan dalam penciptaan manusia itu, segala peraturan telah Allah tuliskan. siapa lagi yang memahami fitrah insani kalau bukan penciptanya, kan? manusia dikurniakan oleh akal supaya dapat berfikir hikmah setiap peraturan yang telah terbentang depan mata, bukannya seperti robot yang mengikut semata-mata. tetapi apabila nafsu dan syaitan menguasai manusia, sudah tentu segala peraturan tersebut dilanggarnya. nafsu memainkan peranan paling penting sementara sang syaitan hanya memberi sokongan padu dalam merosakkan manusia. apa perasaan kita sekiranya robot yang kita cipta tidak menurut kemahuan kita? sudah tentu kita sangat marah. Allah juga murka pada mereka yang tidak menurut peraturanNya tetapi Allah Maha Penyayang. masih diberikan jalan keluar untuk membetulkan kesilapan dengan harapan beroleh keampunan darinya tetapi manusia masih alpa dan terus-menerus melakukan kesalahan. oh Tuhan, ampunkanku. kerapkali juga kita pening dengan masalah-masalah yang kita hadapi di dunia contohnya duit belanja tidak masuk, masalah cinta, masalah pelajaran, masalah di tempat kerja dan entah macam-macam lagi masalah. tetapi kalau kita fikir kembali, semua itu bukanlah masalah langsung kerana semuanya ada jalan penyelesaian. hakikat masalah sebenar adalah ketika kita menghadapi sakaratul maut dan penghidupan kita selepas itu yakni di dalam kubur, di Padang Mahsyar dan di dunia abadi. ketika itu, semua masalah yang kita hadapi tidak ada langsung jalan penyelesaian. semuanya sudah terlambat. ketika itu tidak ada apa lagi yang membantu kecuali amalan kita dan rahmat Ilahi. ya, itulah masalah yang sebenar.26 June 2008
si tukang jahit hingusan
rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang tukang jahit. dan inilah kemahiran baru yang cuba saya asah. ibu saya memang tidak pandai menjahit tetapi keluarga ayah saya mempunyai darah 'tukang jahit'. atas dasar itu, saya mencuba, mungkin saya mewarisi kemahiran tersebut (walhal tidak masuk akal langsung teori ini!). saya boleh menjahit (mesin elektrik, jadi senanglah!) tetapi untuk memotong kain, memang pengetahuan saya sifar. hmm, bukan senang-senang boleh potong. perlu ada cara dan ikut potongan tertentu agar kain tidak dibazirkan/tidak cukup. syukurlah, sewaktu saya mencari-cari kelas menjahit dalam dunia maya tempoh hari, pencarian saya berhasil. saya banyak belajar dari halaman ini). untuk peringkat permulaan, saya hanya menggunakan kain 'cotton'. floral pattern yang sememangnya saya gemari. ala-ala Inggeris. dan alhamdulillah, baju pertama yang saya jahit sendiri siap akhirnya. asalnya mahu dibuat baju kurung tetapi disebabkan ada masalah di pesak, saya modifikasi baju tersebut menjadi baju-yang-saya-pun-tak-tahu-nama-apa. tapi sekurang-kurangnya saya berjaya mencipta fesyen baru!dan hari ini, saya mencuba untuk menjahit sehelai baju kurung, dan alhamdulillah menjadi! cuma saya masih kurang berpuas hati dengan jahitan itu. takpe, cuba lagi. apa-apa yang kita buat dalam kehidupan ini, mesti kena ada kesungguhan. tanpa kesungguhan, mana mungkin kita gapai bintang yang kita impikan di atas, bukan? =pah, penatnya badan saya!
24 June 2008
saya mahu jadi limau manis!

23 June 2008
help me, sister!
Di sebuah terminal bas di BahgdadGadis B: Jom duduk kat situ (sambil menuding jari ke arah sebuah kerusi panjang)
Baru sahaja mereka melabuhkan punggung, tidak semena-mena datang seorang kanak-kanak perempuan kecil usianya kira-kira 5 tahun barangkali menghampiri mereka.
Kanak-kanak: Kakak..(sambil menadah tangan)
Gadis A memandang Gadis B lalu berpaling ke arah kanak-kanak perempuan itu sambil menggeleng kepala.
Kanak-kanak : Tolonglah kak. Tolong saya kak..
Gadis A tetap sahaja bermuka selamba dan buat tidak endah. Bukannya dia tidak mahu memberi, tetapi dia tidak percaya kanak-kanak perempuan itu. Barangkali dia digunapakai oleh sindiket penipuan.Lantas, Gadis B mengeluarkan not RM5 lalu meletakkannya di atas tangan kanak-kanak itu.
Gadis B: Hmm, duit ini akak bagi untuk adik. Bukan diberi kepada orang lain. Untuk adik makan atau apa-apa sahaja yang adik nak. Ok?
Kanak-kanak: Terima kasih, kak (sambil bersinar cahaya wajahnya). Semoga Allah membalas akak dengan ganjaran yang lebih baik.
Tentu sahaja kalian pernah mengalami peristiwa di atas. Sambil menunggu bas, ada sahaja orang yang datang minta sedeqah. Sebagai contoh di Pulau pinang. Sepanjang perjalanan kita menaiki feri di jeti sehinggalah ke terminal bas di Butterworth, terlalu ramai yang datang meminta simpati dari kita. Ada yang bermurah hati terus sahaja menghulurkan sedikit wang dan ada yang tidak mahu mengendahkan langsung. Bagi golongan yang tidak mahu memberi langsung, barangkali ada dua sebab:
1) Sememangnya dia seorang yang kedekut.
2) Dia tidak mahu menggalakkan budaya meminta di kalangan peminta jalanan ini sebaliknya ingin mereka berusaha untuk hidup mereka.
Dalam situasi sebegini, kita ada dua pilihan. Pertama, sekiranya orang tersebut sekadar menadah tangan meminta, tidak mengapa kalau kita tidak endahkan sahaja (cuma hati kita yang akan berasa serba-salah. Kalau begitu, keluarkanlah sedikit wangmu yang banyak itu). Kedua, sekiranya peminta jalanan ini merayu pada kita, JANGAN SESEKALI KITA MENOLAK. Keluarkan wang seringgit dua agar dapat menyalakan kembali sinar harapan dalam diri mereka. Tetapi perlu diingatkan, sekiranya kita tahu yang mereka ini terlibat dalam sindiket penipuan, pada pendapat saya boleh abaikan sahaja (pastikan betul-betul ia adalah sindiket). Paling senang, laporkan pada pihak berkuasa tempatan.
Sebenarnya, memang ada insan yang betul-betul kesempitan dalam hidup yang menyebabkan mereka terpaksa meminta. Bagi kita yang mampu, hulurkan sedikit bantuan. Cuba kita bayangkan, seorang hamba yang meminta dari Allah tetapi Dia tidak melayan langsung permintaan kita. Sudah tentu kita akan berasa terseksanya jiwa raga. Begitulah juga apa yang berlaku pada peminta jalanan yang betul-betul tidak mampu ini. Harapan kita, dengan bantuan yang sedikit cuma itu, akan dapat meringankan beban hidupnya dan dia dapat berusaha sendiri untuk hidupnya. Dan perlu sangat kita bersyukur dengan limpahan nikmat yang ada pada kita. Kita mungkin tidak kaya seperti Donald Trump ataupun Syed Bukhari, tetapi rezeki yang kita ada itu memadai untuk kita. Takut-takut nanti, kalau terlebih kaya, kita tergolong dalam golongan yang takbur pula. Nau`zubillah.
Para sahabat r.a. juga pernah mengalami situasi sedemikian rupa. Sebagai contoh, Abu Bakar As-Siddiq. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang datang mengetuk pintu rumahnya untuk meminta sedikit pertolongan (saya tidak pasti pertolongan dalam bentuk apa). Abu Bakar menolak permintaan itu. Tetapi tidak lama kemudian, beliau kembali ke rumah lelaki yang mengetuk pintu rumahnya tadi sambil bertanyakan pertolongan yang diminta. Maka lelaki itu yang sedikit kehairanan menyoal Abu Bakar akan tindakannya itu. Lantas sahaja Abu Bakar memberitahu yang beliau tidak sanggup dipalingkan muka oleh Allah ketika beliau memohon pertolongan.
Akhirul kalam, suka saya memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :
Daripada Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Tangan yang bahagian atas (yang memberi) adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah (yang menerima). Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu (yang wajib dinafkahi)."
Ayuh, kita banyakkan sedeqah. sesungguhnya satu sedeqah yang kita berikan, 10 ganjaran yang kita akan terima. dan salah satu amalan yang berpanjangan pahalanya hingga ke akhirat kelak adalah sedeqah jariah.
p/s: perbetulkan saya sekiranya ada salah dan silap. wallahu'alam
20 June 2008
18 June 2008
percutian yang indah
s.u.b.h.a.n.A.l.l.a.h.
