Pages

31 January 2010

baiti jannati

jika anda punya tabiat menyimpan barang lama, sila uruskan sebaik mungkin. kelak anda akan menghadapi masalah ketika berpindah rumah. sepetang membantu abang saya berpindah rumah. memanglah banyak sungguh barangnya. saya menjadi 'tukang angkat' je. takdelah nak tolong sort sebab bukan barang kita. kalau saya, banyak je barang yang akan masuk dalam plastik hitam. masa buat house cleaning baru-baru ni sebelum berpindah ke selangor, banyak juga barang lama sejak zaman saya bersekolah yang saya buang. pada mulanya mahu simpan sebab ada sentimental value kononya tetapi kalau keychain yang sudah berkarat rantainya itu takkan la mahu simpan juga kan?ehehe. berbalik pada rumah abang saya tadi, kedudukannya agak strategik pada hemat saya. bukan di hadapan jalan utama. maka, bolehlah anak-anak saudara saya main dengan sebebasnya. dekat dengan surau. banyak juga rumah orang Islam yang berdekatan. alhamdulillah. seronoknya alahai, sudah bisa ada rumah sendiri. bolehlah sesuka mendekorasi rumah. dan penting untuk memilih di lokasi yang kondusif kerana perkembangan anak-anak juga bisa terkena tempiasnya. dan perlu untuk kita usaha untuk menrealisasikan konsep 'baiti jannati'. insha-Allah, kita bincang suatu hari nanti =)

oh ya, apabila kita melangkah ke rumah baru, ada beberapa adab yang Islam sudah ajar. Islam ini memang cukup lengkap. dari sekecil-kecilnya hinggalah urusan yang besar ada adab dan tatasusilanya. amat rugilah mereka yang tidak mahu jadikan Islam sebagai cara hidup. di bawah saya kongsikan sedikit info di bawah.

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:


a. Memberi salam ketika masuk ke rumah. dan sememangnya kita digalakkan memberi salam semasa masuk ke dalam rumah

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
[Al-Nur 24:61]

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa di dalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda:
'Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’

Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
(‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq)

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)


“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”

rujukan: Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa

p/s: jamuan itu ala-ala house-warming juga. bilalah agaknya abang mie nak buat house-warming?saya wajib datang!

30 January 2010

bersungguh-sungguh

sibuk. baru usai menjawab soalan ujian subjek 'biotechnology of malaria'. agak menarik konsep ujian yang pensyarah saya ketengahkan kali ini iaitu 'open-journal examination'. kami diberi satu soalan. dari soalan itu, kami perlu huraikan isi yang berkenaan dengan soalan tersebut dan tentunya yang ada bukti saintifik. tempoh dua untuk siapkan sekurang-kurangnya 15 muka surat tidak termasuk rujukan. uish, cabaran sungguh untuk saya. pertama kali menduduki ujian sebegini rupa. menarik juga sebenarnya. masa yang lebih flexible tetapi perlu produktif. maka, mengadaplah saya dua hari berturut-turut depan skrin, bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut. alhamdulillah, 2.30am hari jumaat, terus saya emailkan kepada pensyarah. ngam-ngam 15 muka surat. saya dah tak tahu mahu masukkan isi apa lagi. moga diberkati. dan terus sahaja insomnia lepas itu. pukul 4am lebih baru bisa tutup mata. mana tidaknya, asyik terbayang ayat-ayat dalam journal. aish!

menu picnic paling mudah. janji boleh isi perut =p


ini bukan motor kami =)

sebagai balasan untuk diri sendiri, saya pergi menenangkan minda walhal takdelah stress mana pun semalam. saja mahu menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri agar lebih bermotivasi selepas ini. picnic di hadapan masjid putrajaya bersama room-mate, ellis. menunya, sudah tentu spaghetti. pulun masak kat rumah abang petang semalam. alhamdulillah, tenang sungguh makan-makan di hadapan masjid sambil melihat variasi suasana. suasana outing bersama keluarga, suasana outing dengan kawan-kawan, suasana main badminton, roller-bladding dan tidak kurang juga ada yang bawa kucing peliharaan bersiar-siar. ehehe. ternyata menggembirakan sungguh picnic malam tadi. terbang sudah segala penat dalam diri. alhamdulillah.

adakalanya, kita perlu adakan sistem 'self-rewarding' untuk diri sendiri. ia dapat bertindak seperti catalyst yang boleh meningkatkan lagi penjanaan kesungguhan kita untuk bekerja. letakkan suatu target yang ingin kita capai, laksanakan sungguh-sungguh urusan kita itu dan insha-Allah pada akhirnya, ada kepuasan yang bakal kita nikmati. Islam sendiri menganjur umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suatu urusan. ini dijelaskan dalam surah al-insyirah, ayat 7-8:

