Pages

20 December 2007

di sebalik suatu aidil adha

'allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar,
la ilaahaillahu wallahu akbar,
allahu akbar walillahilhamd..'

kali ini gema itu bertakbir sekali lagi di langit. pujian dari insani buat Rabbul Izzati. salam eidul adha buat sekalian Muslim di seanterio dunia. raya bukan sekadar raya. ada hikmah tersirat yang perlu direnungkan dan difahami maksudnya. hari raya korban yang disambut pada 10 zulhijjah setiap tahun adalah simbolik kejayaan Nabi Ibrahim menyahut seruan Ilahi meskipun terpaksa mengorbankan insan yang tersayang yakni anaknya, Nabi Ismail. Nabi Ibrahim meskipun teruji dengan perintah tersebut, namun baginda terus redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan atas dasar cintanya yang mendalam terhadap yang Esa. seperti mana yang diketahui, Nabi Ibrahim a.s adalah seorang pesuruh Allah yang sangat taat dan kuat ikatan cintanya pada Yang Esa. setelah kehadiran Hajar dan keputeraan Nabi Ismail, lantas ketulusan cintanya itu diuji Allah dengan menjalankan perintah menyembelih anaknya, Ismail. dan ternyata perintah itu tidak menggugat sedikit pun keikhlasan cinta Ibrahim pada penciptanya. Nabi Ismail yang mengetahui akan perintah tersebut dengan rela hati berbaring di tapak penyembelihan untuk dikorban kerana ada kefahaman dalam dirinya bahawa perintah yang diturunkan itu bukanlah suatu mainan. Nabi Ismail juga turut berjaya melepasi ujian maha hebat itu. andai kita di tempat mereka, adakah langkah yang kita ambil sama seperti kedua-dua pesuruh Allah ini. wallahu'alam. tetapi, intipati yang dapat kita ambil sebagai pengiktibaran buat penyuluh hati adalah betapa sebenarnya cinta terhadap Allah mengatasi segala-galanya. kita manusia yang lemah dan mana mungkin cinta kita setanding cinta Rabiatul Adawiyah yang bila dia beristighfar, dia mengatakan aku perlu beristighfar untuk lagi. sama-samalah kita belajar berdikit-dikit untuk menyuburkan rasa cinta dan sayang kita padaNya. cuba renungkan nikmat yang ada di sekeliling kita, jadikan mati itu sebagai suatu peringatan dan cuba cari mardhatillah dalam apa jua yang kita lakukan. mungkin dengan cara ini hati kita akan tersemai dengan rasa kasih sayang pada yang sepatutnya. mudah-mudahan hati yang sering rapuh dengan sogokan duniawi bakal menemui penawar apabila cinta hakiki dicari dan ditemui. moga diri ini dapat menghayati sedalamnya iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. pengorbanan yang tiada tandingnya. apalah sangat pengorbanan yang dilakukan sekiranya tidak balik beraya bersama keluarga seperti apa yang sedang dilalui sekarang?cuma di minda terbayang-bayang wajah gembira mama, babah dan warga 43 yang lain sedang makan dan riang bersama di hari raya. barangkali, inilah ujian kecil dariNya buat diri hina ini bagi mengistilahkan maksud pengorbanan yang dipelajari. Ya Rabbi, berikanku dan sahabat-sahabat yang lain kekuatan dan kesabaran dalam perjuangan kami menagih ilmu dariMu. ameen

+ + + selamat hari raya aidil adha + + +

1 comment:

Anonymous said...

ameen..berikan kami kekuatan itu ya ALlah.

 

Template by BloggerCandy.com