Pages

28 March 2010

Rasulullah dan limau

(a slice of lemon before being squeezed into tea @ 43)

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

berbanding dengan diri kita yang jauh beza akhlaknya dengan kekasih Allah, kalau masin sedikit makanan, tak berhenti-henti kita merungut. sebab itu, walaupun kita menerima hadiah yang tidak kita suka daripada orang, terima sahaja, senyum dan ucapkan terima kasih. tunjukkan betapa kita raikan pemberiannya itu. andai kata kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan hadiah tersebut, boleh sahaja kita hadiahkan pada orang lain tetapi dengan syarat janganlah sampai diketahui oleh si pemberi hadiah. kecil hatinya nanti. sifat meraikan ini sebenarnya bisa membuahkan kasih sayang yang tidak bertepi. kita punyai rasa menghargai dan kelak kita akan dihargai juga, insha-Allah. tetapi, janganlah terlalu kita mengharap akan penghargaan orang lain. buat sahaja, lillahi Taala.

insha-Allah, kalian bisa rasa bahagia.

22 March 2010

sesuatu


ketahuilah, bila mana Allah ambil sesuatu dari kita, Dia takkan biarkan kita kehilangan sesuatu itu selama-lamanya. Dia tahu kita memerlukan sesuatu itu. cuma Allah beri kita sedikit masa untuk lebih matang ke arah mendapatkan sesuatu itu. cuma kitalah yang kekadang tidak sabar dengan kehilangan itu. kalut mencari sesuatu yang lain. tanpa kita sedar, dalam kekalutan kita itu, Allah datangkan sesuatu yang kita tertunggu-tunggu selalu. sesuatu yang baru. yang lebih hebat dan hebat. yang akal kita tidak terlintas pun. Allah prihatin dengan hak Dia terhadap kita tetapi adakah kita prihatin dengan hak kita terhadap Dia?

Allahu Akbar!

terima kasih Tuhan.

18 March 2010

pelajaran

terapi: ombak laut dan aiskrim dan langit biru yang meluas

beberapa pelajaran hidup yang saya peroleh selama beberapa bulan bergelar pelajar semula:
  • jangan ambil pusing apa yang hendak dikata orang kerana mulut orang ini sampai bila pun tidak akan berhenti berceloteh. buat sahaja kerja sendiri
  • bawa senyuman ke mana sahaja kita pergi. biarlah kalau orang lain tidak memberi sebarang respon tetapi yang penting kita sudah bawa cas positif melalui senyuman itu ke semua tempat. moga-moga orang lain pun mendapat tempiasnya
  • tidak rugi bersungguh-sungguh sehingga tubuh terasa longlai kerana iAllah Dia akan memberikan pulangan yang lumayan di hari kemudian. maka terus berusaha, untuk dunia dan akhirat. semai sebanyak-banyaknya agar bisa dituai di akhirat kelak
  • ada orang yang suka bercerita tentang diri mereka, impian mereka. dengarkan sahaja. mungkin kita tidak bisa menjadi sesemangat mereka tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang apa-apa. sebab kita punyai perancangan tersendiri. follow your own pace. jangan menjadi seorang yang bukan kita kerana ia tidak akan bertahan lama.
  • sabar, sabar dan terus bersabar. dalam apa jua keadaan, sabar itu penawar segala-galanya.
  • gembirakan jiwa setiap hari. dengan jiwa sebegitu, kita akan lebih terangsang untuk sukses. kalau stress juga, makan aiskrim tepi laut. syiok!
  • positif dan optimis. mesti selalu ada sikap ini.
p/s: macam ayat-ayat buku motivasi yang skema =p

6 March 2010

jangan kufur

Allah berbicara,

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
(Surah Al-Isra' :27)

Tips ketika membeli-belah:
  • tuliskan item-item yang mahu dibeli sebelum keluar rumah. kalau boleh, brainstorm 2-3 hari sebelumnya supaya tidak ada senarai yang tertinggal di kemudian hari
  • sewaktu membeli, buat perbandingan harga terlebih dahulu melainkan kita benar-benar sudah selesa dengan jenama tertentu. kadang-kadang boleh ada perbezaan harga yang signifikan. nanti menyesal =p
  • pastikan beli barang yang ada dalam senarai sahaja. jangan cuba-cuba mahu ditokok tambah kerna kelak ada bertambah panjang senarai tersebut =)
  • sekiranya ternampak sesuatu yang menarik pandangan retina mata, hati melonjak-lonjak mahu memilikinya tetapi sebenarnya tiada keperluan untuk membeli barangan tersebut, maka cuba alihkan pandangan anda ke tempat lain atau gantikan perasaan tersebut dengan membeli aiskrim atau makanan ringan lain
  • ada sesiapa mahu tambah? dipersilakan. kita kongsi sama-sama

5 March 2010

babies

hari ini saya ke makmal. belajar dari sifu tentang teknik untuk menghasilkan model malaria. oh ye, projek yang saya akan kendalikan nanti berkaitan tentang penyakit malaria. maka haruslah saya merangsang tikus kajian saya untuk di'malaria'kan. saya kembali teruja untuk beraksi selepas ini . babies, come on! =) (babies = tikus -tikus saya)

Firman Allah yang bermaksud:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),(1) Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya(5)"

(Al-Alaq: 1-5)

4 March 2010

love with no boundaries

irfan - yang sangat banyak helahnya

ihsan - yang sangat lurus (degil juga kadang-kadang =p)

maisarah@unya - yang banyak cakap

ejaz - yang sangat 'lovable'

adam - yang sangat bersemangat dalam apa -apa sahaja

naim - yang sangat lembut hati dan halus jiwanya

humaira@anju - yang jinak-jinak merpati

biar macam mana sekalipun mereka bertujuh (yang ke-8 on the way insha-Allah), Kala Di sayang kalian. kerana kasih sayang kita tiada sempadan.

