Pages

29 March 2008

ia bukan kebetulan lagi

tidak beberapa lama lagi final exam!dan ada beberapa lagi report yang kena submit. aish, tiba-tiba je rasa 24 jam tidak mencukupi. hmm, iALlah. Dia pasti membantu. Ya Rabbi, lancarkan segala urusan harianku dan sahabat-sahabatku yang lain.

pagi tadi berkesempatan ke AGM PMI kali ke-38. rasa sayu sebab tiada peluang sebegini lagi nanti. 4 tahun bergelar ahli PMI - suatu kenangan manis yang sukar dilupakan. too much of sweets and sours. banyak skill baru yang diperoleh throughout the years. dan AGM PMI kali ini yang paling lama pernah saya lalui sebagai ahli PMI. kenapa? saya dan sahabat-sahabat di kerusi belakang yang tahu =)

habis sahaja AGM, mastura (our MPP) ajak saya dan amirah ke walimah tuan umar + kak liyana. kedua-duanya senior kami. awal-awal lagi kami memang merancang ke walimah tu tetapi disebabkan masalah transport, saya dengan mirah terpaksa menghazafkan rancangan kami tu. dan ajakan daripada mas adalah satu bonus buat kami. alhamdulillah. dengan baju yang serba biasa tu, kami berpeluang juga menjenguk kedua mempelai tu. i was so happy to see the newly wed. rasa gembira yang tidak terkata. congratulation guys!may Allah reward both of you with happiness in dunia wal akhirah. ameen. bila pula turn saya ya? hmm, let Allah decides ;P

'hidup dan nasib boleh kelihatan tidak teratur, misteri, hebat dan sporadik namun setiap elemennya adalah subsistem keteraturan dari sebuah rekabentuk holistik yang sempurna. menerima kehidupan bererti menerima kenyataan bahawa tidak ada hal sekecil apa pun yang terjadi kerana secara kebetulan. ini adalah fakta penciptaan yang tidak dapat disangkal'

diinterpretasi dari pemikir agung, Harun Yahya.
Prakata: Edensor

terima kasih (^^)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com