Pages

14 September 2008

bagaimana dengan saya, awak dan kita?

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid yang bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Abu Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1. Bertaubat
2.Menyesali dosa yang telah dilakukan
3.Tidak tergila-gilakan dunia
4.Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5.Tinggalkan sifat berbangga
6.Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

How about me?
How about you?
Sit down and ponder

13 September 2008

saya setuju!

Dewan Muslimat PAS pusat membantah cadangan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Ng Yen Yen untuk memasukkan slot pendidikan seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia (8 Mei 2008).

Dewan Muslimat melihat cadangan tersebut dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana kementerian terbabit bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya terlebih dahulu meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisme pendidikan seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya.

Bahkan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks tersebut mestilah dapat diterima serta mengambil kira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini kerana rakyat Malaysia beragama, beradab dan berbudaya luhur.

Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya juga dimuatkan dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu.

Sehingga kini, Dewan Muslimat mengenal pasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum lagi diambil kira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut.

Pandangan dan perspektif Islam contohnya merupakan aspek yang sangat penting untuk diberikan perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.

Pendidikan seks dalam Islam ternyata berusaha menutup segala kemungkinan (yakni ruang dan peluang) ke arah hubungan seks terlarang (zina).

Firman Allah dalam surah al-Isra’: 32 bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk."

Manakala dalam an-Nur: 30-31 misalnya, Allah berfirman (maksud): "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya..."

Dewan Muslimat menyedari bahawa pendidikan seks telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain.

Oleh sebab itu, topik berkaitan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks merupakan aspek penting yang terlebih dahulu mesti dilumatkan dalam perbincangan kerana ia perlu difahami secara tuntas, jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan.

Semua itu merupakan asas dalam menentukan kerangka, hala tuju dan hala cara pelaksanaan program pendidikan tersebut.

Turut perlu diberikan penekanan, kriteria guru yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengajaran subjek pendidikan seks. Tentunya individu tersebut seseorang yang mesti terlatih, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan santun dalam penyampaiannya.

Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks digalakkan selagi ia bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan penafsiran ayat-ayat al-Quran, al-sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada dalam kalangan ilmuan lampau atau semasa.

Hasil perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan jelas untuk menggubal Dasar Etika dan Adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduksi yang bercirikan Islam, rahmatan lil ‘alaamin (rahmat kepada seluruh alam).

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat ingin mengingatkan kementerian pembangunan wanita bahawa Malaysia tidak wajar terbawa-bawa dan dibiarkan mengikut rentak atau acuan negara-negara Barat.

Konsep yang digunakan oleh pihak Barat dalam pendidikan seks sudah ternyata gagal, kerana jelas generasi muda mereka dalam konteks pendidikan seks yang mereka amalkan - ibarat semakin dididik, semakin rosak!

Ia berlaku disebabkan mereka (generasi muda Barat) bukan diajar agar menjauhi zina tetapi dididik tentang peri pentingnya melakukan apa yang disebut oleh golongan liberal sebagai "seks aman dan sihat", agar tidak meninggalkan kesan yang negatif seperti mengandung anak luar nikah, menularnya penyakit kelamin dan seumpamanya termasuk AIDS dan HIV!

Beberapa penelitian sains sosial, misalnya yang dijalankan oleh John Hokins pada tahun 1982 lagi telah menemukan betapa lebih 80 peratus remaja di Amerika Syarikat contohnya sudah pernah terlibat dengan aktiviti seks (di luar nikah).

Rumusan yang hampir sama telah diungkap oleh Marion Wright Elderman, presiden organisasi Children Defense Fund.

Apakah generasi muda sebegitu yang mahu kita lahirkan daripada pelaksanaan subjek pendidikan seks yang bersifat "tangkap muat" dan "melepaskan batuk di tangga"?

Lebih menimbulkan keraguan dan kerisauan kita, bila ia dicadangkan untuk dimasukkan menjadi satu slot atau barangkali modul baru bersempena adanya satu Program Latihan Khidmat Negara?