13 June 2008
11 June 2008
jom main masak-masak nak tak?
tiba-tiba sahaja saya teringat kisah saya sewaktu zaman muda dahulu kala. antara permainan yang saya gemari adalah 'masak-masak'. hmm, 'masak-masak' adalah gelaran yang saya berikan pada alat permainan yang terdiri daripada set pinggan mangkuk, set dapur dan segala jenis perkakas dapur yang lain. seingat saya, sudah berjenis-jenis set 'masak-masak' yang mama sedah belikan. seperti biasa, ada yang hilang entah ke mana. teman sepermainan saya pula tentulah hajar - adik saya. kalau di musim cuti sekolah, saya pasti ternanti-nanti kedatangan shakila, cucu jiran sebelah rumah saya dari kuala lumpur. mujurlah auntie sharma tidak kisah saya bermain seharian dengan anaknya. dalam permainan ini, kami sentiasa berlakon seolah-olah hidup sebagai sebuah keluarga. dan saya tentulah menjadi ibu dalam 'keluarga' kami ini. untuk menjadikan lebih realistik, kami akan mencabut rumput-rumput kecil dalam pasu untuk dijadikan sebagai sayur-sayuran kami. mujurlah kami tidak menangkap anak ikan di dalam longkang sebelah rumah uncle seong untuk turut dijadikan santapan kami. plot lakonan kami biasanya melibatkan ayah yang bekerja, anak yang bersekolah dan anak yang perlu diasuh. dunia lakonan kami ada siang dan malamnya. indah sungguh di kala saya mengingati semua itu. kini, setiap kali ternampak set 'masak-masak' di pasar raya, pasti saya akan tersenyum keseorangan. haha. sesuatu yang manis sekali. saya terfikir-fikir, mungkin permainan sebeginilah yang menjadikan seorang kanak-kanak perempuan itu lebih cenderung membina sifat semula jadi wanita dalam dirinya. mungkin juga kan? apa tidaknya, kalau perlu berlakon menjadi seorang ibu, dari usia muda lagi si kecil ini didedahkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu pabila dewasa nanti. hmm ada logiknya di situ. dan saya tidak pasti sama ada permainan ini telah berjaya membentuk saya menjadi yang sepatutnya. hmm barangkali ya dan mungkin juga kurang berjaya (saya akui sampai sekarang saya masih tidak mahir memasak, kalau yang ringkas mungkin boleh. hehe)10 June 2008
take care of me
'wanita itu hiasan dunia. seindah hiasan adalah wanita solehah. solehah itu bukannya boleh diwarisi. tetapi ia perlu dicari. dengan iman dan taqwa dalam diri. biar kedua-duanya sebati dalam jasadi. supaya hidup ini lebih bererti. dan bertaut kasih sayang antara insani..'
9 June 2008
red saga
terangnya bak darah
bila hatiku parah
padaNya kuberserah
saga yang merah
sinarnya sungguh cerah
bila maksiat mula membarah
hujan iman yang kuingin curah
saga yang merah
kerana kuingin berubah
membina hidup yang lebih terarah
8 June 2008
silaturrahim
Hadis Aisyah r.a katanya:
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
(*kedua-dua hadith di atas adalah hadith sahih Muslim)
jadi, ayuh kita rapat-rapatkan silaturrahim!
20 May 2008
memoirs of surabaya
:: 7 mei 2008 ::
:: 8 mei 2008 ::
:: 9 mei 2008 ::
:: 10 mei 2008 ::
:: 11 mei 2008 ::
selamat datang ke malaysia. sungguh saya sangat merindui malaysia. tiada apa yang lebih baik dari malaysia. kerna saya anak malaysia.
3 May 2008
oh surabaya
30 April 2008
alhamdulillah!
kita tengok nanti rezeki saya di mana.
saya berdoa Allah berikan saya yang terbaik di dunia dan akhirat.
ameen
28 April 2008
an adult to be
next time iAllah. i will.
29th april - 1st may : hanging out with kak syerry and her girls
3rd may : return to usm
5th may : surayabaya, here i come!