3 March 2010

rompak

dua hari sudah, ada seorang junior mengadu dia berada dalam kefobiaan. rumah dia baru dirompak malam sebelumnya. masa itu, hanya dia dan adik-adik sahaja ada di rumah. mak ayahnya bercuti di Port Dickson. kejadian berlaku lebih kurang 4.30 pagi. 3 orang pemuda indonesia pecah masuk rumah mereka. junior saya terus hilang ke'mamaian'nya bila dia ternampak mereka membawa parang dan chopper. sebagai tindak balas hormon adrenalin yang melonjak ketika itu, terus sahaja dia menjerit (sudah tentu berdebar-debar ketika itu). terus sahaja dia diacu parang ketika itu. terus terdiam. selepas itu, perompak-perompak tersebut terus cuba untuk mengikat dia. sebelum itu, junior saya meminta daripada salah seorang perompak untuk mengambil tudungnya terlebih dahulu (yelah, aurat kan?)

lalu dikejutnya adik-adik junior saya dek perompak tadi. salah seorangnya yang tengah mamai, dengan selambanya berkata 'kalau nak rompak, rompak je lah, jangalah kacau orang tidur..' (ahaha, dia ingat mimpi gamaknya). tetapi selepas diacu dengan chopper terus dia tersedar. ada seorang adiknya lagi langsung tidak sedar walaupun sudah berkali-kali dikejut oleh perompak itu. selepas itu, perompak tersebut terus bertanya pasal duit, barang kemas dan barang-barang lain yang relevan. hasilnya, RM3000 dikebas bersama beberapa barang kemas lain. mereka cuba juga hendak merompak laptop junior saya ini tetapi junior saya bagitahu mereka bahawa laptop dia sudah rosak. kalau dah rompak pun bukan boleh buat apa. seusai sahaja perompak-perompak itu keluar dari rumah, terus junior saya pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. rupa-rupanya mereka ini sudah pun merompak beberapa buah rumah di sekitar kawasan tersebut sebelum ini. maka, memang haruslah si polis pergi memburu dan menangkap mereka itu. tetapi, syukurlah, tiada apa-apa yang berlaku pada junior saya dan adik-adiknya. semasa dia bercerita, saya terasa seperti macam cerita-cerita dalam drama tetapi pada hakikatnya memang itu yang terjadi. andai saya di tempat junior saya tadi...wallahu'alam

bercakap pasal pecah masuk ini, saya teringat kisah 3-4 tahun sudah (lupa sebenarnya bila). ketika itu, hanya ada saya dan adik lelaki bongsu saya di rumah. mak ayah keluar outstation. tengah-tengah bersantai dalam bilik, saya terdengar seperti ada bunyi pagar bergegar. saya cuba positif bahawa kucing panjat agaknya (memang selalu macam itu). tetapi selepas itu, terdengar lagi. dengan dada yang berdebar-debar, saya mengintai di balik tingkap di ruang tamu. dan memang takut sangat bila ternampak ada seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah ketika itu. budak muda. ada seorang lagi sedang menunggu dengan motosikal. takkan la saya hendak menjerit. apa yang saya buat, saya switch on lampu luar rumah, kemudian saya switch off semula dan terus saya ulang-ulang sampai budak lelaki itu kelam-kabut jadinya. selepas itu, terus mereka berdua pergi. tidak pasti sama ada berjaya mereka mencuri apa-apa. hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. tidak henti-henti saya baca ayat kursi. tetapi, salah saya juga mungkin kerana tidak memasang lampu luar seperti kebiasaan. terlupa (~~.)

maka, jangan dilupa mendinding rumah kita dengan ayat-ayat cintaNya tidak kisahlah sebelum kita hendak tidur ataupun sebelum hendak meninggalkan rumah. kita letakkan tawakal kita sepenuhnya pada Dia. andai kata berlaku juga, seharusnya terima dengan sepenuh redha.

Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda:

'Sesiapa membaca sepuluh ayat, empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4), * dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257) dan penutup surah Al Baqarah (284-286) nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi'

(syaitan ini dalam bentuk nyata atau tidak nyata)

wallahu'alam

1 March 2010

usrati

(family day @ Melaka, 2009)

:: rindu mereka ::

28 February 2010

weak

salahkah saya punya cita-cita yang tinggi?
salahkah saya memasang impian yang tinggi melangit?
salahkah saya berfikiran terlalu jauh?

biarlah kiranya cita-cita nampak tidak tercapaikan
biarlah kirannya impian itu hanya macam angan-angan
biarlah kiranya pandangan jauh itu hanya igauan
kerna saya bahagia begitu

biar selelah mana pun
biar sepenat mana pun
ada rungutan sekali sekala
musibah yang menimpa tiba-tiba
saya relakan semua
kerna siapa saya untuk mengatur segala
saya kepunyaan Dia

inilah kebahagiaan saya
kalau tidak suka
usah pedulikan saya

p/s: minggu yang lemah buat saya. not fully recovered. dah almost 3 weeks. mood belajar hilang. ujian apakah buat saya ini?gonna start new day tomorrow insha-Allah

26 February 2010

kasihkan kekasih Yang Maha Pengasih

photo of courtesy from flickr

Diriwayatkan dari Ibnu Jarir, Qatadah, para penduduk Mekah yang masih kafir meminta kepada Rasulullah saw untuk memohon kepada Tuhannya agar Bukit Safa' berubah menjadi emas jika Muhammad adalah benar-benar utusan Allah. Nescaya, mereka berjanji akan beriman. Kemudian Jibril mengatakan kepada Muhammad bahawa itu bisa sahaja dikabulkan tetapi sekiranya demikian dan mereka tetap tidak beriman, mereka akan dibinasakan seperti umat-umat terdahulu. Akhirnya Rasulullah saw menolak permintaan mereka. Maka turunlah ayat ini;

'Penduduk suatu negeri sebelum mereka, yang telah Kami binasakan, mereka itu tidak beriman (padahal telah Kami kirimkan bukti). Apakah mereka akan beriman?'
(Al-Anbiya':6)

betapa kasihnya Rasulullah saw pada umatnya sehingga ditolaknya permintaan mereka kerna tidak inginkan mereka ditimpa musibah padahal bisa sahaja doa Baginda diangkat ke langit. tidak sanggup melihat umatnya terseksa. tetapi sejauh manakah kasih kita kepada kekasih Allah ini?

selawat ke atas Rasulullah dengan sepenuh cinta dan kasih kita buat baginda.doakan moga kita bisa menjadi umat yang disayanginya.doakan Baginda tidak memalingkan wajahnya daripada melihat kita di akhirat kelak.

salam maulidur rasul.

