
Bismillahirrahmaanirrahim
yang bermaksud 'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'. mungkin kalimah ini sudah acap kali kita dengar dan sebut hinggakan kadang-kadang kita terlepas pandang betapa maha pentingnya kalimah yang penuh rahsia ini diucapkan sebelum memulakan apa yang kita buat. Sifat Allah yang Maha Pemurah kepada semua makhluk ciptaannya hatta apa sekali pun anutannya. manakala sifat Ar-Rahim Allah itu hanya kepada hambaNya yang dikehendaki yakni para mukminin dan mukminah.
melalui pembacaan di laman ini, para ulama berpendapat bahawa kalimah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) merupakan ayat tergantung. sesuatu pekerjaan yang dimulakan dengan basmalah ini akan melengkapkan kalimah agung tersebut dan seterusnya membuka jalan agar pekerjaan kita itu dipermudahkan dan memperoleh keredhaanNya. sebagai contoh, sekiranya kita hendak membaca dan menganalisa journal, ada baiknya dimulakan dengan basmalah dan seterusnya proses menelaah ilmu itu akan melengkapkan maksud kalimah tersebut. dan mudah-mudahan dengan berkat kalimah itu, ilmu yang dipelajari itu bisa beri manfaat dan lebih melekat, masa yang diluangkan menjadi lebih berkat, diturunkan sejuta rahmat dan dijauhkan daripada perbuatan yang cacat. sama juga aplikasinya dalam pekerjaan yang lain misalnya memasak, membeli-belah dan segala macam perbuatan yang baik. sebab itu, kalau lidah kita terbiasa dengan kalimah suci ini, secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada perbuatan keji. mana mungkin kita hendak berbuat jahat dengan basmalah kan? tak compatible langsung. jadi, biasakan diri kita dengan tabiat ini. dan perlu diiringi dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah bersama kita.
pesanan abang yang saya ingat sampai sekarang. bila nak memandu, selain baca doa naik kenderaan, amalkan juga baca basmalah 11 kali. iAllah, Allah akan memayungi perjalanan kita. dan ia memang terbukti dengan nyata. ada satu ketika itu, ada kereta hampir-hampir melanggar kereta saya tetapi syukur alhamdulillah, perkara itu tidak berlaku. kereta tersebut berjaya mengelak. pada ketika yang lain, kereta saya berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan jalan. hujan lebat masa itu. saya tidak nampak kereta yang datang dari tepi saya. bammm! hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. semua bercampur-baur. pada malam hari kejadian, saya memikir-mikir balik punca yang menyebabkan saya ditimpa musibah dan . . saya teringat yang saya tidak berdoa sebelum memandu pagi itu. memang padan untuk saya. memang saya ingat sampai bila-bila.
maka, mulakanlah semuanya dengan basmalah. kerana di situ ada penunjuk jalan keluar.
Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa-apa pekerjaan dengan menyebut nama-nama Allah yang baik-baik.
"Dan Tuhan berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(Al-Mukmin : 60)
No comments:
Post a Comment