saya seakan ternampak jalan panjang di hadapan saya. tetapi saya tidak tahu ke mana hala jalan itu. dan di tengah-tengah perjalanan itu saya seakan ternampak insan-insan yang akan bersama saya. keluarga, sahabat-sahabat. saya amat berharap saya dapat memilih jalan yang yang diredaiNya. saya tidak mahu sesekali futur dari jalanNya. saya tidak mahu futur dari perjuangan ini. kerana saya ingin mencari FirdausNya, di dunia dan di akhirat. saya memohon saya dan sahabat di luar sana terus kuat dan tabah menyumbang kepada Islam. apalah guna kita menjadi seorang Islam tanpa sebarang sumbangan kita buat ad-Deenul-Haq ini. jangan kita menjadi golongan pelampau dalam perjuangan kerana ianya tidak akan kekal lama. dan jangan juga kita menjadi golongan yang membiarkan agamanya dipukul badai tanpa ada rasa sensitiviti di jiwa. jadilah golongan yang memelihara agamaNya, nescaya Allah akan memelihara kita kembali.
3 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment