Pages

21 November 2007

pujangga

'Hancurlah diri yang terasa memiliki, jiwa hamba yang lupa diri' (saifulislam.com)

bila diri terasa memiliki segalanya, punahlah erti kehambaan dalam diri kita sebab di dunia ini tiada satu pun yang menjadi milik kita hatta diri kita sendiri. kita adalah milikNya. tetapi lumrah manusia yang sentiasa merasakan dirinya memiliki sesuatu. bila perasaan memiliki menguasai diri, akal fikiran tidak lagi dapat mendominasi jiwa yang sudah dijajahi oleh nafsi. bimbang jika nafsi menguasai, kita jadi lupa diri pada hakikat penciptaan kita di bumi ini. mudah-mudahan kita bukan dalam golongan begini, iAllah.

15 November 2007

lethargic

haaahhh!!!
tired. stressed. sleepy. sad.
i just finished my labwork.
tired of handling the little mice.
and so bored to be the only girl in the laboratory.
no one to chit chat with.
such a misery.
i wanna have a sufficient rest today.
too tired of making myself tired.

coffee for the day (_)3:
'hidup ini memang ada susah dan senangnya. carilah kemanisan di sebalik kesusahan nescaya rasa penat yang terpikul itu akan terbang bagai layang-layang di awan..(mengarut apa ni??)

14 November 2007

c.i.n.t.a. = l.o.v.e.

pernikahan adalah satu medan untuk menterjemahkan kasih sayang antara insani melalui satu hubungan yang diredhai Allah. ia adalah satu medium yang mengajar manusia menjadi lebih dewasa dan lebih terbentuk peribadi manusianya. daripada pernikahan, akan ada satu keadaan yang memerlukan manusia menjadi lebih bertoleransi; memberi dan menerima. memberikan yang terbaik dan menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangannya itu. suami dan isteri, saling komplemen antara satu sama lain; andai kata ada seorang yang mudah marah maka pasangannya itu akan menjadi penyejuk di kala kemarahan memuncak. andai ada seorang yang kurang berilmu, seorang lagi akan menjadi pengemudi bahtera di tengah gelora lautan ilmu. cukup indah. cukup untuk menjadikan hidup manusia bahagia. tetapi ia akan menjadi lebih indah andai cinta yang berbunga diserikan lagi dengan sinar cahaya Islam yang sejati agar bunga yang bertumbuh itu akan terus subur dan mekar di bumiNya. sejarah tidak akan melupakan percintaan Adam dan Hawa yang mana kesinambungannya melahirkan generasi insani hingga kini. dengan pernikahan ini juga, akan terlahirlah zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjadi penyambung kepada tugas khalifah yang sedia tergalas di bahu manusia.


to my dearest mama and babah;
'happy 32nd anniversary. i'm proud to be one of your naughty, little tomatoes. you guys inspire me so much. may Allah bless both of you and may be Jannah will be yours'

i dedicated this song to both of you, from Tom Jones (your-all-time-fav-singer)

The old home town looks the same as I step down from the train,
and there to meet me is my Mama and Papa.
Down the road I look and there runs
Mary hair of gold and lips like cherries.
It's good to touch the green, green grass of home.
Yes, they'll all come to meet me, arms reaching, smiling sweetly.
It's good to touch the green, green grass of home.
The old house is still standing tho' the paint is cracked and dry,
and there's that old oak tree I used to play on.

Down the lane I walk with my sweet Mary,
hair of gold and lips like cherries.
It's good to touch the green, green grass of home.
Yes, they'll all come to meet me, arms reaching, smiling sweetly.
It's good to touch the green, green grass of home.