23 February 2010

tea lady

do you like to drink tea? i love tea. i prefer milk-free tea. teh o kalau dalam bahasa melayunya. i enjoy holding the warm mug of tea and smelling the aroma and sip it slowly. heaven! it gives me calmness, happiness, cheerfulness etc. for the time being, i'm into flavoured tea - lemon tea. i've tried other flavours as well; strawberry, chamomile, grape, peach, blackberry and raspberry to name a few. each of them will give you different beautiful feeling. drinking tea reminds me one of my best mate back in usm, atai. she loves tea too. we often prepared tea for one another. enjoy tea in the evening while listening to the slow music and revising our notes. heaven lagi! dah macam orang tua sahaja =p. hey, drinking tea is much better than those soft drinks. it is already proven scientifically that tea brings health benefits to human being. below, i share some.

bone protector
apart from the milk added into the tea, a study had proven that people who drank tea for more than 10 years has the strongest bones even after adjusting for age, body weight, exercise, smoking and other risk factors. this is where the tea phytochemicals benefit the drinkers.

sweetest smile
some people think that tea causes teeth colouring. well, it occurs due to the sugar added in your tea. tea itself actually contains fluoride and tannins that may keep plaque at bay. drink sugarless tea and of course maintain your daily dental routine, you'll get a set of strong teeth and the most beautiful smile (^^,)

fight!
tea may help to strengthen our immune system to thwart off the infection. researchers found that high immunity is gained following drinking tea. i wonder why my immune system still doesn't work to fight my flu?

antioxidant
these days, there are abundant of free radicals lingering around us - due to pollutions, global warming and not to mention radicals develop within our body due to aging. so, tea contains polyphenols which possess the antioxidant property to work off the ravages of aging and protect our body from the pollution.

love your heart
tea may help to smooth and clog-free your blood vessels from unwanted blood clots formed from cholesterol which subsequently can lead to heart attack and stroke.a study from Netherlands found a 70 percent lower risk of fatal heart attack in people who drank at least two to three cups of black tea daily compared to non-tea drinkers.

keep yourself hydrated
tea contains caffein. since caffeine is a diuretic and makes you pee more, the thought was that caffeinated beverages couldn't contribute to our overall fluid requirement. recent research has shown that the caffeine really doesn't matter -- tea and other caffeinated beverages definitely contribute to our fluid needs. the only time the caffeine becomes a problem as far as fluid is concerned is when you drink more than five or six cups of a caffeinated beverage at one time. so don't overdrank it. a reminder for me

metabolism boosters
tea can increase your metabolism. people tend to complain on slow metabolic rate which affect their ability to lose weight. it's not a problem for me. i need to gain weight. green tea has been shown to actually increase metabolic rate so that you can burn additional calories by drinking just five cups of green tea per day. of course, taking a 15-minute walk every day or hitting the shuttlecock with your racquets can also burn calories.

so, drink tea. it gives you endless happiness. enjoy every sip of it

--> nah, a cup of warm lemon tea for you. enjoy! \_/7

additional reading: this

22 February 2010

gadis lindungan Ilahi

gadis lindungan Ilahi
sungguh hatinya putih suci
dek zikir yang tidak henti-henti
pudar semua rasa benci

gadis lindungan Ilahi
dia punya akhlak tidak terperi
semua perintah Dia dituruti
laranganNya semesti dia jauhi

gadis lindungan Ilahi
malamnya sentiasa terisi
sujudkan dahinya di kaki bumi
sambil mencari makna diri

gadis lindungan Ilahi
tiada sebarang gusar di hati
kerana percaya janjiNya yang pasti
untuk bertemu cinta di syurga hakiki

[ayuh kita jadi gadis lindungan Ilahi]

p/s: jatuh sakit lagi. Ya Allah, kaffarahkan dosa-dosaku

21 February 2010

mawar merah dan percaya

Firman dari Dia:

“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.” Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman, 37-38)

Allah telah pun ceritakan di dalam Al-Quran. disampaikan kepada hambaNya melalui Rasulullah saw. tanpa sebarang kecanggihan teknologi. manusia zaman kini telah membuktikan fakta tersebut. itupun dengan bantuan teknologi. hal ini diakui mereka dan ternyata ia adalah sangat benar.

lalu, apakah mahu dibangkang lagi segala nasihat baginda?
jangan sekali-kali. jangan cuba dan jangan pernah.

cerita mawar merah itu bukan kisah dongeng semata-mata. ia kisah sebenar. percayalah. dengan percaya kita akan bahagia. di dunia dan akhirat sana.

17 February 2010

air dan batu


lama tidak menulis. tiga sebab. malas (jangan diikut perangai ini). kecemburuan masa. kesihatan yang tidak mengizinkan. Allah datangkan ujian sebentar. di saat ini, orang lain masih bercuti, saya sudah perlu kembali di meja belajar. ada banyak 'kerja sekolah' yang perlu disiapkan. perlu berkorban untuk kebahagiaan masa depan, insha-Allah. petang tadi sempat menyelak sebuah majalah dan suka untuk saya kongsi pembacaan saya tadi.

air dan batu. kedua-duanya diletakkan dalam sebuah plastik. andai kata ada lubang pada plastik tersebut, air pasti mengalir keluar dan batu akan terus berada dalam plastik (lainlah kalau lubang tersangat besar). itulah perumpamaan buat wanita. Allah kurniakan satu kelebihan berbanding golongan Adam iaitu kebolehan membaca bahasa jiwa. memang benar wanita mudah dibawa oleh arus emosi tetapi andai kata ianya diuruskan dengan baik, insha-Allah bisa bawa kebahagiaan kepada insan sekeliling. sesuai dengan peranannya sebagai seorang ummi kelak, memahami bahasa jiwa memang suatu keperluan bagi membaca bahasa anak-anak terutamanya yang masih tidak bisa bertutur dengan baik. di situlah akan terbit kasih dan sayang antara ummi dan anaknya. Si Adam lebih bijak berbicara dengan bahasa yang terus (direct) dan telus. tidak perlu ada kiasan kerana jarang-jarang ada yang bisa memahami maksud tersirat di balik kiasan itu. untuk Adam, memang layaklah diumpamakan seperti batu. bukan kerana mereka berhati batu. kerana bahasa jiwa mereka lebih tegar. penting untuk mereka punyai kelebihan ini agar insan di bawah pimpinan mereka akan lebih terpimpin. tegas tetapi lembut.

batu perlukan air yang berterusan mengalir untuk dibentuk lekuknya. wanita diperlukan Adam agar hidupnya lebih terurus dan sempurna. agar bisa dia menjadi pemimpin hebat insha-Allah. di belakang seorang Adam yang sukses, pasti ada seorang wanita berdiri manis yang sentiasa menyokong dan mendoakannya. kerna itu kasih sayang yang berterusan itu penting untuk kesinambungan sebuah kebahagiaan yang bisa dilanjutkan sehingga syurga, insha-Allah. air pula perlukan batu untuk menampannya andai kata arusnya terlalu deras. wanita perlukan Adam untuk memimpinnya di dunia yang penuh dengan durinya ini. agar tidak tertusuk dek duri-duri tersebut lalu terluka dan menangis. air tidak boleh menjadi batu dan batu tidak boleh menjadi air. ikutlah sahaja fitrah alami agar mengikut sunnahtullah. tidak perlu menyamakan hak air dan batu kerna hakikat mengatakan kedua-duanya berbeza. yang penting dicapai kesaksamaan dalam melaksanakan hak masing-masing. dunia pasti tersenyum bahagia.

