Pages

27 June 2008

manusia = robot Tuhan

lewat malam semalam, sewaktu sesi ta'alim bersama famili, babah memberitahu sesuatu yang telah membuatkan saya terfikir sejenak selepas itu. kenal robot bukan? manusia yang mencipta robot berserta dengan alat kawalan jauh. dan penciptaan robot oleh manusia dikatakan untuk memudahkan kehidupan manusia sendiri. kalau disuruh ke kanan, robot harus ke kanan dan sekiranya disuruh ke belakang pun robot akan berbuat demikian. inilah kuasa alat kawalan itu. hal yang sama juga berlaku pada manusia. Allah menciptakan manusia tetapi semata-mata untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka ini supaya dapat ditadbir dengan bijaksana. dan dalam penciptaan manusia itu, segala peraturan telah Allah tuliskan. siapa lagi yang memahami fitrah insani kalau bukan penciptanya, kan? manusia dikurniakan oleh akal supaya dapat berfikir hikmah setiap peraturan yang telah terbentang depan mata, bukannya seperti robot yang mengikut semata-mata. tetapi apabila nafsu dan syaitan menguasai manusia, sudah tentu segala peraturan tersebut dilanggarnya. nafsu memainkan peranan paling penting sementara sang syaitan hanya memberi sokongan padu dalam merosakkan manusia. apa perasaan kita sekiranya robot yang kita cipta tidak menurut kemahuan kita? sudah tentu kita sangat marah. Allah juga murka pada mereka yang tidak menurut peraturanNya tetapi Allah Maha Penyayang. masih diberikan jalan keluar untuk membetulkan kesilapan dengan harapan beroleh keampunan darinya tetapi manusia masih alpa dan terus-menerus melakukan kesalahan. oh Tuhan, ampunkanku. kerapkali juga kita pening dengan masalah-masalah yang kita hadapi di dunia contohnya duit belanja tidak masuk, masalah cinta, masalah pelajaran, masalah di tempat kerja dan entah macam-macam lagi masalah. tetapi kalau kita fikir kembali, semua itu bukanlah masalah langsung kerana semuanya ada jalan penyelesaian. hakikat masalah sebenar adalah ketika kita menghadapi sakaratul maut dan penghidupan kita selepas itu yakni di dalam kubur, di Padang Mahsyar dan di dunia abadi. ketika itu, semua masalah yang kita hadapi tidak ada langsung jalan penyelesaian. semuanya sudah terlambat. ketika itu tidak ada apa lagi yang membantu kecuali amalan kita dan rahmat Ilahi. ya, itulah masalah yang sebenar.

dan perkara itulah yang membuatkan minda saya termanggu-manggu. selama ini suka benar saya bersungut dan bersedih dengan masalah yang ada di sekeliling hidup saya. dan kerapkali saya bersedih akannya. hmm, sebenarnya, ada masalah yang lebih besar patut saya risaukan. bukannya masalah kecil yang hanya memaniskan dan memahitkan hidup. hmm, iAllah mulai dari saat ini kita cuba berhijrah. kerana kuasa hjrah kuasa untuk berubah! dan elok sungguh jika kita jadi 'robot' yang patuh pada tuannya, bukan?

2 comments:

azizah said...

banyak benarnya tulisan awak ni sarah...

mengingatkan masalah sebenar yg menanti kita juga boleh buat kita lupakan kesedihan asbab 'kekurangan harta' dan 'kelewatan mengambil peluang' etc etc...

banyak yg kita dapat kan? mari kita banyakkan bersyukur daripada bersedih-sedih utk pekara yg kita belum dpt lagi...

sarahfazalul said...

ye, saya setuju dengan kata-kata doktor azizah..

 

Template by BloggerCandy.com