
lama tidak menulis. tiga sebab. malas (jangan diikut perangai ini). kecemburuan masa. kesihatan yang tidak mengizinkan. Allah datangkan ujian sebentar. di saat ini, orang lain masih bercuti, saya sudah perlu kembali di meja belajar. ada banyak 'kerja sekolah' yang perlu disiapkan. perlu berkorban untuk kebahagiaan masa depan, insha-Allah. petang tadi sempat menyelak sebuah majalah dan suka untuk saya kongsi pembacaan saya tadi.
air dan batu. kedua-duanya diletakkan dalam sebuah plastik. andai kata ada lubang pada plastik tersebut, air pasti mengalir keluar dan batu akan terus berada dalam plastik (lainlah kalau lubang tersangat besar). itulah perumpamaan buat wanita. Allah kurniakan satu kelebihan berbanding golongan Adam iaitu kebolehan membaca bahasa jiwa. memang benar wanita mudah dibawa oleh arus emosi tetapi andai kata ianya diuruskan dengan baik, insha-Allah bisa bawa kebahagiaan kepada insan sekeliling. sesuai dengan peranannya sebagai seorang ummi kelak, memahami bahasa jiwa memang suatu keperluan bagi membaca bahasa anak-anak terutamanya yang masih tidak bisa bertutur dengan baik. di situlah akan terbit kasih dan sayang antara ummi dan anaknya. Si Adam lebih bijak berbicara dengan bahasa yang terus (direct) dan telus. tidak perlu ada kiasan kerana jarang-jarang ada yang bisa memahami maksud tersirat di balik kiasan itu. untuk Adam, memang layaklah diumpamakan seperti batu. bukan kerana mereka berhati batu. kerana bahasa jiwa mereka lebih tegar. penting untuk mereka punyai kelebihan ini agar insan di bawah pimpinan mereka akan lebih terpimpin. tegas tetapi lembut.
batu perlukan air yang berterusan mengalir untuk dibentuk lekuknya. wanita diperlukan Adam agar hidupnya lebih terurus dan sempurna. agar bisa dia menjadi pemimpin hebat insha-Allah. di belakang seorang Adam yang sukses, pasti ada seorang wanita berdiri manis yang sentiasa menyokong dan mendoakannya. kerna itu kasih sayang yang berterusan itu penting untuk kesinambungan sebuah kebahagiaan yang bisa dilanjutkan sehingga syurga, insha-Allah. air pula perlukan batu untuk menampannya andai kata arusnya terlalu deras. wanita perlukan Adam untuk memimpinnya di dunia yang penuh dengan durinya ini. agar tidak tertusuk dek duri-duri tersebut lalu terluka dan menangis. air tidak boleh menjadi batu dan batu tidak boleh menjadi air. ikutlah sahaja fitrah alami agar mengikut sunnahtullah. tidak perlu menyamakan hak air dan batu kerna hakikat mengatakan kedua-duanya berbeza. yang penting dicapai kesaksamaan dalam melaksanakan hak masing-masing. dunia pasti tersenyum bahagia.
p/s: air dan batu - saling melengkapi
4 comments:
'di belakang seorang Adam yang sukses, pasti ada seorang wanita berdiri manis yang sentiasa menyokong dan mendoakannya.'
~ suke kata2 ni ;)
moga kita di kalangan wanita yang sedang berdiri manis itu insha-Allah =)
nur mastura, agreed with u.
moga2 sarah dpt suami soleh dunia akhirat ameen ;)
ameeeeeenn (^^,)
Post a Comment