p/s: air dan batu - saling melengkapi

9 February 2010

Nurah Scale

Nurah Scale

1 = Tidak ; 0 = Ya

3-4 : Teruskan usaha. insha-Allah, kan sukses. Allah juga sayang
1-2 : Hmm, jangan malas ok?
0 : Sesungguhnya kau adalah manusia yang rugi

Morisky Scale. biasanya skala ini digunakan untuk menguji tahap komplians pesakit dalam pengambilan ubat-ubatan. sama ada mereka makan ubat seperti yang sepatutnya atau mengelat. semasa chatting dengan nuha tadi, kami secara tidak sengaja mengeluarkan sebuah teori baru. saya namakan sebagai Nurah Scale. modifikasi dari Morisky Scale. skala ini kami sengaja reka untuk kegunaan sendiri bagi menguji tahap komplians kami dalam aktiviti penelaahan ilmu dan ulangkaji sehari-hari (syok sendiri sahaja sebenarnya)

terima kasih Nuha (^^,)

7 February 2010

kerna Allah

terima kasih ya Allah
untuk pengalaman terindah dalam hidupku
terima kasih ya Allah
kerana Kau pilih aku di kalangan hambaMu
untuk merasa nikmat bahagia cintaMu
terima kasih ya Allah
untuk kesemua anugerahMu yang tidak terhitungan

sungguh, aku sungguh memerlukanMu
supaya tiada apa yang bisa melebihiMu
sungguh, aku sungguh ingin mencintaMu
supaya tiada cinta yang bisa menandingi cintaku padaMu

. . . . Allah, Allah, Allah..

p/s: andai kata ada peluang untuk menyertai ESQ, ambillah peluang itu. kerna kau akan ketemukan sebuah perjalanan yang luar biasa tetapi bisa buat kau bahagia, iAllah

3 February 2010

UTM cipta penggera mengantuk


RUZAIRI (kiri), Jaysuman dan Mohd. Hafiz menunjukkan sistem peranti yang mampu mengesan pemandu mengantuk di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Johor Bahru semalam

Oleh NASRI JAMALUDIN
nasri@kosmo.com.my


JOHOR BAHRU - Berita baik bagi pemandu kenderaan terutama pemandu bas yang berhadapan dengan masalah mengantuk ketika memandu.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menghasilkan sebuah sistem peranti yang mampu mengesan tahap kesedaran pemandu-pemandu kenderaan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, peranti yang dikenali sebagai Smart Nap Alert System itu akan berfungsi apabila pemandu mula menunjukkan tanda-tanda keletihan, mengantuk atau tersengguk ketika memandu.

"Sistem peranti ini terbahagi kepada dua iaitu penderia yang dipasang di bahagian telinga dan peranti kawalan yang dipasang di dalam kenderaan.

"Apabila pemandu tersengguk, penggera akan berbunyi sekali gus menyedarkan pemandu serta penumpang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

p/s: congrats abg fiz. we're proud of you. keep more coming (^^,)

2 February 2010

mencintai bunga dan matahari hidupku

matahari + bunga

Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah TuhanNya
Tak pernah lelah menebar aroma bahagia
Tak pernah lelah meneduh gelisahnya

Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah TuhanNya
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa

kumencintai bunga dan matahari hidupku
seperti tanah mencintai titah TuhanNya
kuakan terus mencium aroma bunga
agar terbit rasa bahagia sampai syurga
kuakan biar dibakar cahaya matahari
agar dimengerti kehidupan insani

p/s: adaptasi daripada sajak ayatul husna untuk abangnya dalam ketika cinta bertasbih II; modifikasi daripada penulis untuk dua orang kesayangannya =p

31 January 2010

baiti jannati

jika anda punya tabiat menyimpan barang lama, sila uruskan sebaik mungkin. kelak anda akan menghadapi masalah ketika berpindah rumah. sepetang membantu abang saya berpindah rumah. memanglah banyak sungguh barangnya. saya menjadi 'tukang angkat' je. takdelah nak tolong sort sebab bukan barang kita. kalau saya, banyak je barang yang akan masuk dalam plastik hitam. masa buat house cleaning baru-baru ni sebelum berpindah ke selangor, banyak juga barang lama sejak zaman saya bersekolah yang saya buang. pada mulanya mahu simpan sebab ada sentimental value kononya tetapi kalau keychain yang sudah berkarat rantainya itu takkan la mahu simpan juga kan?ehehe. berbalik pada rumah abang saya tadi, kedudukannya agak strategik pada hemat saya. bukan di hadapan jalan utama. maka, bolehlah anak-anak saudara saya main dengan sebebasnya. dekat dengan surau. banyak juga rumah orang Islam yang berdekatan. alhamdulillah. seronoknya alahai, sudah bisa ada rumah sendiri. bolehlah sesuka mendekorasi rumah. dan penting untuk memilih di lokasi yang kondusif kerana perkembangan anak-anak juga bisa terkena tempiasnya. dan perlu untuk kita usaha untuk menrealisasikan konsep 'baiti jannati'. insha-Allah, kita bincang suatu hari nanti =)

oh ya, apabila kita melangkah ke rumah baru, ada beberapa adab yang Islam sudah ajar. Islam ini memang cukup lengkap. dari sekecil-kecilnya hinggalah urusan yang besar ada adab dan tatasusilanya. amat rugilah mereka yang tidak mahu jadikan Islam sebagai cara hidup. di bawah saya kongsikan sedikit info di bawah.

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:


a. Memberi salam ketika masuk ke rumah. dan sememangnya kita digalakkan memberi salam semasa masuk ke dalam rumah

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
[Al-Nur 24:61]

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa di dalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda:
'Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’

Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
(‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq)

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)


“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”

rujukan: Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa

p/s: jamuan itu ala-ala house-warming juga. bilalah agaknya abang mie nak buat house-warming?saya wajib datang!

30 January 2010

bersungguh-sungguh

sibuk. baru usai menjawab soalan ujian subjek 'biotechnology of malaria'. agak menarik konsep ujian yang pensyarah saya ketengahkan kali ini iaitu 'open-journal examination'. kami diberi satu soalan. dari soalan itu, kami perlu huraikan isi yang berkenaan dengan soalan tersebut dan tentunya yang ada bukti saintifik. tempoh dua untuk siapkan sekurang-kurangnya 15 muka surat tidak termasuk rujukan. uish, cabaran sungguh untuk saya. pertama kali menduduki ujian sebegini rupa. menarik juga sebenarnya. masa yang lebih flexible tetapi perlu produktif. maka, mengadaplah saya dua hari berturut-turut depan skrin, bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut. alhamdulillah, 2.30am hari jumaat, terus saya emailkan kepada pensyarah. ngam-ngam 15 muka surat. saya dah tak tahu mahu masukkan isi apa lagi. moga diberkati. dan terus sahaja insomnia lepas itu. pukul 4am lebih baru bisa tutup mata. mana tidaknya, asyik terbayang ayat-ayat dalam journal. aish!

