
4.25 am :
tiba-tiba sahaja mata terbuka luas. rasa sangat tidak selesa. kepala berpinar-pinar sehingga saya seakan ternampak ayat-ayat dalam journal yang saya baca sebelum tidur. lain kali jangan membaca sebelum tidur. apabila rasa tekak meloya dengan hebatnya, terus sahaja saya ke tandas dan akhirnya.. semua isi perut saya dihamburkan. terasa perit sangat semasa muntah. tidak suka dengan aktiviti muntah-muntah ni!. habis sakit dan kejang otot di perut dan sepanjang laluan penghadaman. walaupun begitu, saya memaksa untuk muntah lebih banyak dengan harapan tidak mahu muntah lagi lepas ini. berair-air mata menahan sakit. saya kembali tidur selepas berwudu'. moga-moga lega nanti seraya memujuk hati.
5.15 am:
saya terjaga lagi. tekak cari pasal lagi. apa lagi, terus berlari ke tandas dan . . sekali lagi saya mengalami peristiwa yang saya tidak suka itu. intensiti pengecutan otot di perut lebih kuat kali ini sehingga saya rasa sangat-sangat sakit. air mata keluar lagi menahan sakit. saya perasan kali kedua ini, terasa pahit-pahit di dalam mulut. 'sudah, takkan la bendalir hempedu ni.' dulu, saya pernah muntah sehingga keluar bendalir hempedu itu kerana tiada apa-apa lagi di dalam perut yang hendak dihamburkan. saya cuba menilik sebab-musabab kejadian muntah ini. keracunan makanan? oh, saya mula jadi takut. kerana saya tahu diarea akan menyusul kemudian.
6.20 am:
terjaga untuk solat subuh. lemah rasanya badan ini. tidak disangka-sangka saya muntah sekali lagi. tiada apa-apa lagi dalam perut, tetapi mahu juga dimuntahkan lagi. kali ini, lebih sakit! dan apa yang saya takuti jadi kenyataan. diarea. oh Allah, bantu hambaMu ini. seusai solat subuh, saya terkulai atas katil. tidak berani menjamah apa-apa hatta air kosong sekali pun.
7.30 am:
perut rasa memulas. diarea lagi.
8.45 am:
diarea dan terus diarea.
tidak ingat berapa kali saya mengalami diarea. yang pasti tidak kurang 5 kali. saya tidak bercadang ke klinik/pusat kesihatan dengan alasan tidak larat selain ingin membuat swa-pengubatan (rawat sendiri) sahaja. tetapi, malangnya, kotak ubat yang biasa saya bawa ke mana-mana tidak ada bersama ketika ini. jadi saya memilih untuk tidur dan cuba lupakan rasa tidak sedap yang saya sedang alami ini. saya membuat diagnosis untuk diri sendiri - saya adalah mangsa keracunan makanan. dan saya tahu ia berpunca dari mana. laksa di kafe yang saya beli petang semalam. sungguh, saya tidak mahu membeli di situ lagi. sistem penghadaman saya sangat sensitif terhadap bendasing yang tidak sepatutnya. apa tidaknya, di kala orang lain sihat-sihat sahaja, sayalah orang pertama yang akan mengalami tanda dan simptom keracunan makanan.
bercakap tentang keracunan makanan, ada satu peristiwa yang tersemat kuat di kepala. ketika itu adalah hari pertama pendaftaran masuk usm. entah mengapa, pada pagi kejadian tiba-tiba sahaja perut memulas dan berkali-kali saya keluar masuk tandas. mama siap menyuruh saya minum teh o pekat (dipercayai dapat merencatkan stomach spasm). setibanya di tempat pendaftaran, saya tidak mampu bertahan lama. jenuh mencari tandas. pada ketika itu, pendaftaran bukan lagi perkara utama dalam fikiran saya. akhirnya, mama yang tolong uruskan pendaftaran saya. thank you, mama. mudah sikit urusannya kerana mama memberitahu keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan itu. kedai farmasi pula tidak dibuka kerana hari Ahad.