Then I awake and look around me,
at four grey wall surround me and I realize that I was only dreaming.
For there's a guard and there's a sad old padre -
arm in arm we'll walk at daybreak.
Again I touch the green, green grass of home.
Yes, they'll all come to see me in the shade of that old oak tree
as they lay me neath the green, green grass of home

coffee for the day (_)3:
'love is about give and take'

13 November 2007

diri yang sama, episod yang berbeza

.:: episod pertama ::.

alhamdulillah. setingi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada buat Rabbul 'Izzati kerana berakhirnya suatu penantian. Penantian untuk menghabiskan semua kertas peperiksaan akhir untuk semester ini. 3 minggu adalah suatu yang tempoh lama bagi saya sebab sebelum ini, biasanya jadual peperiksaan saya tidak akan melebihi 1-2 minggu. secara kasarnya, alhamdulillah saya telah berjaya melepasi kesemua subjek dan boleh saya katakan saya telah melakukan dengan baik. biasalah sekiranya ada soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, tidak cukup masa dan keliru dengan pilihan jawapan. saya mengalami semua perkara itu. tidak apa, kesalahan mengajar saya menjadi lebih berhati-hati. yang pasti, saya telah melakukan sehabis baik kerana memang prinsip saya untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua kerja/tugas yang perlu saya siapkan. saya sangat tidak suka dengan kerja/output yang tidak berkualiti; seolahnya sekadar melepaskan batuk di tangga. pentingnya untuk melakukan yang terbaik kerana kita adalah duta kecil Islam, jadi sudah tentu kita tidak mahu melabel kita sebagai Muslim yang pasif. saya mahu dalam masa dunia mengecam orang Islam, sekurang-kurangnya masyarakat di negara kita umumnya dan secara khususnya pelajar bukan Muslim di kampus saya dan secara spesifiknya lagi rakan-rakan sekuliah saya nampak kecemerlangan orang Islam yang 'well-rounded' dalam semua perkara. sentiasa proaktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat dan pada masa yang sama cemerlang dalam pelajaran. dari segi pergaulan, sudah tentu kita harus menunjukkan peribadi yang menyejuk mata. pada hemat saya, ini merupakan salah satu cara untuk mewujudkan rasa hormat mereka pada kita. siapa tahu di sudut kecil hati mereka, akan timbul satu rasa kagum pada orang Islam yang mungkin mendorong mereka terfikir 'indahnya Islam itu'. ini pun suatu kaedah dakwah secara tidak langsung yang dapat kita aplikasikan iaitu melalui contoh tauladan. saya hanya boleh berdoa banyak-banyak agar apa yang telah saya jawab dalam dalam peperiksaan itu menepati kehendak pensyarah saya. mudah-mudahan peperiksaan kali ini membuahkan hasil yang cemerlang, insya-Allah ('',)

.:: episod kedua ::.

usai peperiksaan akhir, maka bermulalah cuti antara semester kira-kira sebulan. mungkin kawan-kawan saya yang lain dapat 'berjimba' (bersuka ria) sepanjang tempoh cuti sebulan ini tetapi tidak bagi saya dan beberapa kawan saya yang lain. cuti ini perlu kami manfaatkan semaksimum mungkin untuk menghabiskan eksperimen-eksperimen di makmal. oh ya, hanya beberapa orang sahaja yang mengambil subjek FEL472/4 (Latihan Penyelidikan); kalau tidak silap hanya 7 orang daripada 124 orang. boleh saya katakan kami adalah golongan yang sengaja mencampakkan diri dalam situasi yang berisiko tinggi. subjek ini bergantung sepenuhnya ke atas hasil kajian kami. tiada peperiksaan bertulis. pada hujung semester hadapan kami akan di'viva' oleh pensyarah. saya sendiri tidak faham apa perlunya saya mengambil subjek ini terdapat seakan ada suatu semangat kecil dalam diri saya yang memaksa saya untuk mendaftar dengan subjek ini. boleh sahaja saya ambil subjek elektif lain yang memerlukan saya pergi ke kuliah seperti biasa dan kemudian menduduki ujian di hujung semester. mungkin kerana saya sukakan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. mungkinkah? barangkali sebab saya tahu risiko yang perlu saya hadapi sekiranya saya menjalankan projek tahun akhir ini tetapi risiko tersebutlah yang menjadi mangkin buat diri saya untuk melakukan dengan lebih baik. dalam kata lain, saya ingin menguji kemampuan diri saya. manalah tahu ada bakat-bakat terpendam yang tidak pernah saya cungkil sebelum ini. dan apa yang menarik dalam ketujuh-tujuh orang ini, hanya saya seorang sahaja yang menjalankan kajian dalam bidang farmakologi. agak tertekan juga sebab tiada tempat mengadu sekiranya eksperimen yang dijalankan menemui kegagalan tetapi mungkin inilah yang Allah sudah rancang buat saya; agar saya lebih tabah dan cekal untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi yang telah tersedia untuk saya. untuk diri saya, berkali-kali saya pesan supaya jangan sesekali putus asa dan cepat mengalah.