menu picnic paling mudah. janji boleh isi perut =p


ini bukan motor kami =)

sebagai balasan untuk diri sendiri, saya pergi menenangkan minda walhal takdelah stress mana pun semalam. saja mahu menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri agar lebih bermotivasi selepas ini. picnic di hadapan masjid putrajaya bersama room-mate, ellis. menunya, sudah tentu spaghetti. pulun masak kat rumah abang petang semalam. alhamdulillah, tenang sungguh makan-makan di hadapan masjid sambil melihat variasi suasana. suasana outing bersama keluarga, suasana outing dengan kawan-kawan, suasana main badminton, roller-bladding dan tidak kurang juga ada yang bawa kucing peliharaan bersiar-siar. ehehe. ternyata menggembirakan sungguh picnic malam tadi. terbang sudah segala penat dalam diri. alhamdulillah.

adakalanya, kita perlu adakan sistem 'self-rewarding' untuk diri sendiri. ia dapat bertindak seperti catalyst yang boleh meningkatkan lagi penjanaan kesungguhan kita untuk bekerja. letakkan suatu target yang ingin kita capai, laksanakan sungguh-sungguh urusan kita itu dan insha-Allah pada akhirnya, ada kepuasan yang bakal kita nikmati. Islam sendiri menganjur umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suatu urusan. ini dijelaskan dalam surah al-insyirah, ayat 7-8:

"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap"

kerna dari kesungguhan itu akan menghasilkan buah yang ranum. tidak di dunia insha-Allah di akhirat kelak. semoga kita dan muslim seluruh dunia bersungguh-sungguh mengerjakan urusan masing-masing agar kita ternampakkan sebagai suatu golongan yang produktif dan pro-aktif, insha-Allah

p/s: kena bersungguh-sungguh siapkan 'kerja sekolah' hari ini

26 January 2010

the best construction work ever

saya mulakan entri dengan firmanNya, dari surah At-Thur ayat 35

أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون

“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"

gambar hiasan semata-mata

pagi tadi saya berkesempatan menemankan teman sebilik saya, ellis ke makmal. kebetulan ada temujanji dengan supervisor saya jam 1oam. jadi, ada baiknya saya buat sesuatu daripada melayan rasa mengantuk yang asyik bertandang. insomnia malam tadi, pukul 3am baru lelap mata. ellis perlu membantu seorang pelajar master ini membuat animal dissection atau dalam bahasa mudahnya 'belah tikus' untuk mendapatkan organ-organ tertentu untuk melihat kesan drug daripada ujikaji yang dijalankannya. sebelum ini, saya hanya mendengar cerita pasal prosedur tersebut tetapi hari ini saya berpeluang melihat dengan kedua-dua retina. pertama kali buat saya. ngeri juga sebenarnya sewaktu prosedur me'mengsankan' tikus di mana kepalanya perlu dihentak dengan kuat. hanya mereka yang berjiwa keras bisa melakukannya. mujur ada seorang adik lelaki ini. relaks je tengok dia buat. selepas tikus itu pengsan, kepalanya dipenggal dan bahagian badannya diserahkan kepada ellis untuk prosedur seterusnya. bahagian otak tikus dikeluarkan oleh pelajar master itu untuk urusan penyelidikannya. kecil je saiz otak tikus itu. jenuh juga mengeluarkan bahagian hippocampus, frontal lobe, cortex dan striatum. ellis menunjukkan kepakarannya 'membedah' badan tikus untuk mengeluarkan tiga organ yang mereka ingin gunakan iaitu hati, ginjal/buah pinggang dan testis. lepas seekor dan seekor dikorbankan tikus itu. mana bisa saya melihat sahaja. mestilah mahu mencuba juga. maka, untuk cubaan pertama saya, dengan kagumnya saya keluarkan organ-organ tadi. peringatan: saya tidak pernah membuat prosedur sebegini sewaktu zaman undergrad dulu. sebab itu teruja sangat.

serius saya sangat gembira. dan sangat kagum dengan kehebatan ciptaanNya. semua organ itu Allah susun atur dengan elok dalam posisi yang sepatutnya. setiap satu punya hubungan dengan organ yang lain. the best construction work ever! saya masih dapat melihat jantung yang terus berdegup meskipun tikus itu telah lama 'syahid'. mahu tahu mengapa? sebab di dalam jantung itu ada satu bahagian yang dipanggil perentak jantung (pacemaker). perentak ini yang berfungsi mengekalkan daya mengepam jantung sehinggalah sampai satu tahap ia akan berhenti. sebab itulah peri pentingnya menjaga kesihatan jantung. organ penting dalam tubuh selain otak dan buah pinggang. organ-organ lain seperti peparu, perut, usus besar dan usus kecil habis semua saya belek betul-betul. sungguh, saya teruja!

saya hanya berkesempatan bereksperimen dengan seekor dua tikus sahaja. hampir jam 10am ketika itu. tetapi alhamdulillah saya berkesempatan melihat keajaiban ciptaanNya. moga saya dan yang lain bisa bertemu dengan banyak lagi keajaiban ciptaanNya yang boleh buat kita berfikir dan berzikir. dan bersyukur dengan nikmat anugerahNya. alhamdulillah jua kerana Dia beri keberanian dan ketegaran hati berhadapan situasi sebegitu walhal saya agak-agak takut sebelum ini. mana biasa sangat dengan tikus-tikus ini. kelak, mereka bakal menjadi 'rakan baik' saya. tipsnya, niat kerana belajar. jangan takut sesuatu yang kita takut kerana kelak ia akan jadi kenyataan. maka, bayangkan yang baik-baik sahaja ya!

petang tadi ellis ada prosedur membedah juga. kali ini bukan tikus tetapi mayat manusia. err, saya cuba lain kali =) ayat mengelat, walhal 'scary'. tetapi, saya akan mencuba juga suatu hari nanti.