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar menteri pembangunan wanita menjelaskan kepada kita apakah rasionalnya pihak kementeriannya mengusulkan cadangan ini kepada timbalan perdana menteri dan seterusnya kepada Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) atau Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?

Adakah kementerian pembangunan wanita telah sekurang-kurangnya mengadakan kajian tentang keberkesanan cadangan tersebut sebelum ia diusulkan?

Dewan Muslimat percaya, sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila pihak kementerian bertindak mengemukakan cadangan tersebut dalam satu program yang jelas mempunyai visi dan misi yang khusus dalam konteks patriotisme seseorang remaja.

Apatah lagi umum mengetahui betapa modul-modul yang sedia ada dalam PLKN seperti modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karektor dan modul khidmat komuniti sudah terlalu padat dan berat.

Bukan setakat itu, kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Kekerapan pelbagai masalah bersilih ganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seks, peras ugut, ragut, cabul, rogol, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang, sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih direkodkan.

Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa, apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan mereka itu berjauhan daripada pemerhatian keluarga.

Apatah lagi umum mengetahui betapa generasi muda ini khususnya yang meningkat remaja adalah satu kelompok yang ghairah untuk mencuba segala yang baru.

Dapatkah kita membayangkan apakah yang akan berlaku nanti setelah mereka didedahkan dengan subjek pendidikan seks di tempat dan pada masa yang saya percaya sangat tidak sesuai?

Justeru, Dewan Muslimat menegaskan bahawa PLKN bukanlah satu saluran hatta bukan juga satu tempat dan masa yang sesuai untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyelitmasukkan subjek atau modul pendidikan seks kepada para pelatih.

Cadangan tersebut mesti ditarik balik dengan segera dan kementerian disaran terlebih dahulu menjelaskan kepada rakyat tentang Konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks yang mahu diterapkan dan diserapkan masuk kepada generasi muda negara kita.


Aiman Athirah Al Jundi ialah setiausaha Dewan Muslimat PAS. Artikel ini asalnya siaran media yang beliau sediakan.

p/s: berita ini berita lama tetapi sengaja saya selitkan untuk entri kali ini. peringatan buat kita semua. oh ya, seorang wartawan, seorang ahli parlimen dan seorang blogger terkemuka telah ditahan ISA baru-baru ini. adakah akan berulang semula Operasi Lalang 21? Malaysia oh Malaysia!

11 September 2008

USM gets APEX status

(by Simrit Kaur and Karen Chapman)

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) has been granted apex status. With it, USM can expect hundreds of millions of ringgit in additional funding to transform it into Malaysia's first world-class university.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that quantitative and qualitative criteria were used to select USM under the accelerated programme for excellence (apex).

“The selection committee evaluated each university's state of readiness, transformation plan and preparedness for change.

“After a thorough evaluation, the committee decided that only one university truly met all the criteria, namely USM,'' he told a press conference yesterday.

The Cabinet had agreed to USM being given the apex status on Aug 27.

The university that is given apex status is one that has the greatest potential among Malaysian universities to be world-class, and as such, would be given additional assistance to compete with top-ranked global institutions, added Khaled.

He said with apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years' and top 100, if not top 50, by 2020.

In last year’s Times Higher Education-QS World University Rankings, Universiti Malaya (UM) was the highest ranked Malaysian university at 246, followed by USM (307), Universiti Kebangsaan Malaysia (309) and Universiti Putra Malaysia (364).

A selection committee headed by former Universiti Malaysia Sarawak vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Zawawi Ismail short-listed USM, UM, UKM and UPM.

USM's transformation plan, entitled “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow” focussed, among other things, on diagnostics, medical biotechnology, waste management, pharmaceuticals, nano-technology, membrane technology and vaccines.

Asked why UM was not selected, Khaled said: “I hope the apex status will spur other universities to strive for excellence, too. It's not about selecting the oldest university but choosing one with a doable plan that can help us transform our higher education.”

The other universities that applied for apex status were International Islamic University Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas and Universiti Tenaga Nasional.


p/s: as for me, i'm proud to be a USM graduate. congratulations!!

 

Template by BloggerCandy.com