berkenaan projek saya itu, secara ringkasnya, saya menjalankan eksperimen ke atas 'habbatus sauda/Nigella sativa/black seed untuk melihat kesan anti-inflammatori dan kesan analgesik yang boleh dihasilkan oleh tumbuhan ini. sengaja saya pilih habbatus sauda ini sebagai tumbuhan kajian saya kerana memang jelas di dalam hadith menyatakan bahawa tumbuhan ini mempunyai pelbagai khasiat yang perlu manusia terokai. kajian sebelumni sudah membuktikan kedua-dua kesan tersebut tetapi saya menggunakan kaedah eksperimen yang sedikit berbeza. haiwan ujian saya sudah tentulah tikus dan mencit (tikus yang lebih kecil). pada cuti semester lepas, saya telah memulakan projek saya. pertama kali mengendalikan tikus-tikus ini memang menggerunkan saya. secara jujurnya saya rasa amat takut untuk memegang mereka tetapi saya sudah memilih kajian sebegini. jadi, mahu tidak mahu, saya perlu melakukan juga. dan alhamdulillah saya berjaya mengatasi rasa takut itu. benarlah seperti apa yang ahli motivasi sering perkatakan, untuk mengatasi rasa takut perlu kita melalui ketakutan kita itu. selepas itu, akan berkurang rasa takut itu malah mungkin boleh hilang terus. dan dengan hilangnya rasa takut itu, saya berjaya menyuap tikus-tikus itu dengan sediaan drug. ia suatu proses yang susah sebab tikus itu akan meronta-ronta minta dilepaskan. terima kasih kepada yam dan encik rosli sebab bersusah-payah mengajar saya teknik yang betul untuk memegang tikus sewaktu proses administrasi drug dan untuk pembengkakantapak kaki tikus tersebut. minggu ini, saya ada satu lagi ekperimen yang perlu saya siapkan minggu ini iaitu untuk menguji kesan analgesik dan kali ini mencit yang comel tetapi garang itu menjadi haiwan ujian saya. semoga kalian dapat memberi kerjasama ya! dalam hati, saya berdoa agar apa yang saya lakukan ini bukanlah suatu yang sia-sia. saya yakin ada jutaan hikmah tersirat di sebalik kesusahan yang saya sedang hadapi ini, insya-Allah.

.:: episod ketiga ::.

awal minggu hadapan saya dan beberapa orang kawan akan pergi ke Merbok, Kedah bagi mengendalikan suatu program motivasi untuk kanak-kanak sekolah rendah di suatu kawasan pedalaman atas permintaan dr abas. mudah-mudahan kedatangan kami ini dapat memberikan suatu anjakan paradigma buat kanak-kanak tersebut supaya lebih nampak realiti dunia luar yang memerlukan mereka untuk punyai suatu semangat daya saing yang tinggi. untuk saya, sudah tentu saya rasa amat gembira kerana dapat menyumbang sedikit tenaga saya untuk menjayakan program ini. sekali lagi saya mencari masalah. di kala sibuk untuk projek tahun akhir, saya tidak tahu apa yang mendorong saya untuk sama-sama terlibat dengan program motivasi ini. mungkin kerana saya ingin mencari kelainan dalam menjalani hidup saya. untuk kesekian kalinya barangkali. bukankah Allah suka pada manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain? Ilahi, Kau berikanlah kekuatan kepadaku agar dapat aku melalui dena-denai hidupku yang penuh dengan onak diri ini. ameen.

