ada apa dengan sebuah walimatul urus?kalau kita renung-renungkan kembali, ada banyak intipati dan nilai-nilai kehidupan yang boleh kita ambil sebagai pedoman kita sepanjang zaman. ia kelihatan seperti majlis-majlis yang biasa tetapi pada saya, di sebalik menguruskan sebuah walimah yang bukan mudah, terselit sejuta pelajaran baru buat saya.
sejak seminggu yang lepas, saya memang telah mula sibuk dengan persiapan kenduri kahwin di rumah kami. balik-balik sahaja daripada kenduri pihak perempuan di setiawangsa, tersenarai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sebelum hari kejadian. babah dan mama adalah orang yang paling sibuk. menguruskan dari perkara yang paling kecil sehinggalah urusan yang paling besar. rasa penat itu memang tidak wujud lagi dalam kamus hidup buat sementara waktu. dari urusan nasi kenduri, jemputan tetamu, khemah dan sebagainya. untuk saya, bilik pengantin perlu disiapkan, backdrop meja pengantin juga perlu diuruskan. kami lebih suka buat sendiri berbanding panggil orang kedai. citarasa kami memang sangat berbeza. sejak dari hari isnin lagi bilik pengantin itu mula di'make-up'. alhamdulillah kedatangan kak yang dan kak yana (kakak ipar) dan hajar memudahkan lagi urusan. sebelum itu, backdrop meja makan pengantin telah disiapkan. konsep yang saya kenakan adalah 'when classics meet moderns'. hehe. pakai kain batik je untuk hiasan. senang cerita. murah dan ringkas. sebenarnya ada idea lain tetapi terpaksa dimansuhkan kerana kos agak tinggi.
hari jumaat iaitu sehari sebelum kenduri memang hari yang paling sibuk. proses satu rumah. di satu sudut hati kecil saya, rasa bersyukur sangat keluarga saya kaya dengan lelaki. abang dan adik banyak membantu urusan teknikal. tidak mungkin kami yang perempuan berapa kerat ni sahaja nk buat. hanif (adik saya) and his gangs banyak membantu. bagus betul anak-anak muda tu. komited buat kerja. thumbs up to you guys!!seluruh isi rumah sangat sibuk. dari datuk sampai la ke cucu. cucu yang enam orang itu sibuk bermain dan menangis. saya paling suka suasana rumah yang kecoh pada masa itu. paling seronok masa waktu makan. kami kumpul ramai-ramai di dapur yang kecil itu dan makan bersama. masa tu, bagi nasi putih + kicap + ikan goreng pun boleh kenyang. a moment that i'll cherish forever.
malam tu, babah buat sedikit kenduri tahlil. dan semestinya ustaz mahizan menjadi tetamu jemputan. makan nasi lemak dan beberapa kuih muih menjadi menu kenduri kecil kami pada malam itu. dalam lebih kurang 12.15pm, barulah semua urusan kenduri tu selesai. lepas tu golongan dewasa berkumpul di bilik pengantin a.k.a. bilik babah untuk sedikit mesyuarat ringkas untuk mengingatkan kembali tugas masing-masing pada hari kenduri nanti. malam tu, kami tidur dengan nyenyaknya. semua keletihan. bagi yang masih berstatus bujang, ruang tamu rumah menjadi pilihan kami untuk melelapkan mata. seronok tau tidur ramai-ramai macam tu!!=)
pagi kenduri tu, kami bertambah sibuk. potong oranges, susun kek dan prepare peralatan untuk meja pengantin. jari saya ni rasa lenguh mengupas oranges yang berpuluh-puluh biji itu. dalam 11.15am, kawan-kawan terdekat mama dan babah dah mula datang. saya bersama kakak ipar saya makan terlebih dahulu sebab kami tahu tidak akan ada masa untuk makan-makan nanti. lepas tu,bermulalah tugas saya yang tidak rasami --> menyambut tetamu. di kala ini, memang kena senyum habis-habisan. ada kawan mama yang saya kenal, ingat-ingat lupa dan ada yang tak kenal langsung. sambut je supaya mereka dapat merasakan kedatangan mereka sangat dialu-alukan. antara peristiwa paling seronok yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila adalah kedatangan ustaz/dr badrul amin ke kenduri kami ini. kebetulan dia ada di taiping pada masa itu. dia dijemput oleh kawan babah ke kenduri kami. dengan berbesar hati kami menerima kedatangan ustaz. wah, seronok betul dapat face to face dengan ustaz ni. tenang dan sentiasa tersenyum. itu yang dikatakan pancaran nur di wajah orang-orang alim. moga kenduri kami ni menerima barakahnya. masa berlalu sangat pantas. bila dah hampir pukul 1.45, saya danabang mie bersedia untuk menyambut ketibaan pengantin. masing-masing sibuk sampaikan yang datang menyambut pengantin ada dalam 6 orang je. tapi oklah tu, buat apa ramai-ramai. buat menyemak je nanti. dari jauh dah nampak abang hafiz dan kak ziana. a good pair, iALlah. dalam hati, saya tidak dapat nafikan abang fiz nampak sangatlah handsome. padanlah dengan kak ziana yang manis tu. moga kalian bahagia dunia akhirat ya!
alhamdulillah semuanya selesai mengikut perancangan. paling manis, saya sempat bersua muka dengan cikgu salmah, cikgu ahsaniah, kak rosmah yang merupakan cikgu-cikgu yang mengajar saya semasa kecil-kecil dulu. dan dapatlah juga saya bertemu dengan rakan tadika saya yang merupakan anak cikgu salmah tu. suatu kebetulan sungguh!hey, it's nice to meet you!!;)
kenduri berjalan sampai petang. tetamu yang datang semakin berkurang. tetamu terakhir kami adalah mamu zainol and his family. dia tidak dapat datang awal atas urusan kerja. malam tu kami bertungkus lumus mengemas kembali rumah. tempat tetap saya pada malam itu adalah di dapur; mencuci pinggan mangkuk :(
walau bagaimanapun, di hati kami masing-masing rasa sangat puas hati. seinfiniti kesyukuran kepada Allah di atas kelancaran majlis iu. ramai orang memuji masakan katering yang kami pesan - sudah semestinya masakan mamak menjadi pilihan kami. congrats pakcik rasheed. buah tangan yang kami berikan untuk tetamu yang hadir - mini mathurat (untuk wanita) dan sticker qiblat (untuk muslimin) moga memberi manfaat pada semua. lagu nasyid yang dimainkan sepanjang kenduri itu moga dapat beri nasihat dan pedoman pada semua. salah satu objektif yang babah ingin bawakan dalam majlis sebegini adalah dakwah pada orang yang datang. memang ini yang babah tekankan. tiada adat bersanding dan menepung tawar dalam kamus kenduri keluarga kami. syukur Allah kurniakan hidayahNya pada kami semua.
hati saya berbisik - alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.