Pages

3 March 2010

rompak

dua hari sudah, ada seorang junior mengadu dia berada dalam kefobiaan. rumah dia baru dirompak malam sebelumnya. masa itu, hanya dia dan adik-adik sahaja ada di rumah. mak ayahnya bercuti di Port Dickson. kejadian berlaku lebih kurang 4.30 pagi. 3 orang pemuda indonesia pecah masuk rumah mereka. junior saya terus hilang ke'mamaian'nya bila dia ternampak mereka membawa parang dan chopper. sebagai tindak balas hormon adrenalin yang melonjak ketika itu, terus sahaja dia menjerit (sudah tentu berdebar-debar ketika itu). terus sahaja dia diacu parang ketika itu. terus terdiam. selepas itu, perompak-perompak tersebut terus cuba untuk mengikat dia. sebelum itu, junior saya meminta daripada salah seorang perompak untuk mengambil tudungnya terlebih dahulu (yelah, aurat kan?)

lalu dikejutnya adik-adik junior saya dek perompak tadi. salah seorangnya yang tengah mamai, dengan selambanya berkata 'kalau nak rompak, rompak je lah, jangalah kacau orang tidur..' (ahaha, dia ingat mimpi gamaknya). tetapi selepas diacu dengan chopper terus dia tersedar. ada seorang adiknya lagi langsung tidak sedar walaupun sudah berkali-kali dikejut oleh perompak itu. selepas itu, perompak tersebut terus bertanya pasal duit, barang kemas dan barang-barang lain yang relevan. hasilnya, RM3000 dikebas bersama beberapa barang kemas lain. mereka cuba juga hendak merompak laptop junior saya ini tetapi junior saya bagitahu mereka bahawa laptop dia sudah rosak. kalau dah rompak pun bukan boleh buat apa. seusai sahaja perompak-perompak itu keluar dari rumah, terus junior saya pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. rupa-rupanya mereka ini sudah pun merompak beberapa buah rumah di sekitar kawasan tersebut sebelum ini. maka, memang haruslah si polis pergi memburu dan menangkap mereka itu. tetapi, syukurlah, tiada apa-apa yang berlaku pada junior saya dan adik-adiknya. semasa dia bercerita, saya terasa seperti macam cerita-cerita dalam drama tetapi pada hakikatnya memang itu yang terjadi. andai saya di tempat junior saya tadi...wallahu'alam

bercakap pasal pecah masuk ini, saya teringat kisah 3-4 tahun sudah (lupa sebenarnya bila). ketika itu, hanya ada saya dan adik lelaki bongsu saya di rumah. mak ayah keluar outstation. tengah-tengah bersantai dalam bilik, saya terdengar seperti ada bunyi pagar bergegar. saya cuba positif bahawa kucing panjat agaknya (memang selalu macam itu). tetapi selepas itu, terdengar lagi. dengan dada yang berdebar-debar, saya mengintai di balik tingkap di ruang tamu. dan memang takut sangat bila ternampak ada seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah ketika itu. budak muda. ada seorang lagi sedang menunggu dengan motosikal. takkan la saya hendak menjerit. apa yang saya buat, saya switch on lampu luar rumah, kemudian saya switch off semula dan terus saya ulang-ulang sampai budak lelaki itu kelam-kabut jadinya. selepas itu, terus mereka berdua pergi. tidak pasti sama ada berjaya mereka mencuri apa-apa. hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. tidak henti-henti saya baca ayat kursi. tetapi, salah saya juga mungkin kerana tidak memasang lampu luar seperti kebiasaan. terlupa (~~.)

maka, jangan dilupa mendinding rumah kita dengan ayat-ayat cintaNya tidak kisahlah sebelum kita hendak tidur ataupun sebelum hendak meninggalkan rumah. kita letakkan tawakal kita sepenuhnya pada Dia. andai kata berlaku juga, seharusnya terima dengan sepenuh redha.

Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda:

'Sesiapa membaca sepuluh ayat, empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4), * dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257) dan penutup surah Al Baqarah (284-286) nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi'

(syaitan ini dalam bentuk nyata atau tidak nyata)

wallahu'alam

2 comments:

Nadiah Sidek said...

ya Allah..takutnya. dulu mak akk selalu pesan suruh kunci pagar, pintu & grill tp akk amik mudah je benda tu. alhamdulillah tak pernah jd apa2. bila baca entry sarah ni..huhu..risau lak..

p/s: akk tak dpt tahan gelak la baca part adik yg mamai tu..hihi..

nurunnuha said...

huu, rumah junior saya kat sini pun ade kena masuk pencuri hari tu..

 

Template by BloggerCandy.com