25 January 2010

'kalaulah' tidak relevan lagi

(fraser hill, 2009)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: "Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku." Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
(Riwayat Muslim)

perasan atau tidak, ada kalanya lidah kita terbiasa dengan perkataan 'kalau'. ada banyak konteks pengaplikasin perkataan 'kalau' ini. 'kalaulah aku belajar rajin-rajin dari dahulu lagi' (nada penyesalan). 'kalaulah aku kahwin dengan orang kaya' (angan-angan mat jenin namanya). 'kalaulah itu' dan 'kalaulah ini'. sedar tidak sedar, kadang-kadang kita seperti menyalahkan nasib yang telah tertulis buat kita. adakalanya saya juga begitu. boleh jadi kufur nikmat kita nanti. ampunkan daku, Tuhan.

kita tahu segala ketentuan hidup ini telah Allah susun aturkan dengan paling cantik dan paling kemas buat kita. contohnya, Allah tentukan Azizah belajar ilmu perubatan di Ireland. mungkin persekitaran di sana bisa buat dia jadi seorang gadis yang lebih hebat. Allah mencampakkan Nuha di Pulau Pinang untuk berjuang di medan ilmu ubat-ubatan agar bisa satu hari nanti beliau menjadi pharmacist yang menyumbang buat ummah. Allah jua tentukan Kak Nadiah dan Izza dikurniakan anak perempuan secomel Safiyyah dan Iman. orang kata, mengasuh dan membesarkan anak perempuan ini susah sedikit. tetapi, insha-Allah, Kak Nadiah dan Izza bisa melakukannya meskipun berada jauh di bumi Lincoln. ibu mithali mereka berdua ini insha-Allah =p. . dan Allah tentukan saya berada di sini, mendalami lapangan ilmu berkaitan penyakit malaria. tidak pernah saya bayangkan keadaan itu tetapi inilah percaturanNya. moga bisa saya dan sahabat muslim di luar sana menyumbang meskipun sedikit ke arah keintelektualan ummah di kala non-Muslim giat mendominasi dunia keilmuan. sebab itu, tidak patut kita menyalahkan takdir. peringatan buat saya. hikmahnya tidak kelihatan sekarang, mungkin suatu ketika kelak, kita bakal ternampak rahsiaNya menjadikan sesuatu buat kita. Allah yang ciptakan kita, maka selayaknya dia juga yang merancang segalaNya untuk kita. kerja kita, usahalah enjadi yang terbaik semampu kita. moga Allah sayang kita semua, ameen.

p/s: mari mansuhkan perkataan 'kalau' dari vocabulary harian kita =)

23 January 2010

suka makan spaghetti?


setelah seharian mengadap literature review yang tak pernah-pernah habis itu, saya termasuk forum di blog ini.

'Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan lain-lain. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila spaghetti dah selesai dimasak, anak saya, Kamal pun bertanya, "Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?" Si abang, Salim pun jawab, "Rasanya macam keju balls. Dikunyah rasa masin-masin." Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spaghetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit. Saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran PREGO made in USA. Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!

Astaghfirullaahal aziim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet, anak perempuan, Maryam dan adik lelaki, Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spagetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada daging babi. 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. '

*************************************************************************************

takutnya saya membaca. sebagai seorang wanita yang akan banyak mengambil alih urusan memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak, isu ini harus dipandang berat. kerana makanan yang masuk ke dalam mulut ahli keluarga kita itu akan menjadi darah daging. andai yang masuk itu tidak halal, mungkinkah ibadah yang kita laksanakan diangkat ke langit dan dipandang Tuhan? nauzubillah. wanita yang sememangnya Allah ciptakan teliti dalam sesuatu hal harus menggunapakaikan sifat semulajadi kita dalam hal-hal sebegini. nampak kecil tetapi ia bisa memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah.

saya perasan kebelakangan ini, ramai surirumah yang gemar mencuba resepi western untuk mengubah selera sekali-sekala. saya sendiri sukakan western food terutamanya pasta dan keluarganya. selalu juga saya memasak spaghetti tetapi saya tidak suka menggunakan sos segera yang biasa didapati di pasar raya kerana rasanya yang stereotype selain susah mencari yang terjamin kehalalannya. maka di sini saya hendak berkongsi cara membuat sos spaghetti yang mudah dan terjamin kehalalannya. ini adalah resepi yang saya pelajari semasa di tingkatan empat.

bahan-bahan untuk sos :
daging kisar Ramlee (paling yakin dengan brand ini). kuantitinya suka hati
seulas bawang besar, chopped
sebiji tomato merah, chopped
setin tomato puree (kalau mahu kuahnya banyak, tambah tin lagi)
cendawan butang (optional)
rempah seperti oregano powder, parsley flakes, basil leaves
sedikit serbuk lada hitam (inovasi tahun 2009)
sos tomato, cili
garam secukup rasa

mula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan daging kisar. bole tumis sekali serbuk lada hitam ketika ini supaya sebati dengan daging. agak-agak daging dah hampir masak, masukkan tomato puree, tambah sos cili dan sos tomato ala kadar. kalau mahu masam, lebihkan sos tomato. kalau suka pedas, lebihkan sos cili. seterusnya, masukkan cendawan butang dan chopped tomato. sprinkle garam dan rempah secukup rasa. jangan tambah air sebab nanti rasanya hilang umph! air dari daging sudah mencukupi. renihkan dalam 15 minit, biar daging cukup empuk. siap!

kalau biasa makan spaghetti standard size, apa kata cuba angle hair spaghetti. lebih halus dan tidak cepat jemu masa makan. jadi bolehlah nak makan banyak-banyak =) oh ya, untuk elakkan spaghetti itu melekat sewaktu proses merebus, masukkan setitik dua minyak masak.

selamat mencuba!

21 January 2010

Bismillah Pemudah Jalan


Bismillahirrahmaanirrahim

yang bermaksud 'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'. mungkin kalimah ini sudah acap kali kita dengar dan sebut hinggakan kadang-kadang kita terlepas pandang betapa maha pentingnya kalimah yang penuh rahsia ini diucapkan sebelum memulakan apa yang kita buat. Sifat Allah yang Maha Pemurah kepada semua makhluk ciptaannya hatta apa sekali pun anutannya. manakala sifat Ar-Rahim Allah itu hanya kepada hambaNya yang dikehendaki yakni para mukminin dan mukminah.

melalui pembacaan di laman ini, para ulama berpendapat bahawa kalimah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) merupakan ayat tergantung. sesuatu pekerjaan yang dimulakan dengan basmalah ini akan melengkapkan kalimah agung tersebut dan seterusnya membuka jalan agar pekerjaan kita itu dipermudahkan dan memperoleh keredhaanNya. sebagai contoh, sekiranya kita hendak membaca dan menganalisa journal, ada baiknya dimulakan dengan basmalah dan seterusnya proses menelaah ilmu itu akan melengkapkan maksud kalimah tersebut. dan mudah-mudahan dengan berkat kalimah itu, ilmu yang dipelajari itu bisa beri manfaat dan lebih melekat, masa yang diluangkan menjadi lebih berkat, diturunkan sejuta rahmat dan dijauhkan daripada perbuatan yang cacat. sama juga aplikasinya dalam pekerjaan yang lain misalnya memasak, membeli-belah dan segala macam perbuatan yang baik. sebab itu, kalau lidah kita terbiasa dengan kalimah suci ini, secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada perbuatan keji. mana mungkin kita hendak berbuat jahat dengan basmalah kan? tak compatible langsung. jadi, biasakan diri kita dengan tabiat ini. dan perlu diiringi dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah bersama kita.