.:: episod keempat ::.

dalam tempoh kurang sebulan dalam tempoh kurang sebulan
lagi, abang hafiz akan menukar status bujangnya kepada status berkahwin. dan saya antara orang penting dalam keluarga yang perlu bertungkus-lumus menjayakan majlis ringkas di rumah kami pada 8 disember ini. tidak mungkin mama dan babah hendak mengharapkan adik-adik saya yang menguruskannya. dan untuk itu, selesai sahaja program di Merbok, saya mendapat perintah dari babah agar terus pulang ke rumah untuk menyiapkan tujuh barang hantaran abang fiz yang masih tidak bersentuh lagi itu. dan saya perlu menyiapkannya dalam tempoh 4 hari sebab pada kami perlu bertolak lebih awal ke kuala lumpur untuk upacara akad nikah. ya Rabbi, mampukah saya untuk menyiapkannya? saya rasa tidak susah selagi ada idea di kepala. dan masalah sekarang adalah idea untuk barang hantaran itu masih menerjah minda saya. boleh sahaja saya meletakkan barang hantaran itu dalam kotak lutsinar yang dihias dengan riben ala kadar tetapi itu bukanlah yang saya inginkan. saya inginkan kelainan; yang tidak ada orang pernah fikirkan. untuk itu, saya perlu mengaktifkan aktiviti otak kanan saya untuk menjadi kreatif. boleh sahaja cuma saya perlu memulakan dari sekarang untuk memikirkan konsep-konsep yang saya ingin tampilkan bagi setiap barang hantaran tersebut (konsep??haha). sekali lagi, saya menyusahkan diri saya (haiihh!!)

.:: kesimpulan ::.

kesemua episod di atas adalah sebahagian daripada hidup yang perlu saya lalui buat masa ini. dalam erti lain, perkara-perkara terpenting buat saya. dan saya mengharapkan saya berjaya melepasi episod-episod tersebut. dan yang paling penting, saya mengharapakan diri saya dapat menjadi lebih dewasa seiring dengan masa dan usia saya. ada orang dewasa yang masih tidak dewasa. pada hemat saya, saya sudah dewasa. atau lebih tepat lagi pra-dewasa (ada ke istilah ni??)tidak lama lagi saya akan menukar no 2 kepada no 3 dalam umur saya. 2 ke 3 nampak seperti perkara biasa tetapi pada saya ada sesuatu yang luar biasa bagi peralihan kedua-dua nombor tersebut. suatu peralihan yang memerlukan saya menjadi dewasa. tetapi ini tidak bermakna saya perlu menjadi sangat-sangat dewasa; cukuplah sekadar saya dapat bertindak lebih rasional pada masanya.

coffee for the day (_)3 :

'kerana ini hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan..'

10 November 2007

pumpkin fever


poem for the day
(i got this from another pumpkin ;p)

being a Muslim is like being a Pumpkin

a woman was asked by a co-worker,
"what is it like to be a MUSLIM"
the woman replied,"It is like being a pumpkin.
ALLAH picks you from the patch,
brings you in & washes all the dirt off of you.
then HE cuts off the top
scoops out all the yucky stuff.
HE removes the seeds of doubt, hate, greed, etc
& then HE carves you a new smiling face &
puts HIS light inside of you to shine for all the world to see."
coffee for the day (_)3:
'i'm missin' mama's 'labu masak lemak'
(STRIVE mode for my last two papers i.e. tomorrow and the day after. go go!)