"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap"

kerna dari kesungguhan itu akan menghasilkan buah yang ranum. tidak di dunia insha-Allah di akhirat kelak. semoga kita dan muslim seluruh dunia bersungguh-sungguh mengerjakan urusan masing-masing agar kita ternampakkan sebagai suatu golongan yang produktif dan pro-aktif, insha-Allah

p/s: kena bersungguh-sungguh siapkan 'kerja sekolah' hari ini

26 January 2010

the best construction work ever

saya mulakan entri dengan firmanNya, dari surah At-Thur ayat 35

أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون

“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"

gambar hiasan semata-mata

pagi tadi saya berkesempatan menemankan teman sebilik saya, ellis ke makmal. kebetulan ada temujanji dengan supervisor saya jam 1oam. jadi, ada baiknya saya buat sesuatu daripada melayan rasa mengantuk yang asyik bertandang. insomnia malam tadi, pukul 3am baru lelap mata. ellis perlu membantu seorang pelajar master ini membuat animal dissection atau dalam bahasa mudahnya 'belah tikus' untuk mendapatkan organ-organ tertentu untuk melihat kesan drug daripada ujikaji yang dijalankannya. sebelum ini, saya hanya mendengar cerita pasal prosedur tersebut tetapi hari ini saya berpeluang melihat dengan kedua-dua retina. pertama kali buat saya. ngeri juga sebenarnya sewaktu prosedur me'mengsankan' tikus di mana kepalanya perlu dihentak dengan kuat. hanya mereka yang berjiwa keras bisa melakukannya. mujur ada seorang adik lelaki ini. relaks je tengok dia buat. selepas tikus itu pengsan, kepalanya dipenggal dan bahagian badannya diserahkan kepada ellis untuk prosedur seterusnya. bahagian otak tikus dikeluarkan oleh pelajar master itu untuk urusan penyelidikannya. kecil je saiz otak tikus itu. jenuh juga mengeluarkan bahagian hippocampus, frontal lobe, cortex dan striatum. ellis menunjukkan kepakarannya 'membedah' badan tikus untuk mengeluarkan tiga organ yang mereka ingin gunakan iaitu hati, ginjal/buah pinggang dan testis. lepas seekor dan seekor dikorbankan tikus itu. mana bisa saya melihat sahaja. mestilah mahu mencuba juga. maka, untuk cubaan pertama saya, dengan kagumnya saya keluarkan organ-organ tadi. peringatan: saya tidak pernah membuat prosedur sebegini sewaktu zaman undergrad dulu. sebab itu teruja sangat.

serius saya sangat gembira. dan sangat kagum dengan kehebatan ciptaanNya. semua organ itu Allah susun atur dengan elok dalam posisi yang sepatutnya. setiap satu punya hubungan dengan organ yang lain. the best construction work ever! saya masih dapat melihat jantung yang terus berdegup meskipun tikus itu telah lama 'syahid'. mahu tahu mengapa? sebab di dalam jantung itu ada satu bahagian yang dipanggil perentak jantung (pacemaker). perentak ini yang berfungsi mengekalkan daya mengepam jantung sehinggalah sampai satu tahap ia akan berhenti. sebab itulah peri pentingnya menjaga kesihatan jantung. organ penting dalam tubuh selain otak dan buah pinggang. organ-organ lain seperti peparu, perut, usus besar dan usus kecil habis semua saya belek betul-betul. sungguh, saya teruja!

saya hanya berkesempatan bereksperimen dengan seekor dua tikus sahaja. hampir jam 10am ketika itu. tetapi alhamdulillah saya berkesempatan melihat keajaiban ciptaanNya. moga saya dan yang lain bisa bertemu dengan banyak lagi keajaiban ciptaanNya yang boleh buat kita berfikir dan berzikir. dan bersyukur dengan nikmat anugerahNya. alhamdulillah jua kerana Dia beri keberanian dan ketegaran hati berhadapan situasi sebegitu walhal saya agak-agak takut sebelum ini. mana biasa sangat dengan tikus-tikus ini. kelak, mereka bakal menjadi 'rakan baik' saya. tipsnya, niat kerana belajar. jangan takut sesuatu yang kita takut kerana kelak ia akan jadi kenyataan. maka, bayangkan yang baik-baik sahaja ya!

petang tadi ellis ada prosedur membedah juga. kali ini bukan tikus tetapi mayat manusia. err, saya cuba lain kali =) ayat mengelat, walhal 'scary'. tetapi, saya akan mencuba juga suatu hari nanti.