11th may : atai's house
12-16th may : babysit the three musketeers
17-18th may : projek rahsia **
19th - ?? : babysit again
22 April 2008
girls nite!
alhamdulillah. akhirnya dapat juga saya menyelit di kala kesibukan mendominasi minggu terakhir saya di bumi minden yang serba hijau ini. semalam, tepat 12.00 tengah hari, tamatlah perjuangan sebagai pelajar sarjana muda sains farmasi. saya merasakan seolah-olah terlepas satu beban berat yang saya galas selama ini. tetapi itu tidak bermaksud bahu saya merasa ringan. malah , saya merasakan satu beban yang lebih berat - alam kerjaya yang penuh mencabar. inilah masanya untuk menjadi dewasa. seusai peperiksaan terakhir itu, kami pelajar tahun akhir diberikan sedikit jamuan makan tengah hari oleh pihak pusat pengajian. terima kasih!memang saya makan bersungguh-sungguh (sebab beberapa hari lepas kadang-kadang sahaja saya menjamah nasi. gara-gara applied therapeutic!). penat yang masih berbekas, petang itu juga selepas zohor, saya dan beberapa kawan melangkah ke kompleks bukit jambul yang semester sekali sahaja kami jenguk (sibuk sangat, tidak sempat hendak bersosial) - mencari buku cerita. saya sangatlah seronok sebab dapat menjumpai buku-buku yang ingin sangat saya baca iaitu edensor dan laskar pelangi hasil tulisan andrea hirata. dan tentunya tangan saya tidak dapat membiarkan sahaja Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburrahman el Shirazy terlepas begitu sahaja. nah, banyak juga saya belanja untuk ketiga-tiga buku itu. dos kumulatif buku untuk tempoh 4 bulan.
apa yang saya boleh simpulkan - kami rasa puas!
terima kasih Tuhan!
20 April 2008
sayang mereka!
apa yang saya buat pada pukul 3 pagi ini?ternyata, saya pasti merindui sahabat seusrah saya
dari tahun satu sehingga tahun 4 kami bersama
--> amirah (orang kata kami macam kembar)
tidak dilupakan radieah, zura, an, kak sha, ija dan amami (+_^)
dan sahabat2 lain
i'm glad i was given an oppurtunity to know you guys!
16 April 2008
yeehaa!
| You Are An ENFJ |
![]() You strive to maintain harmony in relationships, and usually succeed. Articulate and enthusiastic, you are good at making personal connections. Sometimes you idealize relationships too much - and end up being let down. You find the most energy and comfort in social situations ... where you shine. In love, you are very protective and supporting. However, you do need to "feel special" - and it's quite easy for you to get jealous. At work, you are a natural leader. You can help people discover their greatest potential. You would make a good writer, human resources director, or psychologist. How you see yourself: Trusting, idealistic, and expressive When other people don't get you, they see you as: Bossy, inappropriate, and loud |
hmm really??
:: imtihan mode IV ::
sekali lagi perasaan terkilan menguasai saya. sebab saya rasakan tidak dapat menjawab dengan sukses sebentar tadi. hmm, puas saya pujuk diri saya inilah yang dinamakan qada' dan qadar. bukan saya tidak berusaha tetapi setakat ini yang Allah hendak berikan. memang kena terima apa-apa sahaja ketentuan darinya. sabar, sabar dan sabar. fuh!! (rasa mahu menangis!)
07/4/08 : Good Manufacturing Practice
11/4/08 : Hospital Pharmacy Practice
16/4/08 : Community Pharmacy Practice
21/4/08 : Applied Therapeutic II
cukuplah yang satu itu
buat aku mati kutu
hari-hari jadi tidak menentu
Allah sahaja boleh bantu
mesti jawab dengan bermutu
supaya jawapanku dapat restu
tidaklah nanti markah = satu
kelak nangis tidak berlagu
berusahalah untuk yang satu itu!
@-+-- <-- a rose for you!
p/s: sambil berkemas barang. mama mahu datang ambil barang-barang petang ini. wah, tak sangka banyaknya barang!(mood sedih + sayu mennyelubungi diri tatkala menyimpan buku-buku dalam kotak)
14 April 2008
antidote
(atai and zett came out with crazy idea last night. atai coloured zett's fingernails and toenails with highlighter - pink and green. crazy, but in the end zett's nails looked damn cute. i know you guys are totally bored. me, in my room bored as well. i just forcing myself).
for the sake of another two papers. hmm.
i always love being with them. friends of friends.
13 April 2008
chemistry class
*sigh* (kegagalan jiwa yang dahsyat)
sarah, just continue revising your notes. leave this matter for while.
disclaimer:
all the provided information cannot be used for learning purposes. please review your chemistry testbook for more precise facts.
