Pages

23 June 2008

help me, sister!

Di sebuah terminal bas di Bahgdad

Gadis A: Hmm, bas kita sejam lagi baru sampai. baik kita pi duduk kat mana-mana dulu.
Gadis B: Jom duduk kat situ (sambil menuding jari ke arah sebuah kerusi panjang)

Baru sahaja mereka melabuhkan punggung, tidak semena-mena datang seorang kanak-kanak perempuan kecil usianya kira-kira 5 tahun barangkali menghampiri mereka.

Kanak-kanak: Kakak..(sambil menadah tangan)

Gadis A memandang Gadis B lalu berpaling ke arah kanak-kanak perempuan itu sambil menggeleng kepala.

Kanak-kanak : Tolonglah kak. Tolong saya kak..

Gadis A tetap sahaja bermuka selamba dan buat tidak endah. Bukannya dia tidak mahu memberi, tetapi dia tidak percaya kanak-kanak perempuan itu. Barangkali dia digunapakai oleh sindiket penipuan.Lantas, Gadis B mengeluarkan not RM5 lalu meletakkannya di atas tangan kanak-kanak itu.

Gadis B: Hmm, duit ini akak bagi untuk adik. Bukan diberi kepada orang lain. Untuk adik makan atau apa-apa sahaja yang adik nak. Ok?

Kanak-kanak: Terima kasih, kak (sambil bersinar cahaya wajahnya). Semoga Allah membalas akak dengan ganjaran yang lebih baik.

Tentu sahaja kalian pernah mengalami peristiwa di atas. Sambil menunggu bas, ada sahaja orang yang datang minta sedeqah. Sebagai contoh di Pulau pinang. Sepanjang perjalanan kita menaiki feri di jeti sehinggalah ke terminal bas di Butterworth, terlalu ramai yang datang meminta simpati dari kita. Ada yang bermurah hati terus sahaja menghulurkan sedikit wang dan ada yang tidak mahu mengendahkan langsung. Bagi golongan yang tidak mahu memberi langsung, barangkali ada dua sebab:
1) Sememangnya dia seorang yang kedekut.
2) Dia tidak mahu menggalakkan budaya meminta di kalangan peminta jalanan ini sebaliknya ingin mereka berusaha untuk hidup mereka.

Dalam situasi sebegini, kita ada dua pilihan. Pertama, sekiranya orang tersebut sekadar menadah tangan meminta, tidak mengapa kalau kita tidak endahkan sahaja (cuma hati kita yang akan berasa serba-salah. Kalau begitu, keluarkanlah sedikit wangmu yang banyak itu). Kedua, sekiranya peminta jalanan ini merayu pada kita, JANGAN SESEKALI KITA MENOLAK. Keluarkan wang seringgit dua agar dapat menyalakan kembali sinar harapan dalam diri mereka. Tetapi perlu diingatkan, sekiranya kita tahu yang mereka ini terlibat dalam sindiket penipuan, pada pendapat saya boleh abaikan sahaja (pastikan betul-betul ia adalah sindiket). Paling senang, laporkan pada pihak berkuasa tempatan.

Sebenarnya, memang ada insan yang betul-betul kesempitan dalam hidup yang menyebabkan mereka terpaksa meminta. Bagi kita yang mampu, hulurkan sedikit bantuan. Cuba kita bayangkan, seorang hamba yang meminta dari Allah tetapi Dia tidak melayan langsung permintaan kita. Sudah tentu kita akan berasa terseksanya jiwa raga. Begitulah juga apa yang berlaku pada peminta jalanan yang betul-betul tidak mampu ini. Harapan kita, dengan bantuan yang sedikit cuma itu, akan dapat meringankan beban hidupnya dan dia dapat berusaha sendiri untuk hidupnya. Dan perlu sangat kita bersyukur dengan limpahan nikmat yang ada pada kita. Kita mungkin tidak kaya seperti Donald Trump ataupun Syed Bukhari, tetapi rezeki yang kita ada itu memadai untuk kita. Takut-takut nanti, kalau terlebih kaya, kita tergolong dalam golongan yang takbur pula. Nau`zubillah.

Para sahabat r.a. juga pernah mengalami situasi sedemikian rupa. Sebagai contoh, Abu Bakar As-Siddiq. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang datang mengetuk pintu rumahnya untuk meminta sedikit pertolongan (saya tidak pasti pertolongan dalam bentuk apa). Abu Bakar menolak permintaan itu. Tetapi tidak lama kemudian, beliau kembali ke rumah lelaki yang mengetuk pintu rumahnya tadi sambil bertanyakan pertolongan yang diminta. Maka lelaki itu yang sedikit kehairanan menyoal Abu Bakar akan tindakannya itu. Lantas sahaja Abu Bakar memberitahu yang beliau tidak sanggup dipalingkan muka oleh Allah ketika beliau memohon pertolongan.

Akhirul kalam, suka saya memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

Daripada Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Tangan yang bahagian atas (yang memberi) adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah (yang menerima). Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu (yang wajib dinafkahi)."

Ayuh, kita banyakkan sedeqah. sesungguhnya satu sedeqah yang kita berikan, 10 ganjaran yang kita akan terima. dan salah satu amalan yang berpanjangan pahalanya hingga ke akhirat kelak adalah sedeqah jariah.

p/s: perbetulkan saya sekiranya ada salah dan silap. wallahu'alam

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com