Pages

27 December 2007

monolog di sebuah pagi yang hening

sukar untuk aku bina
sebuah istana tabah
dari batu-bata sabar
yang ditempa
dari butir-butir
pasir kehidupan

wahai mata,

kuatlah dikau berjaga malam untuk mencari kekuatan diri

wahai hati,

tabahlah dikau memelihara dirimu daripada anasir-anasir yang bisa melemahkanmu

wahai jiwa,

teruslah dengan nyanyianmu kerana Ilahi tidak pernah terlepas mendengar rintihanmu

wahai tubuh,

gagahlah dikau meskipun rasa lemah tiada daya lagi

wahai akal,

bijaklah dikau sebijak Luqman dalam merencanakan urusan hidupmu

wahai diriku,

teruslah kuat kerana Allah ada di sisimu

wahai diriku,


jangan pernah berhenti berharap pada Rabbul Izzati
kerana janjiNya sudah pasti

(modifikasi sajak nukilan akhi masrawi)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com