Pages

24 June 2008

saya mahu jadi limau manis!


Hazrat Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti lebih manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran adalah seumpama buah peria pahit, buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang yang munafik yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga 'raihanah'; berbau harum tetapi berasa pahit."

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)

Buah limau manis - kulitnya sahaja ada aroma yang bisa menenangkan, kalau tidak mana mungkin akan ada wangian dari limau, sabun mandi berbau limau dan entah apa-apa lagi barangan kosmetik lain. Kulit limau itu sendiri ada tarikannya sendiri, wangian yang semerbak. Ditambah pula isinya yang manis yang bisa memuaskan hati para penggemarnya. dan buah limau sendiri ada manfaatnya dalam kesihatan misalnya untuk melancarkan penghadaman, mewangikan mulut, mencuci perut dan macam-macam khasiat lain. Dan begitulah juga seperti yang dimaksudkan oleh hadith di atas. Orang yang sentiasa membaca Kitabullah adalah kelompok manusia yang ada akhlak yang terpuji, kesan daripada ayatullah yang menyebabkan orang lain bisa rasa bahagia dan tenang bila bersamanya. Wahyu Ilahi itu sendiri yang mencuci roh manusia yang sentiasa menyebut nama Tuhan sehingga bersih sehingga dapat dibezakan yang hak dan batil. Dan kalimah suci Tuhan ini sentiasa digunakan dalam dunia perubatan Islam untuk tujuan pencucian hati serta mengusir segala gangguan makhluk halus. Ayuh, kita jadi manusia yang suka dan cinta membaca Al-Quran (dan lebih baik jika kita memahami maknanya). jangan pula jadi manusia yang hanya suka makan buah limau manis tanpa mengambil pengajaran darinya =p

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com