pesanan abang yang saya ingat sampai sekarang. bila nak memandu, selain baca doa naik kenderaan, amalkan juga baca basmalah 11 kali. iAllah, Allah akan memayungi perjalanan kita. dan ia memang terbukti dengan nyata. ada satu ketika itu, ada kereta hampir-hampir melanggar kereta saya tetapi syukur alhamdulillah, perkara itu tidak berlaku. kereta tersebut berjaya mengelak. pada ketika yang lain, kereta saya berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan jalan. hujan lebat masa itu. saya tidak nampak kereta yang datang dari tepi saya. bammm! hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. semua bercampur-baur. pada malam hari kejadian, saya memikir-mikir balik punca yang menyebabkan saya ditimpa musibah dan . . saya teringat yang saya tidak berdoa sebelum memandu pagi itu. memang padan untuk saya. memang saya ingat sampai bila-bila.

maka, mulakanlah semuanya dengan basmalah. kerana di situ ada penunjuk jalan keluar.

Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa-apa pekerjaan dengan menyebut nama-nama Allah yang baik-baik.

"Dan Tuhan berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(Al-Mukmin : 60)

20 January 2010

living in the bubble


pernah dengar tentang 'Bubble Boy'? pensyarah saya biasa bercerita tentang kisah ini sewaktu 'undergrad' dulu tetapi saya ingat-ingat lupa. tetapi hari ini, saya sekali lagi mendengar kisah tentang 'Bubble Boy' ini dalam kelas immunobiology tadi. begini kisahnya.

Pada 21 September 1971, seorang bayi lelaki telah dilahirkan, David Phillip Vetter namanya. dia mengalami suatu jenis penyakit genetik yang jarang-jarang dijumpai, iaitu combined immune deficiency syndrome (SCIDS). SCIDS adalah sejenis penyakit di mana sistem imun tubuh yang terlibat dalam pertahanan badan daripada penyakit gagal berfungsi. punca utama masalah ini adalah berikutan keabnormalan dalam susunan maklumat genetik seseorang. jadi, bila sistem imun ini tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya, maka seseorang itu sangatlah mudah dijangkiti penyakit. sebelum kelahiran David, ibu bapanya telah pun mempunyai seorang anak lelaki iaitu abang David tetapi malangnya anak mereka meninggal dunia 7 bulan selepas kelahiran berikutan kecacatan thymus iaitu sejenis kelenjar, tempat di mana sel-sel imun manusia mengalami proses kematangan. doktor membuat anggapan bahawa sekiranya pasangan itu ingin mempunyai anak lagi, berkemungkinan besar (50%) anak yang bakal dilahirkan itu mengalami SCID. para doktor memberi keyakinan bahawa sekiranya mereka ingin mendapat anak, proses kelahiran itu akan dijalankan dalam persekitaran yang steril - tiada pencemaran sebarang mikroorganisma dan seterusnya anak mereka boleh menjalani pemindahan sumsum tulang dan seterusnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

ibu bapanya begitu teruja mendengar keyakinan yang diberikan oleh para doktor tersebut. akhirnya pada tahun 1971, David dilahirkan - tentulah dalam kondisi yang steril. sejurus selepas kelahiran, dia terus diletakkan dalam 'bubble' yang steril. bermulalah kehidupannya dalam 'bubble' tersebut. apa-apa sahaja termasuk makan, minum, salin lampin semuanya harus steril. ketika usianya mencecah 12 tahun, dia menjalani pemindahan sumsum tulang yang diperoleh daripada kakaknya. meskipun sumsum tulang itu tidak serasi ('unmatched'), pembedahan diteruskan dengan harapan David bisa menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. tetapi dia terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang hayatnya. kita merancang, Allah Maha Merancang. beberapa bulan selepas pembedahan tersebut, David yang tidak lagi diletakkan dalam 'rumah'nya itu mula mengalami muntah, cirit-birit dan seterusnya menerukkan lagi keadaan kesihatannya. dan akhirnya, dia meninggal dunia pada tahun 1984. mereka mendapati terdapat sejenis virus yang tidak dikesan dalam darah kakaknya itu sewaktu mereka menjalankan penskrinan darah untuk pemindahan sumsum tulang.

kasihan david. saya merasakan para doktor yang mencadangkan ibu bapanya memperoleh anak lagi ingin menjadikan david sebagai bahan ujikaji mereka semata-mata. tetapi, jika difikirkan daripada aspek lain, boleh jadi ada penemuan baru dalam bidang genetik untuk mengatasi masalah tersebut. saya cuba bayangkan seorang kanak-kanak yang tidak boleh merasai apa yang patut dirasai oleh kanak-kanak lain. pergerakannya terhad. segalanya perlu disteril. jenuh jugak. dan sabar sungguh ibu bapanya. ujian buat mereka. pengajaran untuk kita agar bersyukur dengan apa yang kita punyai sekarang. banyak-banyaklah bersyukur.

kalau hendak tahu lebih lanjut tentang kisah ini, rajinlah ke link.

kesimpulannya, Allah yang punyai segalanya. dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali

lelah


sembah sujudku hanya untukMu

'Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair'

O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well

ameen

17 January 2010

learning from ABC


the other day, a friend of mine made a request. photographer for his big day..errr, i'm surprised. i've told him that i'm not a pro photographer though i want to be someday. i even doesn't have any portfolios. i snap for fun. snap what i like. i'm so into photography lately because i think it is where i can express my own creativity, freely. explaining this and that, i finally decided to fulfill his request. as a new experience to me at least. i kept reminding him that he better has other photographers too - i'm just the back-up =)

her wife-to-be phoned me a day after and thanked me. oh, she didn't have to do that! she told me that it was hard for her to find a female photographer. she feels very uneasy to pose in front of opposite gender. now i understood. i feel the same too, actually. so, since it will be my first time taking shots for wedding, there are a lots of stuffs to be learned within this 1 month time. i'll try my very best for their big day. so that it can be a memory that going to be cherished forever, insya-Allah.

and fortunately, MP (usm ex-batchmate) sent me something that might be very useful for me. thanks MP! macam tau-tau saja. .

"just want to share with fellow friends who share the same interest. of course all this comes naturally with experience. but for those of us who don't have . here's something to start with. it is meant for a western wedding so not everything applies to the one you attending but still..look forward to the next wedding, charge up your batteries and have fun!!!"

do share with us your results though.