9 November 2007

save the last bone for me

since last two weeks, i accidentally turned into a 'Nescafe' addict. i wish i could avoid it but there's nothing else that can awaken me to revise at the eleventh hour for the final exam. two more papers to go. the caffein in the nescafe never failed to activate my small eyes for the readings. syukur alhamdulillah. looking back in the past, i've tried my best to avoid from being caffeinated in order to prevent the bone resorption of mine (*caffein in the coffee binds to calcium, therefore the normal process of bone formation could't be done due to the calcium deficiency in our body). less bone resorption means less tendency to be osteoporotic (a person who suffers osteoporosis). i don't want to have those kyphosis and lordosis structures - never. i don’t want to take drugs for the treatment i.e. alendronate, calcitonin, raloxifene to name a few due to their harsh side effects (i have the A-to-J list of their side effects). however, for the time being i put those aside and simply quaff the nescafe b.i.d.too bad, huh? (you still can drink coffee or tea but moderately)

meanwhile, i keep reminding myself to consume calcium, sufficiently; from any sources including milk, spinach, and soybeans and of course the toothsome ice cream! is it reasonable and a proper way to keep me awake? any other alternatives? anyone ? enough coffee for the day (*_*)
---------------------------------------------------------------------------------
glossary:
b.i.d. - bis in die (Latin) which means two times daily
caffein - an alkaloid drug, obtained from coffee and tea, that has a stimulant action, particularly on the central nervous system. it is used to promote wakefulness and increase mental activity
kyphosis - excessive outward curvature of the spine, causing hunching of the back
lordosis - inward curvature of the spine
osteoporosis - loss of bony tissue, resulting in bones that are brittle and liable to fracture. read more (http://www.medicinenet.com/osteoporosis/article.html)

7 November 2007

one day out

yesterday. in the evening. beautiful. alhamdulillah.

as we had planned a day before (excluding zetty), me and my companion spent about 1-2 hours 'lepaking' at the usm lake (it's exam week now!). 'a way of self-meditation,' i whispered to myself. we had an endless enjoyable time. sharing the mouth-watering strawberry ice-cream by the lakeside - something that rarely seen at the lake and for sure among Pharm students (they prefer something else, i guess). feasting ourselves with the ice-cream, chit-chatting, photo-snapping - they combined perfectly to beautify our evenings. deep within my heart, i thank Allah for giving me few friends who can/intends to share the moment. i don't need many; one or two friends are justified for me. girls, i do thank you guys for being my 'all-the-time' stress-reducer. since when, i have no idea. hope we could spend more time together after this before we graduate- (we are the lab project girls rite? and this coming sem-break, again we'll experience the '7km life'..hehe).

that night ;
clinical manifestations --> lethargy, muscle weakness, drowsiness (perhaps due to the ice-cream, heh), emotionally stabled, euforia (hoho). the last two drove me to touch the notes and start revising. lucky me. at 2.30pm, i closed my eyes. no dreams =)

to atai and zetty : aaissshhh, aaisssshhh!!(*=*)

coffee for the day (_)3 :
'Some people come into our lives and quickly go. Some stay for awhile and leave footprints on our hearts. And we are never, ever the same'

6 November 2007

310th day

tuesday, 6th november 2007
the 310th day of my sweet sour year
the 45th week of my super-duper busy year
the 2nd day of my terrible week
in front of the pc
i'm doing internet surfing
till it gets boring
i'll start studying
such a time wasting
(^.^)

**************************************************

coffee for the day (_)3 :
'Life's most urgent question is: What are you doing for others?'
(Martin Luther King, Jr)

5 November 2007

where's the fingertip?

SUNGAI PETANI: A woman carefully packed her son's severed fingertip in ice and rushed it to the hospital hoping that doctors would be able to re-attach it. However, a hospital staff took one look at it and decided it could not be re-attached. He then flushed the digit down the toilet.

A flabbergasted Zuraiza Omar has lodged a police report on the incident and is claiming that Sultanah Bahiyah Hospital was negligent.Zuraiza's son, Muhamad Shaeidil Amir, 11, was injured on Friday when he accidentally sliced off the tip of his left forefinger while cutting off the top of a coconut with a parang at his home in Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang."My son was referred to the Sultanah Bahiyah Hospital at 11am, on Friday. I also took the fingertip, which I packed in ice," said the 35-year-old housewife.