akhirnya, mama membuat keputusan memberitahu pembantu pelajar dan bertanyakan arah ke pusat kesihatan universiti. sambil menunggu di bilik, saya terdengar sayup-sayup bunyi ambulans. pada hemat saya, mungkin ada mana-mana pakcik/makcik yang jatuh pengsan memandangkan panas sungguh pada hari kejadian. walau bagaimanapun, tidak disangka langsung ambulans itu tiba untuk membawa saya ke pusat kesihatan. ada pembantu pegawai perubatan siap bawakan kerusi roda lagi. malunya!!! saya tidaklah sekronik itu. dengan muka tiada perasaan, saya berjalan ke arah ambulans dan itulah kali pertama saya tahu keadaan di dalam ambulans. setibanya di pusat kesihatan, saya mendapat rawatan yang sepatutnya. bagus juga sebab saya tidak perlu menghadiri taklimat pelajar yang dijadualkan pada petang tersebut. mengelat!. dan alhamdulillah, malam itu saya kembali sihat cuma badan terasa sedikit lemah.
mama dan babah balik petang itu juga kerana ada kerja lain yang perlu diuruskan. dan sebelum balik, babah sempat mengusik lagi. katanya saya ini orang istimewa sampai ambulans datang. aish, memang memalukan. mujur saya tidak kenal siapa-siapa lagi ketika itu. tetapi apabila direnungkan kembali, ada hikmah di sebalik peristiwa itu. urusan pendaftaran pelajar yang meremehkan itu dipermudahkan buat saya. terima kasih, Tuhan.
dan saya berharap sakit yang saya alami sekarang adalah kafarah kepada dosa saya. barangkali ada hikmah di sebalik itu. hikmah yang tidak terlihat sekarang, kemudian barangkali. berkali-kali saya memujuk diri bahawa Allah sedang berbicara dengan saya tentang erti kesabaran dan keikhlasan. sabar menghadapi ujian dan ikhlas menerima ketentuanNya.
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”.
(QS. Al-Baqaroh : 155-157)
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641)
Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."
(HR. Bukhari)
perut saya dibiarkan kosong sehingga sekarang. tunggulah petang-petang sikit saya pujuk dia dengan sesuatu =)
p/s: mungkin juga saya mengalami masalah penghadaman makanan yang tidak teratur. stress di kala ini. akhirnya, perut jadi mangsa. boleh jadi.
8 comments:
salam, sarah..adakah diarea tu keracunan mknn??
ana pun pernah kena 3kali...2 kali kat usm, 1 kali tahun lepas...
lepas kena, mmg trauma nk mkn benda yg sama n kat kedai yg sama..
semoga ianya kifarah buat kita..
alahai..akk mmg blh fhm mcm mana rsnya bila muntah2 & cirit-birit. letih rs 1 bdn! mak akk dulu bg minum teh o pekat jgk sbb akk tak nk minum air garam yg Dr bg. takleh nk ngelat sbb mak duk tggu smpai akk hbs minum air teh tu :p. get well soon dear!
salam, akak..
mula-mula baca nota, jumpa perkataan ni : swa-pengubatan. duk tanya dalam diri : ape maknanya bila translate dalam BI eh? lepas tu, pergi kelas bawak nota tu sekali sebab lecturer ajar tajuk tu hari tu. dan, barulah saya tahu swa-pengubatan = self-medication..
-_-"
get well soon! shafakillah.
ija: diarea tu cirit birit. sepanjang kat us, ntah berapa kali sudah kena diarea..gara-gara perutku yang sensitif
kak nadiah: air garam? ha, tu mesti nak kena replace balik garam dalam badan yang dah hilang. ada orang kata minum air basuhan beras berkesan jugak. ada sapa-sapa pernah try?thank you sis.
nuha: thank you nuha. tak semua sakit boleh swa-pengubatan tau.. =)
rehydrate balik
sarah, sudah sihat? kasihannya dia keracunan makanan... lepas ni hati-hati ya makan... semoga cepat sembuh.
p/s: first tim dgr swa-pengubatab, hehe..
laa yeke.sarah selalu kena.mana la tak kurus kerings aarh.huhU~~ take care dear
jam: sudah! (^^,)
jie: alhamdulillah, dah boleh makan nasi lemak pagi tadi gara-gara lapar yang amat sangat. thanks anyway =)
izza: ahaha, tu la..makan bnyk pun tkde kesan. tq mama~
Post a Comment