25 January 2010

'kalaulah' tidak relevan lagi

(fraser hill, 2009)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: "Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku." Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
(Riwayat Muslim)

perasan atau tidak, ada kalanya lidah kita terbiasa dengan perkataan 'kalau'. ada banyak konteks pengaplikasin perkataan 'kalau' ini. 'kalaulah aku belajar rajin-rajin dari dahulu lagi' (nada penyesalan). 'kalaulah aku kahwin dengan orang kaya' (angan-angan mat jenin namanya). 'kalaulah itu' dan 'kalaulah ini'. sedar tidak sedar, kadang-kadang kita seperti menyalahkan nasib yang telah tertulis buat kita. adakalanya saya juga begitu. boleh jadi kufur nikmat kita nanti. ampunkan daku, Tuhan.

kita tahu segala ketentuan hidup ini telah Allah susun aturkan dengan paling cantik dan paling kemas buat kita. contohnya, Allah tentukan Azizah belajar ilmu perubatan di Ireland. mungkin persekitaran di sana bisa buat dia jadi seorang gadis yang lebih hebat. Allah mencampakkan Nuha di Pulau Pinang untuk berjuang di medan ilmu ubat-ubatan agar bisa satu hari nanti beliau menjadi pharmacist yang menyumbang buat ummah. Allah jua tentukan Kak Nadiah dan Izza dikurniakan anak perempuan secomel Safiyyah dan Iman. orang kata, mengasuh dan membesarkan anak perempuan ini susah sedikit. tetapi, insha-Allah, Kak Nadiah dan Izza bisa melakukannya meskipun berada jauh di bumi Lincoln. ibu mithali mereka berdua ini insha-Allah =p. . dan Allah tentukan saya berada di sini, mendalami lapangan ilmu berkaitan penyakit malaria. tidak pernah saya bayangkan keadaan itu tetapi inilah percaturanNya. moga bisa saya dan sahabat muslim di luar sana menyumbang meskipun sedikit ke arah keintelektualan ummah di kala non-Muslim giat mendominasi dunia keilmuan. sebab itu, tidak patut kita menyalahkan takdir. peringatan buat saya. hikmahnya tidak kelihatan sekarang, mungkin suatu ketika kelak, kita bakal ternampak rahsiaNya menjadikan sesuatu buat kita. Allah yang ciptakan kita, maka selayaknya dia juga yang merancang segalaNya untuk kita. kerja kita, usahalah enjadi yang terbaik semampu kita. moga Allah sayang kita semua, ameen.

p/s: mari mansuhkan perkataan 'kalau' dari vocabulary harian kita =)

23 January 2010

suka makan spaghetti?


setelah seharian mengadap literature review yang tak pernah-pernah habis itu, saya termasuk forum di blog ini.

'Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan lain-lain. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila spaghetti dah selesai dimasak, anak saya, Kamal pun bertanya, "Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?" Si abang, Salim pun jawab, "Rasanya macam keju balls. Dikunyah rasa masin-masin." Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spaghetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit. Saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran PREGO made in USA. Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!

Astaghfirullaahal aziim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet, anak perempuan, Maryam dan adik lelaki, Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spagetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada daging babi. 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. '

*************************************************************************************

takutnya saya membaca. sebagai seorang wanita yang akan banyak mengambil alih urusan memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak, isu ini harus dipandang berat. kerana makanan yang masuk ke dalam mulut ahli keluarga kita itu akan menjadi darah daging. andai yang masuk itu tidak halal, mungkinkah ibadah yang kita laksanakan diangkat ke langit dan dipandang Tuhan? nauzubillah. wanita yang sememangnya Allah ciptakan teliti dalam sesuatu hal harus menggunapakaikan sifat semulajadi kita dalam hal-hal sebegini. nampak kecil tetapi ia bisa memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah.

saya perasan kebelakangan ini, ramai surirumah yang gemar mencuba resepi western untuk mengubah selera sekali-sekala. saya sendiri sukakan western food terutamanya pasta dan keluarganya. selalu juga saya memasak spaghetti tetapi saya tidak suka menggunakan sos segera yang biasa didapati di pasar raya kerana rasanya yang stereotype selain susah mencari yang terjamin kehalalannya. maka di sini saya hendak berkongsi cara membuat sos spaghetti yang mudah dan terjamin kehalalannya. ini adalah resepi yang saya pelajari semasa di tingkatan empat.

bahan-bahan untuk sos :
daging kisar Ramlee (paling yakin dengan brand ini). kuantitinya suka hati
seulas bawang besar, chopped
sebiji tomato merah, chopped
setin tomato puree (kalau mahu kuahnya banyak, tambah tin lagi)
cendawan butang (optional)
rempah seperti oregano powder, parsley flakes, basil leaves
sedikit serbuk lada hitam (inovasi tahun 2009)
sos tomato, cili
garam secukup rasa

mula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan daging kisar. bole tumis sekali serbuk lada hitam ketika ini supaya sebati dengan daging. agak-agak daging dah hampir masak, masukkan tomato puree, tambah sos cili dan sos tomato ala kadar. kalau mahu masam, lebihkan sos tomato. kalau suka pedas, lebihkan sos cili. seterusnya, masukkan cendawan butang dan chopped tomato. sprinkle garam dan rempah secukup rasa. jangan tambah air sebab nanti rasanya hilang umph! air dari daging sudah mencukupi. renihkan dalam 15 minit, biar daging cukup empuk. siap!

kalau biasa makan spaghetti standard size, apa kata cuba angle hair spaghetti. lebih halus dan tidak cepat jemu masa makan. jadi bolehlah nak makan banyak-banyak =) oh ya, untuk elakkan spaghetti itu melekat sewaktu proses merebus, masukkan setitik dua minyak masak.

selamat mencuba!