Wedding Photography Shots the Ceremony
___ Wedding dress lying over a chair
___ Zipping up or buttoning the wedding dress
___ Mother of the bride fastening the bride's necklace
___ The bride's garter
___ The bride's veil
___ A close up of the bride's shoes peeking out from under the dress
___ Bride looking into a mirror
___ Bride looking out window
___ Bride and bridesmaids putting on makeup
___ Bride pinning corsage/boutonniere on mother/father
___ Bride hugging parents
___ Bride touching up
___ Bride and parents leaving for ceremony
___ Groom tying tie
___ Groom looking into mirror
___ Bride looking out window
___ Groom pinning corsage/boutonniere on mother/father
___ Groom hugging parents
___ Bride and parents leaving for ceremony

Wedding Photography Shots At the Ceremony
___ Outside of ceremony site
___ Guests walking into ceremony site
___ Bride and father entering ceremony site
___ Parents being seated
___ Grandparents being seated
___ Maid of honor walking down the aisle
___ Bridesmaids walking down the aisle
___ Flower girl and ring bearer walking down aisle
___ Groom waiting for bride
___ Ceremony musicians
___ Officiant
___ Altar or canopy during ceremony
___ Close up of bride, just before she makes her entrance
___ Bride and father walking down aisle
___ Groom seeing bride for first time
___ The back of bride and father walking down the aisle – with the groom waiting in the distance
___ Bride's father and Bride hugging at end of aisle
___ Shot of the audience from the bride and groom's point of view
___ The unity ceremony
___ Close up of bride and groom saying the vows
___ Wide shot of bride and groom saying the vows
___ Exchanging the rings
___ Close up of hands
___ The kiss
___ Bride & Groom walking up the aisle
___ Receiving line
___ Bride & Groom outside on steps
___ Guests throwing confetti/rose petals/birdseed
___ Bride & Groom hugging guests, laughing, getting congratulations
___ Bride & Groom getting in car
___ Bride & Groom in back seat

Posed Wedding Photography Before the Reception (These can also be taken before the ceremony)
___ Bride alone (full length)
___ Bride with Maid of Honor
___ Bride with bridesmaids
___ Groom with bridesmaids
___ Bride with parents
___ Bride & Groom together
___ Bride & Groom with parents
___ Bride & Groom with families
___ Bride & Groom with entire wedding party
___ Bride & Groom with flower girl and ringbearer
___ Groom with parents
___ Groom with best man
___ Groom with groomsmen
___ Bride with groomsmen

During the Reception (to help your photographer, you may wish to list these shots in the order they will happen at your reception)
___ Outside of reception site
___ Bride & Groom arriving
___ Bride & Groom greeting guests
___ Table centerpieces
___ Table setting
___ Bride & Groom's table (head table)
___ Musicians or DJ
___ Guest book
___ Place card table
___ Closeup of bride and groom's place card
___ Wedding cake
___ Groom's cake
___ Gift table
___ Decorations (specify which _________________________)
___ A shot of bride & groom with guests at each table
___ Bride with college alums
___ Groom with college alums
___ The buffet or, if having table service, a dinner serving
___ Bride & Groom's first dance
___ Bride & Father dancing
___ Groom & Mother dancing
___ Guests dancing
___ Bride & Groom cutting the cake
___ Bride & Groom feeding each other cake
___ Toasts (specify who is giving them: ____________________)
___ Bride & Groom drinking champagne
___ Signing the marriage license
___ Bride throwing bouquet
___ Groom retrieving garter
___ Groom tossing garter
___ Garter/Bouquet dance
___ The getaway car
___ Bride & Groom leaving party
___ Bride & Groom driving away

anyone has any ideas? do share some with me. good luck to me!

16 January 2010

9125 hari

1986, penang



syukur Tuhan

dengan takdirNya saya lahir ke dunia

moga saya bisa menggapai mardhatillahNya

dari lantai dunia hingga langit syurga

insha-Allah



dari hari pertama hingga ke saat ini, terima kasih Tuhan untuk:



ibu bapa yang hebat

ahli keluarga yang erat

guru yang tak penat-penat

rakan yang memang sahabat

dan mungkin cinta yang hampir mendekat :p

dan segala nikmat dan hikmat



[syukur alhamdulillah]





15 January 2010

pendidikan visual



I thank whatever gods may be


For my unconquerable soul

I am the master of my fate

I am the captain of my soul



kalau berkesempatan, tontonlah 'Invictus', filem baru lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. bukan kerana pelakonnya yang kacak, bukan untuk suka-suka, bukan untuk buang masa tetapi untuk pengajaran yang bermakna. diilhamkan daripada kisah sebenar Presiden Afrika Selatan dalam memperjuangkan dasar apartheid, beliau mengambil pendekatan dalam bidang sukan untuk menyampaikan mesej menyatupadukan rakyatnya. dan beliau berjaya. paling teruja dengan setiap bait perkataan yang diucapkan beliau yang mana saya rasakan ada nilai intelektual dan kematangan yang tersendiri. kehidupan 30 tahun di dalam penjara bukanlah sia-sia. 30 tahun dimanfaatkan untuk mengkaji manusia supaya bersedia di hadapan anak bangsa. sungguh mengujakan.



saya bukanlah kaki filem. tetapi jika ada yang bisa menyuntik faktor 'X' dalam diri, bisa sahaja duduk bersila kaki hingga ayat terakhir. saya gemarkan apa-apa sahaja yang boleh membakar semangat diri. sesuatu yang dapat direfleksikan dengan kehidupan sebenar. yelah, bukan senang hendak memotivasikan diri, kan? pilih yang bersesuaian. jangan lihat sambil lewa. belajar sesuatu daripada apa yang dilihat mata. dari mata akan jatuh ke hati. maka terciptalah kuasa hati yang bisa memandu diri sendiri ke destinasi yang dicari. dia dah mula dah. . =p



ada beberapa rekomendasi lain (untuk kategori motivasi) seperti:

  • Cinderella Man

  • The Pursuit of Happyness
  • The Brooke Ellison Story

  • Homeless to Harvard
  • Remember The Titans
  • Beautiful Minds
  • Cast Away
  • Escape from Alcatraz
  • The Shawshank Redemption
  • John Q

  • akan ditambah dari semasa ke semasa (kelupaan)
berikut adalah petikan penuh sajak 'Invictus' = unconquerable



Out of the night that covers me,

Black as the Pit from pole to pole,

I thank whatever gods may be

For my unconquerable soul.



In the fell clutch of circumstance

I have not winced nor cried aloud.

Under the bludgeonings of chance

My head is bloody, but unbowed.




Beyond this place of wrath and tears

Looms but the Horror of the shade,

And yet the menace of the years

Finds, and shall find, me unafraid.



It matters not how strait the gate,

How charged with punishments the scroll

I am the master of my fate:

I am the captain of my soul.



p/s: of course, it happens with His will. we are the players on the field of life. play your part. only yours.

 

Template by BloggerCandy.com