November 29, 2011

Minggu ke-35

Minggu ke-35 dan saya masih lagi bekerja keras untuk menyiapkan draf tesis saya. Ada juga urusan lain yang harus diselesaikan sebelum saya memasuki bulan terakhir kehamilan. Acapkali saya berasa sangat lelah dan putus asa namun takkan kubiarkan ia mendominasi jiwa dan dengan mudah menyerah kalah. iAllah, Allah di samping saya.

Jauh di lubuk hati saya, tidak sabar rasanya hendak menyambut kelahiran anugerah Ilahi itu. Semoga Allah permudahkan semuanya. Ameen

November 26, 2011

40 hari lagi, iAllah!

Saya kira hari ini sangat bermakna buat saya dan suami. Pagi-pagi lagi kami teruji dengan kereta yang tiba-tiba kehabisan bateri. Sebenarnya, dah lama kereta bagi kami petanda yang baterinya harus ditukar tetapi .. sibuk memanjang sampai terlupa. Nah, pagi ini tiada lagi petanda. Dengan tenang, kami menyelusuri jalan di area Putra Height untuk mencari kedai membaiki kereta tapi hari ini kan hari Sabtu? Seawal pukul 8 pagi, mana ada lagi kedai dibuka? Akhirnya, kami memutuskan untuk menaiki teksi dan pulang ke rumah. Saya kira ia pengalaman pertama kami menaiki teksi bersama. Memang menarik. (poyo bunyinya ;p).

Sejurus tiba di rumah, rehat sebentar (sebab si kecil dalam perut aktif menendang) sebelum kami keluar semula dengan beberapa misi. Alhamdulillah, dalam pukul 2 petang, semua urusan kami selesai. Syukur syukur. Malam nanti ada misi lagi iAllah: melawat anak saudara di sekolah dan ke Masjid Putrajaya untuk ber'dating' (oh, malam ini adalah malam ulangtahun pernikahan kami yang pertama) :)

Sedar tidak sedar, ada dalam lebih kurang 40 hari lagi bayi dalam perut ini akan menjengah keluar, iAllah :). Ya Allah, berikanku kekuatan, berikan suamiku kesabaran untuk menanti detik indah itu. Sungguh, setitis derita yang melanda, segunung kurniaanMu yang menjelma :)

Sayangku, ummi akan bekerja keras untuk menyiapkan tesis secepat mungkin. Doakan ummi ye :)

November 14, 2011

Positif


Ya Allah, beriku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua susah payah ini.

Positif!

____________________________________________________________________

Happy Anniversary to Mama & Babah
May Allah grant both of you with His never-ending blessings
We love you!

November 11, 2011

Datang dan pergi

Kisah satu:
Alhamdulillah! Allahu Akbar. Semalam teman baik saya, Zetty dengan jayanya telah melahirkan puteri sulung setelah 3 hari berjuang. Tumpang gembira yang sangat-sangat. Tak percaya kawan saya yang comel tu dah jadi mama! Semoga anak kalian menjadi anak yang solehanh, penyejuk di mata, penawar di hati. Tunggu dia dah sihat sikit nanti, harus bersembang panjang untuk berkongsi pengalaman dengannya. Fii amanillah sahabatku!

Kisah dua:
Innalillahi wainna ilaahiraaji'un. Hari ini kami disapa dengan berita kematian Akhi Kamarulzaman Hj Abdullah, pembantu khas Datuk Paduka Husam Musa yang terlibat dalam kemalangan sewaktu perjalanan pulang dari Parlimen. Sewaktu awal pagi suami memberitahu saya, tidak perasan langsung bahawa beliau adalah senior saya di USM suatu ketika dahulu. Hanya apabila melihat status sahabat di Facebook, saya mengecam dan terus rasa tersentap. Saya tidak kenal rapat dengan Ustaz Qama (panggilan kami kepada beliau) tetapi beliau beberapa kali pernah terlibat dalam program anjuran kami sewaktu di alam kampus. Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah pada awal tahun 2010, sewaktu mesyuarat agung persatuan alumni. Semoga pemergian beliau dalam keadaan yang baik pada penghulu segala hari (Jumaat) itu diiringi dengan redha dan kasih sayang Ilahi iAllah. Semoga Kak Farah (isteri beliau) tabah menghadapi berita yang tak disangka ini. Al-Fatihah

Sesungguhnya, inilah yang dinamakan percaturan hidup. Ada yang datang dan pasti ada yang pergi menemui Ilahi. Sudah cukupkah persediaan diri? Ya Allah, pimpin daku, suamiku, ahli keluargaku serta muslim yang lain supaya lebih menghampirimu..Ameen

November 10, 2011

Kombinasi

Akhirnya, berjaya juga mengkombinasikan tiga blog saya yang berbeza ke dalam satu blog. Hendak di'delete' sayang sekali. Semuanya merupakan sejarah yang penting dalam hidup saya. Syukur, bisa dikumpulkan semua entri di bawah satu payung yang sama --> 'Such is life'. Semoga ia membuka lembaran baru untuk saya teruskan apa yang telah dihentikan selama ini.

May 5, 2011

Hyperemesis Gravidarum

Yesterday 7 times. Today 6 times as for the time being. Vomit and toilet are my friends now (grin grin). It's ok, it's a part of the 1st trimester. Alhamdulillah. I should start bring along small packets of biscuits so whenever I'm hungry, I may munch one. Never allow the stomach to be empty or the vomiting will be worsen. Ya Allah, grant me with patience to go through to this beautiful experience. Deep inside, I'm happy to know that the baby is developing, insha-Allah. Grow well, baby. Ummi will be always with you.

Last night, abang underwent the sleep test from SleepWork. Gonna get the result in 2 days time, insha-Allah.

At the moment, I'm busy doing the histowork. Got to finish what I can. Sadly cancelled my meeting with Eunice as the body was very weak. Hope tomorrow will be a better day for me, insha-Allah

Note: Doa orang mengandung mustajab. Maka, harus doa banyak-banyak (^^,)

May 4, 2011

Dari Profesional Kepada Amateur

Pagi-pagi lagi muntah sekali lagi. Dalam hati berbelah bahagi hendak jumpa Dr Shariza. Tetapi, kalau tidak hari ini, bila lagi? Maka, digagahkan diri juga untuk bangun dan bersiap ke sekolah. Cuba menceriakan diri sendiri. Kala itu, rasa mual masih mendominasi tekak saya. Sampai sahaja di sekolah, saya terus mengeluarkan ketidakselesaan di tekak. Epal yang dimakan masa sarapan tadi. Alhamdulillah, rasa lebih tenang.

Sesi perjumpaan dengan Dr Shariza boleh dikatakan lebih kepada sesi perbincangan kesihatan ibu mengandung. Bermacam-macam nasihat dan pengalaman yang dikongsikan dengan saya. She is very motherly! Sembang pasal hal Master mungkin dalam setengah jam sahaja selebihnya tips menempuhi alam mengandung.

Ibu yang mengandung ini banyak pahalanya. Mustajab doanya. Maka, doalah banyak-banyak. Bacalah Al-Quran banyak-banyak. IAllah ada kesan pada zuriat itu nanti. Itu antara pesan Dr Shariza yang sudah beranak empat. iAllah, kami akan mengusahakannya. Kerna, zuriat ini adalah anugerah dariNya (^^,)

p/s: Harus kuat semangat menempuhi fasa ini. Labwork kena jalan juga, tidak banyak, sedikit pun jadilah. Ya Allah, permudahkan urusanku ameen.