21 January 2010

Bismillah Pemudah Jalan


Bismillahirrahmaanirrahim

yang bermaksud 'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'. mungkin kalimah ini sudah acap kali kita dengar dan sebut hinggakan kadang-kadang kita terlepas pandang betapa maha pentingnya kalimah yang penuh rahsia ini diucapkan sebelum memulakan apa yang kita buat. Sifat Allah yang Maha Pemurah kepada semua makhluk ciptaannya hatta apa sekali pun anutannya. manakala sifat Ar-Rahim Allah itu hanya kepada hambaNya yang dikehendaki yakni para mukminin dan mukminah.

melalui pembacaan di laman ini, para ulama berpendapat bahawa kalimah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) merupakan ayat tergantung. sesuatu pekerjaan yang dimulakan dengan basmalah ini akan melengkapkan kalimah agung tersebut dan seterusnya membuka jalan agar pekerjaan kita itu dipermudahkan dan memperoleh keredhaanNya. sebagai contoh, sekiranya kita hendak membaca dan menganalisa journal, ada baiknya dimulakan dengan basmalah dan seterusnya proses menelaah ilmu itu akan melengkapkan maksud kalimah tersebut. dan mudah-mudahan dengan berkat kalimah itu, ilmu yang dipelajari itu bisa beri manfaat dan lebih melekat, masa yang diluangkan menjadi lebih berkat, diturunkan sejuta rahmat dan dijauhkan daripada perbuatan yang cacat. sama juga aplikasinya dalam pekerjaan yang lain misalnya memasak, membeli-belah dan segala macam perbuatan yang baik. sebab itu, kalau lidah kita terbiasa dengan kalimah suci ini, secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada perbuatan keji. mana mungkin kita hendak berbuat jahat dengan basmalah kan? tak compatible langsung. jadi, biasakan diri kita dengan tabiat ini. dan perlu diiringi dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah bersama kita.

pesanan abang yang saya ingat sampai sekarang. bila nak memandu, selain baca doa naik kenderaan, amalkan juga baca basmalah 11 kali. iAllah, Allah akan memayungi perjalanan kita. dan ia memang terbukti dengan nyata. ada satu ketika itu, ada kereta hampir-hampir melanggar kereta saya tetapi syukur alhamdulillah, perkara itu tidak berlaku. kereta tersebut berjaya mengelak. pada ketika yang lain, kereta saya berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan jalan. hujan lebat masa itu. saya tidak nampak kereta yang datang dari tepi saya. bammm! hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. semua bercampur-baur. pada malam hari kejadian, saya memikir-mikir balik punca yang menyebabkan saya ditimpa musibah dan . . saya teringat yang saya tidak berdoa sebelum memandu pagi itu. memang padan untuk saya. memang saya ingat sampai bila-bila.

maka, mulakanlah semuanya dengan basmalah. kerana di situ ada penunjuk jalan keluar.

Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa-apa pekerjaan dengan menyebut nama-nama Allah yang baik-baik.

"Dan Tuhan berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(Al-Mukmin : 60)

20 January 2010

living in the bubble


pernah dengar tentang 'Bubble Boy'? pensyarah saya biasa bercerita tentang kisah ini sewaktu 'undergrad' dulu tetapi saya ingat-ingat lupa. tetapi hari ini, saya sekali lagi mendengar kisah tentang 'Bubble Boy' ini dalam kelas immunobiology tadi. begini kisahnya.

Pada 21 September 1971, seorang bayi lelaki telah dilahirkan, David Phillip Vetter namanya. dia mengalami suatu jenis penyakit genetik yang jarang-jarang dijumpai, iaitu combined immune deficiency syndrome (SCIDS). SCIDS adalah sejenis penyakit di mana sistem imun tubuh yang terlibat dalam pertahanan badan daripada penyakit gagal berfungsi. punca utama masalah ini adalah berikutan keabnormalan dalam susunan maklumat genetik seseorang. jadi, bila sistem imun ini tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya, maka seseorang itu sangatlah mudah dijangkiti penyakit. sebelum kelahiran David, ibu bapanya telah pun mempunyai seorang anak lelaki iaitu abang David tetapi malangnya anak mereka meninggal dunia 7 bulan selepas kelahiran berikutan kecacatan thymus iaitu sejenis kelenjar, tempat di mana sel-sel imun manusia mengalami proses kematangan. doktor membuat anggapan bahawa sekiranya pasangan itu ingin mempunyai anak lagi, berkemungkinan besar (50%) anak yang bakal dilahirkan itu mengalami SCID. para doktor memberi keyakinan bahawa sekiranya mereka ingin mendapat anak, proses kelahiran itu akan dijalankan dalam persekitaran yang steril - tiada pencemaran sebarang mikroorganisma dan seterusnya anak mereka boleh menjalani pemindahan sumsum tulang dan seterusnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