11 April 2008
:: imtihan mode III ::
another paper done.
two more papers!
today's paper - i didn't want to comment anything (~~,)
as soon as we left the exam hall, atai, meer, zett, shishi and i hurried to masjid for our asar prayers before we enjoyed ourselves at berkat restaurant (again!!). we waited for almost 30 minutes for our order. haih!
another pantun for this entry;
3-2 = 1,
mesti terus berusaha,
jgnlah rasa jemu pula,
kelak bahagia di hari tua
07/4/08 : Good Manufacturing Practice
11/4/08 : Hospital Pharmacy Practice
16/4/08 : Community Pharmacy Practice
21/4/08 : Applied Therapeutic II
okeh sarah!
all the best!
make the last two the very best ya
jadikan dua itu dua yang berkuasa!!
8 April 2008
:: imtihan mode II ::
alhamdulillah. kertas APB dan jaminan mutu yang 4 unit itu sudah lepas semalam. terasa lapang sedikit. cuma sedikit khuatir kerana ada beberapa soalan yang saya jawab dengan rasa kurang puas hati di jiwa. mana tidaknya, saya tidak pernah menjangkakan ada soalan begitu, maka tiadalah isi-isi penting berkenaan dalam peta minda peribadi saya. huhu. memang saya guna logik akal sahaja. dan mudah-mudahan logik akal itu memang betul logiknya. tetapi sungguh saya rasa tenang sahaja semalam. pasti ini berkat doa insan yang baik hati di luar
11/4/08: Hospital Pharmacy Practice
16/4/08: Community Pharmacy Practice
21/4/08: Applied Therapeutic II
jawab semuanya dengan geliga,
tidak sabar menarik nafas lega,
sambil minum jus mangga |_|3
7 April 2008
:: imtihan mode ::
kuakan pastikan empat yang terhebat,
pastiku mahu jawab yang paling tepat,
dan jawapan yang semuanya mampat,
sebab gred A yang kumahu dapat
(hah!sebuah sajak spontan membina semangat buat saya. hehe)
jadual peperiksaan akhir :
07/4/08 : Good Manufacturing Practice
11/4/08 : Hospital Pharmacy
16/4/08 : Community Pharmacy
21/4/08 : Applied Therapeutics II
sarah, selamat berjaya!
5 April 2008
menjadi pemburu
Ya Ilahi, kuatkanlah hati hambaMu yang seorang ini.
4 April 2008
sadness is in the air
3 April 2008
bercakap sendiri
1 April 2008
love from a distance

i miss mama and babah (",)
ameen
____________________________________
to my dear friends,
best of luck
for our very final exams!
make it the best throughout these 4 years (^.^)
29 March 2008
ia bukan kebetulan lagi
diinterpretasi dari pemikir agung, Harun Yahya.
Prakata: Edensor
terima kasih (^^)
26 March 2008
"kakak, mai la sembang dengan saya.."
date: 25th-26th march 2008
conclusion: enjoy your life.
24 March 2008
a story of a lab girl
i'm done with my scarry viva.
i'm done with my time-consuming yet interesting final year project.
this friday will be the last day for final ammendment submission.
sememangnya saya merasakan segerombolan serangga yang ada dalam di alam dunia ini berterbangan sebebasnya di dalam perut saya. sungguh, saya tidak pernah merasakan sebegini gementar, hanya ALlah yang mengetahui. sejak dari malam tadi saya, meer, zet and atai berlatih sama-sama. syukurlah ada sahabat-sahabat yang sentiasa bersemangat macam mereka. mengikut jadual sebenar, sepatutnya saya menjadi orang pertama tetapi atas sebab tertentu, saya menjadi orang keempat. hanya Allah yang mengetahui perasaan dan kegementaran saya di tahap maksima ketika berada di dalam bilik mesyuarat. dan ketika giliran saya tiba, saya berpura-pura berkeyakinan tinggi. mujurlah saya mendapat senyuman dari dr abas, dr naseer (kedua-duanya examiner tesis saya), prof zaini (supervisor saya) dan dr aidi a.k.a. abang aidi. saya kira senyuman itu adalah senyuman pemberi semangat. dan bermulalah sesi pembentangan saya. syukur, ia berjalan lancar. di akhir pembentangan, saya mendapat pujian daripada dr naseer yang suka akan slide shows yang saya telah sediakan. hmm, tidak sangka la pula. syukurlah. seperti biasa, ada sesi Q & A. dan saya sedaya upaya menjawab soalan tersebut cuma saya kurang berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan kepada dr naseer. beliau tidak faham dengan kaedah penyediaan ampaian untuk minyak habbatus yang saya lakukan. dan paling menarik, dia bertanyakan kandungan Tween 20. alahai, itu bukanlah bidang yang saya perlu kaji sedalam-dalamnya. pensyarah-pensyarah lain hanya senyum sahaja mendengar sesi perbualan kami itu. barulah saya faham, dr naseer adalah seorang medical dr, sebab itu dia tidak pernah dengar akan Tween 20. Tween 20 adalah suatu surfaktan yang biasanya digunakan untuk memudahkan percampuran antara minyak dan air. hmm, tidak mengapalah. sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu dari situ.