She said her son was treated at the hospital's emergency department, and a staff there asked her for the finger tip."He looked at it and said it could not be re-attached. He went out of the room and returned a few minutes later."The other staff asked for the fingertip and the man nonchalantly replied that he had flushed it down the toilet. I could sense that his colleagues were shocked by their expression."

Zuraiza said the doctor was also taken aback when she informed him of what had happened.She then lodged a report at the Alor Star police station.State health director Dr Hasnah Ismail said the incident was being investigated.

p/s: how can that hospital staff being so irresponsible throwing the fingertip? perhaps he's on drug at the moment. experiencing cognitive disorder. pity Amir..=(

24 things to always remember

Your presence is a present to the world.
You are unique and one of a kind.
Your life can be what you want it to be.
Take the days just one at a time.
Count your blessings, not your troubles.
You will make it through whatever comes along.
Within you are so many answers.
Understand, have courage, be strong.
Do not put limits on yourself.
So many dreams are waiting to be realized.
Decisions are too important to leave to chance.
Reach for your peak, your goal and you prize.
Nothing wastes more energy than worrying.
The longer one carries a problem the heavier it gets.
Do not take things too seriously.
Live a life of serenity, not a life of regrets.
Remember that a little love goes a long way.
Remember that a lot … goes forever.
Remember that friendship is a wise investment.
Life’s treasure are people together.
Realize that it is never too late.
Do ordinary things in an extraordinary way.
Have hearth and hope and happiness.
Take the time to wish upon a start.

coffee for the day (_)3 :
everyday you are a special person!

4 November 2007

huh?

surprised by the news.
The FAR451 paper will be postponed to another date!!
excitation + worries accompanied me
excitated for that i'll have extra time to revise my notes
worries for that i have to change my plan --> perhaps i have to meet my little mice this week.
all plans seemed to be stumbled up and down
there must be a 'hikmah' behind this, i told myself
as the saying goes, 'kita merancang, tetapi Allah Maha Perancang'
i believe He is planning something good for me which i never thought before.

so, replan.
if there any more changes, replan again.
it's not hard to plan anyway
list down your priority - there it goes!
(memujuk diri sendiri)

because life is about planning. it may change now and then.
you never know. He only knows
----------------------------------------------------------------------------
specially dedicated to my beloved mama:

"Happy Birthday, ma! You are the best mama in my life. And i'm proud to be one of your little tomatoes. Allah bless you dunia wal akhirah"
coffee for the day (_)3 :
never forget what mama has sacrificed for me!

3 November 2007

the best day of my life

(photo courtesy of flickr.com)

by Joe Kemp

It was June 15, and in two days I would be turning thirty. I was insecure about entering a new decade of my life and feared that my best years were now behind me. My daily routine included going to the gym for a workout before going to work. Every morning I would see my friend Nicholas at the gym. He was seventy-nine years old and in terrific shape. As I greeted Nicholas on this particular day, he noticed I wasn't full of my usual vitality and asked if there was anything wrong. I told him I was feeling anxious about turning thirty. I wondered how I would look back on my life once I reached Nicholas's age, so I asked him, "What was the best time of your life?"
Without hesitation, Nicholas replied, "Well, Joe, this is my philosophical answer to your philosophical question:
"When I was a child in Austria and everything was taken care of for me and I was nurtured by my parents, that was the best time of my life.
"When I was going to school and learning the things I know today, that was the best time of my life.
"When I got my first job and had responsibilities and got paid for my efforts, that was the best time of my life.
"When I met my wife and fell in love, that was the best time of my life.
"The Second World War came, and my wife and I had to flee Austria to save our lives. When we were together and safe on a ship bound for North America, that was the best time of my life.
"When we came to Canada and started a family, that was the best time of my life.
"When I was a young father, watching my children grow up, that was the best time of my life.
And now, Joe, I am seventy-nine years old. I have my health, I feel good and I am in love with my wife just as I was when we first met. This is the best time of my life."


coffee for the day(_)3 :
“Nothing is worth more than this day. Thank you Allah for what You have given me”
 

Template by BloggerCandy.com