ibu bapanya begitu teruja mendengar keyakinan yang diberikan oleh para doktor tersebut. akhirnya pada tahun 1971, David dilahirkan - tentulah dalam kondisi yang steril. sejurus selepas kelahiran, dia terus diletakkan dalam 'bubble' yang steril. bermulalah kehidupannya dalam 'bubble' tersebut. apa-apa sahaja termasuk makan, minum, salin lampin semuanya harus steril. ketika usianya mencecah 12 tahun, dia menjalani pemindahan sumsum tulang yang diperoleh daripada kakaknya. meskipun sumsum tulang itu tidak serasi ('unmatched'), pembedahan diteruskan dengan harapan David bisa menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. tetapi dia terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang hayatnya. kita merancang, Allah Maha Merancang. beberapa bulan selepas pembedahan tersebut, David yang tidak lagi diletakkan dalam 'rumah'nya itu mula mengalami muntah, cirit-birit dan seterusnya menerukkan lagi keadaan kesihatannya. dan akhirnya, dia meninggal dunia pada tahun 1984. mereka mendapati terdapat sejenis virus yang tidak dikesan dalam darah kakaknya itu sewaktu mereka menjalankan penskrinan darah untuk pemindahan sumsum tulang.

kasihan david. saya merasakan para doktor yang mencadangkan ibu bapanya memperoleh anak lagi ingin menjadikan david sebagai bahan ujikaji mereka semata-mata. tetapi, jika difikirkan daripada aspek lain, boleh jadi ada penemuan baru dalam bidang genetik untuk mengatasi masalah tersebut. saya cuba bayangkan seorang kanak-kanak yang tidak boleh merasai apa yang patut dirasai oleh kanak-kanak lain. pergerakannya terhad. segalanya perlu disteril. jenuh jugak. dan sabar sungguh ibu bapanya. ujian buat mereka. pengajaran untuk kita agar bersyukur dengan apa yang kita punyai sekarang. banyak-banyaklah bersyukur.

kalau hendak tahu lebih lanjut tentang kisah ini, rajinlah ke link.

kesimpulannya, Allah yang punyai segalanya. dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali

lelah


sembah sujudku hanya untukMu

'Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair'

O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well

ameen

17 January 2010

learning from ABC


the other day, a friend of mine made a request. photographer for his big day..errr, i'm surprised. i've told him that i'm not a pro photographer though i want to be someday. i even doesn't have any portfolios. i snap for fun. snap what i like. i'm so into photography lately because i think it is where i can express my own creativity, freely. explaining this and that, i finally decided to fulfill his request. as a new experience to me at least. i kept reminding him that he better has other photographers too - i'm just the back-up =)

her wife-to-be phoned me a day after and thanked me. oh, she didn't have to do that! she told me that it was hard for her to find a female photographer. she feels very uneasy to pose in front of opposite gender. now i understood. i feel the same too, actually. so, since it will be my first time taking shots for wedding, there are a lots of stuffs to be learned within this 1 month time. i'll try my very best for their big day. so that it can be a memory that going to be cherished forever, insya-Allah.

and fortunately, MP (usm ex-batchmate) sent me something that might be very useful for me. thanks MP! macam tau-tau saja. .

"just want to share with fellow friends who share the same interest. of course all this comes naturally with experience. but for those of us who don't have . here's something to start with. it is meant for a western wedding so not everything applies to the one you attending but still..look forward to the next wedding, charge up your batteries and have fun!!!"

do share with us your results though.

Wedding Photography Shots the Ceremony
___ Wedding dress lying over a chair
___ Zipping up or buttoning the wedding dress
___ Mother of the bride fastening the bride's necklace
___ The bride's garter
___ The bride's veil
___ A close up of the bride's shoes peeking out from under the dress
___ Bride looking into a mirror
___ Bride looking out window
___ Bride and bridesmaids putting on makeup
___ Bride pinning corsage/boutonniere on mother/father
___ Bride hugging parents
___ Bride touching up
___ Bride and parents leaving for ceremony
___ Groom tying tie
___ Groom looking into mirror
___ Bride looking out window
___ Groom pinning corsage/boutonniere on mother/father
___ Groom hugging parents
___ Bride and parents leaving for ceremony

