Pages

15 July 2008

jalan-jalan cari zetty


terasa begitu lama saya tidak menghantar sebarang entri. hmm, masa amat mencemburui saya di kala ini. minggu lepas ke kelantan. sungguh saya rasa puas dan gembira meskipun sakit pinggang saya + tidur yang sering terganggu oleh panduan laju pemandu bas mutiara. sepanjang berada di negeri pemerintahan kerajaan Pas itu, kami (zett, si tuan rumah, atai, mir dan saya) puas merayau di serata negeri kelantan sampai penat-penat kami dibuatnya. antara lokasi kunjungan kami - rantau panjang, pasir puteh, pekan pasir mas, melor (rumah aida), pengkalan kubor dan tentunya kota bharu. aktiviti kami - menghabiskan duit dengan pembelian tudung secara besar-besaran (hmm, saya rasa kalau di jalan TAR lebih murah tapi kurang pilihan, jadi saya rasa masih berbaloi untuk membayar lebih sedikit. lagipun, pembelian ini untuk penggunaan bertahun-tahun.hehe), berfotografi (mana bisa kami melepaskannya) dan melawat muzium di sekitar kelate. paling menarik, seusai kami bergambar di hadapan pintu gerbang istana sultan kelantan, dengan selambanya kami berjalan masuk ke dalam istana. kata mir, itulah contoh istana negeri kelantan. tetapi belum sempat kami berjalan lebih jauh, tiba-tiba seorang pegawai polis menahan kami sambil menanyakan urusan kami. hmm, kecut juga masa itu. rupa-rupanya kami telah tersalah istana. dengan selambanya sekali lagi kami berjalan keluar seolah tiada apa yang berlaku. sesampai sahaja di luar pintu gerbang, memang tidak gering gusi. apelah kita ni ye?

3 hari di bumi kelantan memang menyeronokkan. selain bertemu dengan kroni-kroni saya yang terchenta itu, dapat juga saya menilai kelantan dan membandingkannya dengan laporan akhbar yang dikuasai kerajaan. hmm, apa yang menggembirakan hati saya, semua perniagaan di kelantan diterajui oleh orang Islam. bukankah itu suatu yang bisa buat kita teruja? susah dilihat senario sebegitu di negeri lain. alhamdulillah.iAllah senario yang sama diharapkan berlaku di negeri lain.

alhamdulillah, saya suka kembara ke kelantan kali ini!nak datang lagi!

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com