Pages

26 June 2008

si tukang jahit hingusan

rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang tukang jahit. dan inilah kemahiran baru yang cuba saya asah. ibu saya memang tidak pandai menjahit tetapi keluarga ayah saya mempunyai darah 'tukang jahit'. atas dasar itu, saya mencuba, mungkin saya mewarisi kemahiran tersebut (walhal tidak masuk akal langsung teori ini!). saya boleh menjahit (mesin elektrik, jadi senanglah!) tetapi untuk memotong kain, memang pengetahuan saya sifar. hmm, bukan senang-senang boleh potong. perlu ada cara dan ikut potongan tertentu agar kain tidak dibazirkan/tidak cukup. syukurlah, sewaktu saya mencari-cari kelas menjahit dalam dunia maya tempoh hari, pencarian saya berhasil. saya banyak belajar dari halaman ini). untuk peringkat permulaan, saya hanya menggunakan kain 'cotton'. floral pattern yang sememangnya saya gemari. ala-ala Inggeris. dan alhamdulillah, baju pertama yang saya jahit sendiri siap akhirnya. asalnya mahu dibuat baju kurung tetapi disebabkan ada masalah di pesak, saya modifikasi baju tersebut menjadi baju-yang-saya-pun-tak-tahu-nama-apa. tapi sekurang-kurangnya saya berjaya mencipta fesyen baru!dan hari ini, saya mencuba untuk menjahit sehelai baju kurung, dan alhamdulillah menjadi! cuma saya masih kurang berpuas hati dengan jahitan itu. takpe, cuba lagi. apa-apa yang kita buat dalam kehidupan ini, mesti kena ada kesungguhan. tanpa kesungguhan, mana mungkin kita gapai bintang yang kita impikan di atas, bukan? =p

ah, penatnya badan saya!

4 comments:

azizah said...

sarah!!!
i'm s proud of you... sempat lagi tak nak tempah baju raya ni? kalau dapat hantar 2-3 pasang pun cukuplah =p

sarahfazalul said...

haha, bole je. cuma saya takut nnt jadi lain pulak baju awak. tunggu la saya dah mahir nnt, saya akan jahit percuma untuk awak ok? =)

azizah said...

hehe... berlatihla rajin2...nanti dah cekap boleh ajar saya pulak...
isn't is better to teach a man how to fish...? but a few free fishes won't hurt =p

alamanda said...

teruskan sarah. berbaloi usaha tu.

 

Template by BloggerCandy.com