Wedding Photography Shots At the Ceremony
___ Outside of ceremony site
___ Guests walking into ceremony site
___ Bride and father entering ceremony site
___ Parents being seated
___ Grandparents being seated
___ Maid of honor walking down the aisle
___ Bridesmaids walking down the aisle
___ Flower girl and ring bearer walking down aisle
___ Groom waiting for bride
___ Ceremony musicians
___ Officiant
___ Altar or canopy during ceremony
___ Close up of bride, just before she makes her entrance
___ Bride and father walking down aisle
___ Groom seeing bride for first time
___ The back of bride and father walking down the aisle – with the groom waiting in the distance
___ Bride's father and Bride hugging at end of aisle
___ Shot of the audience from the bride and groom's point of view
___ The unity ceremony
___ Close up of bride and groom saying the vows
___ Wide shot of bride and groom saying the vows
___ Exchanging the rings
___ Close up of hands
___ The kiss
___ Bride & Groom walking up the aisle
___ Receiving line
___ Bride & Groom outside on steps
___ Guests throwing confetti/rose petals/birdseed
___ Bride & Groom hugging guests, laughing, getting congratulations
___ Bride & Groom getting in car
___ Bride & Groom in back seat

Posed Wedding Photography Before the Reception (These can also be taken before the ceremony)
___ Bride alone (full length)
___ Bride with Maid of Honor
___ Bride with bridesmaids
___ Groom with bridesmaids
___ Bride with parents
___ Bride & Groom together
___ Bride & Groom with parents
___ Bride & Groom with families
___ Bride & Groom with entire wedding party
___ Bride & Groom with flower girl and ringbearer
___ Groom with parents
___ Groom with best man
___ Groom with groomsmen
___ Bride with groomsmen

During the Reception (to help your photographer, you may wish to list these shots in the order they will happen at your reception)
___ Outside of reception site
___ Bride & Groom arriving
___ Bride & Groom greeting guests
___ Table centerpieces
___ Table setting
___ Bride & Groom's table (head table)
___ Musicians or DJ
___ Guest book
___ Place card table
___ Closeup of bride and groom's place card
___ Wedding cake
___ Groom's cake
___ Gift table
___ Decorations (specify which _________________________)
___ A shot of bride & groom with guests at each table
___ Bride with college alums
___ Groom with college alums
___ The buffet or, if having table service, a dinner serving
___ Bride & Groom's first dance
___ Bride & Father dancing
___ Groom & Mother dancing
___ Guests dancing
___ Bride & Groom cutting the cake
___ Bride & Groom feeding each other cake
___ Toasts (specify who is giving them: ____________________)
___ Bride & Groom drinking champagne
___ Signing the marriage license
___ Bride throwing bouquet
___ Groom retrieving garter
___ Groom tossing garter
___ Garter/Bouquet dance
___ The getaway car
___ Bride & Groom leaving party
___ Bride & Groom driving away

anyone has any ideas? do share some with me. good luck to me!

16 January 2010

9125 hari

1986, penang



syukur Tuhan

dengan takdirNya saya lahir ke dunia

moga saya bisa menggapai mardhatillahNya

dari lantai dunia hingga langit syurga

insha-Allah



dari hari pertama hingga ke saat ini, terima kasih Tuhan untuk:



ibu bapa yang hebat

ahli keluarga yang erat

guru yang tak penat-penat

rakan yang memang sahabat

dan mungkin cinta yang hampir mendekat :p

dan segala nikmat dan hikmat



[syukur alhamdulillah]





15 January 2010

pendidikan visual



I thank whatever gods may be


For my unconquerable soul

I am the master of my fate

I am the captain of my soul



kalau berkesempatan, tontonlah 'Invictus', filem baru lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. bukan kerana pelakonnya yang kacak, bukan untuk suka-suka, bukan untuk buang masa tetapi untuk pengajaran yang bermakna. diilhamkan daripada kisah sebenar Presiden Afrika Selatan dalam memperjuangkan dasar apartheid, beliau mengambil pendekatan dalam bidang sukan untuk menyampaikan mesej menyatupadukan rakyatnya. dan beliau berjaya. paling teruja dengan setiap bait perkataan yang diucapkan beliau yang mana saya rasakan ada nilai intelektual dan kematangan yang tersendiri. kehidupan 30 tahun di dalam penjara bukanlah sia-sia. 30 tahun dimanfaatkan untuk mengkaji manusia supaya bersedia di hadapan anak bangsa. sungguh mengujakan.



saya bukanlah kaki filem. tetapi jika ada yang bisa menyuntik faktor 'X' dalam diri, bisa sahaja duduk bersila kaki hingga ayat terakhir. saya gemarkan apa-apa sahaja yang boleh membakar semangat diri. sesuatu yang dapat direfleksikan dengan kehidupan sebenar. yelah, bukan senang hendak memotivasikan diri, kan? pilih yang bersesuaian. jangan lihat sambil lewa. belajar sesuatu daripada apa yang dilihat mata. dari mata akan jatuh ke hati. maka terciptalah kuasa hati yang bisa memandu diri sendiri ke destinasi yang dicari. dia dah mula dah. . =p



ada beberapa rekomendasi lain (untuk kategori motivasi) seperti:

  • Cinderella Man

  • The Pursuit of Happyness
  • The Brooke Ellison Story

  • Homeless to Harvard
  • Remember The Titans
  • Beautiful Minds
  • Cast Away
  • Escape from Alcatraz
  • The Shawshank Redemption
  • John Q

  • akan ditambah dari semasa ke semasa (kelupaan)
berikut adalah petikan penuh sajak 'Invictus' = unconquerable



Out of the night that covers me,

Black as the Pit from pole to pole,

I thank whatever gods may be

For my unconquerable soul.



In the fell clutch of circumstance

I have not winced nor cried aloud.

Under the bludgeonings of chance

My head is bloody, but unbowed.




Beyond this place of wrath and tears

Looms but the Horror of the shade,

And yet the menace of the years

Finds, and shall find, me unafraid.



It matters not how strait the gate,

How charged with punishments the scroll

I am the master of my fate:

I am the captain of my soul.



p/s: of course, it happens with His will. we are the players on the field of life. play your part. only yours.

13 January 2010

kusuka sudoku


kehidupan sekarang lebih banyak kepada membaca dan menganalisa. membaca dan menganalisa dan menulis. selalu juga membaca dan tertidur. setiap hari. saya rasa sedikit masa lagi, saya kena tukar cermin mata yang berkuasa lebih tinggi. minta dijauhkan! dengan aktviti yang seakan rutin ini, saya perasan otak jadi sedikit perlahan bila bermain dengan nombor. inilah natijahnya apabila selalu sangat melihat huruf semata-mata. cara yang baik untuk mengembalikan kreativiti minda bermain nombor pada hemat saya adalah dengan bermain sudoku.

permainan ini melibatkan 81 kotak. setiap 9 kotak perlu diisi dengan nombor 1-9 di mana baris-baris kotak tersebut tidak boleh mempunyai nombor yang sama. permainan ini diperkenalkan di jepun pada tahun 1986 dan mula menjadi popular di peringkat antarabangsa sekitar tahun 2005. sudoku bermaksud 'single number'. saya terpengaruh dengan abang saya sebenarnya. sambil tengok tv, dia bermain sudoku. katanya mahu dibiarkan mindanya aktif. pertama kali mencuba permainan sudoku, saya terasa memanglah susah. hampir putus asa. tetapi, saya tidak suka kalah tanpa saya cuba sehabis-habisan. dan saya berjaya! buktinya bulan disember tahun lepas, saya banyak berulang-alik ke taiping-shah alam-pulau pinang dengan bas. saya buat satu persatu sudoku untuk mengusir kebosanan. daripada tidak tahu sehingga menjadi teruja setiap kali bermain. memanglah terasa puas bila dapat menyelesaikan teka-teki nombor itu. dan saya akan buat satu bintang kecil untuk dihadiahkan pada diri sendiri sebab telah berjaya. motivasi konon-kononnya. cubalah nanti! bermain sudoku membolehkan minda kita aktif berfikir kebarangkalian nombor yang hendak diisi dalam kotak-kotak kosong itu. dan boleh jadi ubat tidur yang berkesan kalau sudah terlampau bosan berfikir =p

p/s: bermain dengan nombor itu menggembirakan

12 January 2010

trauma


4.25 am :
tiba-tiba sahaja mata terbuka luas. rasa sangat tidak selesa. kepala berpinar-pinar sehingga saya seakan ternampak ayat-ayat dalam journal yang saya baca sebelum tidur. lain kali jangan membaca sebelum tidur. apabila rasa tekak meloya dengan hebatnya, terus sahaja saya ke tandas dan akhirnya.. semua isi perut saya dihamburkan. terasa perit sangat semasa muntah. tidak suka dengan aktiviti muntah-muntah ni!. habis sakit dan kejang otot di perut dan sepanjang laluan penghadaman. walaupun begitu, saya memaksa untuk muntah lebih banyak dengan harapan tidak mahu muntah lagi lepas ini. berair-air mata menahan sakit. saya kembali tidur selepas berwudu'. moga-moga lega nanti seraya memujuk hati.

5.15 am:
saya terjaga lagi. tekak cari pasal lagi. apa lagi, terus berlari ke tandas dan . . sekali lagi saya mengalami peristiwa yang saya tidak suka itu. intensiti pengecutan otot di perut lebih kuat kali ini sehingga saya rasa sangat-sangat sakit. air mata keluar lagi menahan sakit. saya perasan kali kedua ini, terasa pahit-pahit di dalam mulut. 'sudah, takkan la bendalir hempedu ni.' dulu, saya pernah muntah sehingga keluar bendalir hempedu itu kerana tiada apa-apa lagi di dalam perut yang hendak dihamburkan. saya cuba menilik sebab-musabab kejadian muntah ini. keracunan makanan? oh, saya mula jadi takut. kerana saya tahu diarea akan menyusul kemudian.