aha.
thanks all!
Allah bless you guys.
23 March 2008
unwanted dream
malam tadi mimpi pasal presentation during viva voce. menakutkan. doa-doalah supaya apa yang terjadi dalam mimpi itu tidak menjadi realiti esok hari, iAllah.teruk sungguh. sampai termimpi-mimpi. ish, ish, ish! (sambil menggelengkan kepala)
haih, viva oh viva! i can't wait to go through it. penat sudah jiwa raga untuk risau akan dikau. sarah oh sarah! kuatkan jiwa, dikau pasti boleh!
Ya Ilahi, tolonglah daku untuk hadapi segala kesulitan ini.
20 March 2008
12 Rabiul Awal
by Bisma Nasar, USA
Oh, how my heart yearns
To see the one
Called the Best of Creation!
To sit by his noble feet
And feel the tranquility
That radiates from
His blessed body
Oh, how my heart aches
To see the one who has saved
Mankind through his intercession
On Judgment Day
His blessed words
Were like rains from the heavens
His manners were
Absolute and complete perfection
Oh, how my heart bleeds
For I have this desperate need
To feel his presence and
His blessings, indeed!
Every action of his was filled with Barakah, blessings
Every inch of him shone with Noor, light
A sigh of longing escapes from my lips
How I would love to see this sight!
Oh, how my heart longs
To be near the one
Who brought hope to a place
Where hopelessness reigned
To his Creator he had
A flawless submission
His perfect existence
Transcends human definition
Though I, in vain, attempt
To praise him and his perfect behavior
Surely no one can praise him better
Than his own Maker:
Ya Habib Allah, the Beloved of Allah!
Ya Bab Allah, the Door to Allah!
Ya Rasulullah, Messenger of Allah!
My eyes cannot help but cry
Bitter tears as I realize
My pitiful state of love
For the Beloved of Allah!
one of my favourite nasheed entitled 'Tihamah' by Raihan
dia dibangkitkan dari golongan tihamah
di akhir zaman menjelang hari kiamat
di belakang badannya ada alamat
menghampirinya pasti akan mendapat rahmat
putih bersih dahinya
sinar hitam rambutnya
baik paras mukanya dan bercahaya
dua tapak kakinya pernah dikucup unta
unta hilang derita unta tiada duka
binatang dhab pernah beriman dengannya
pokok pernah memberi salam kepadanya
batu pun pernah berkata-kata dengannya
tunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya
ada intipati yang boleh kita hayati dari lirik di atas. Salam Maulidur Rasul to all. marilah kita perbanyakkan selawat ke atas insan agung ini.
19 March 2008
my heart belongs to?
to do before study week:
1. VIVA VOCE!! (*_*)
2. community pharmacy assignment. sikit lagi je nak siap.
3. report clerkship. prof yahaya wants it to be submitted asap.oohh!!
4. buletin for baksis. mai, we have to work on it!
5. jamuan dengan adik2 usrah. kak sarah busy la sekarang, sis. nanti kita picnic sama-sama di minden k! (^^,)
6. hal yang boleh datang secara tiba-tiba.
cik sarah,
be proud and unbending in defeat
yet humble and gentle in victory!
strive for excellence!!
thanks. many thanks to you (+_+)
18 March 2008
di suatu pagi
pukul 2.35 pagi , hari selasa, 18 mac 2008
aha.
"Ya Allah, masukkanlah temanku ini dalam golongan yang selamat, jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hambaMu yang soleh, jauhkanlah dia dari duka dan anugerahkanlah dia dengan cintaMu, rinduMu, berkahMu, rahmatMu.."