6.20 am:
terjaga untuk solat subuh. lemah rasanya badan ini. tidak disangka-sangka saya muntah sekali lagi. tiada apa-apa lagi dalam perut, tetapi mahu juga dimuntahkan lagi. kali ini, lebih sakit! dan apa yang saya takuti jadi kenyataan. diarea. oh Allah, bantu hambaMu ini. seusai solat subuh, saya terkulai atas katil. tidak berani menjamah apa-apa hatta air kosong sekali pun.

7.30 am:
perut rasa memulas. diarea lagi.

8.45 am:
diarea dan terus diarea.

tidak ingat berapa kali saya mengalami diarea. yang pasti tidak kurang 5 kali. saya tidak bercadang ke klinik/pusat kesihatan dengan alasan tidak larat selain ingin membuat swa-pengubatan (rawat sendiri) sahaja. tetapi, malangnya, kotak ubat yang biasa saya bawa ke mana-mana tidak ada bersama ketika ini. jadi saya memilih untuk tidur dan cuba lupakan rasa tidak sedap yang saya sedang alami ini. saya membuat diagnosis untuk diri sendiri - saya adalah mangsa keracunan makanan. dan saya tahu ia berpunca dari mana. laksa di kafe yang saya beli petang semalam. sungguh, saya tidak mahu membeli di situ lagi. sistem penghadaman saya sangat sensitif terhadap bendasing yang tidak sepatutnya. apa tidaknya, di kala orang lain sihat-sihat sahaja, sayalah orang pertama yang akan mengalami tanda dan simptom keracunan makanan.

bercakap tentang keracunan makanan, ada satu peristiwa yang tersemat kuat di kepala. ketika itu adalah hari pertama pendaftaran masuk usm. entah mengapa, pada pagi kejadian tiba-tiba sahaja perut memulas dan berkali-kali saya keluar masuk tandas. mama siap menyuruh saya minum teh o pekat (dipercayai dapat merencatkan stomach spasm). setibanya di tempat pendaftaran, saya tidak mampu bertahan lama. jenuh mencari tandas. pada ketika itu, pendaftaran bukan lagi perkara utama dalam fikiran saya. akhirnya, mama yang tolong uruskan pendaftaran saya. thank you, mama. mudah sikit urusannya kerana mama memberitahu keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan itu. kedai farmasi pula tidak dibuka kerana hari Ahad.

akhirnya, mama membuat keputusan memberitahu pembantu pelajar dan bertanyakan arah ke pusat kesihatan universiti. sambil menunggu di bilik, saya terdengar sayup-sayup bunyi ambulans. pada hemat saya, mungkin ada mana-mana pakcik/makcik yang jatuh pengsan memandangkan panas sungguh pada hari kejadian. walau bagaimanapun, tidak disangka langsung ambulans itu tiba untuk membawa saya ke pusat kesihatan. ada pembantu pegawai perubatan siap bawakan kerusi roda lagi. malunya!!! saya tidaklah sekronik itu. dengan muka tiada perasaan, saya berjalan ke arah ambulans dan itulah kali pertama saya tahu keadaan di dalam ambulans. setibanya di pusat kesihatan, saya mendapat rawatan yang sepatutnya. bagus juga sebab saya tidak perlu menghadiri taklimat pelajar yang dijadualkan pada petang tersebut. mengelat!. dan alhamdulillah, malam itu saya kembali sihat cuma badan terasa sedikit lemah.

mama dan babah balik petang itu juga kerana ada kerja lain yang perlu diuruskan. dan sebelum balik, babah sempat mengusik lagi. katanya saya ini orang istimewa sampai ambulans datang. aish, memang memalukan. mujur saya tidak kenal siapa-siapa lagi ketika itu. tetapi apabila direnungkan kembali, ada hikmah di sebalik peristiwa itu. urusan pendaftaran pelajar yang meremehkan itu dipermudahkan buat saya. terima kasih, Tuhan.

dan saya berharap sakit yang saya alami sekarang adalah kafarah kepada dosa saya. barangkali ada hikmah di sebalik itu. hikmah yang tidak terlihat sekarang, kemudian barangkali. berkali-kali saya memujuk diri bahawa Allah sedang berbicara dengan saya tentang erti kesabaran dan keikhlasan. sabar menghadapi ujian dan ikhlas menerima ketentuanNya.

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”.
(QS. Al-Baqaroh : 155-157)

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641)

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."
(HR. Bukhari)

perut saya dibiarkan kosong sehingga sekarang. tunggulah petang-petang sikit saya pujuk dia dengan sesuatu =)

p/s: mungkin juga saya mengalami masalah penghadaman makanan yang tidak teratur. stress di kala ini. akhirnya, perut jadi mangsa. boleh jadi.

bend your knee



"The shortest distant between a problem and its solution is the distance

between your knees and the floor



The one who kneels to Allah can stand up to anything"



[-__-]

 

Template by BloggerCandy.com