dengan nama ALlah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
alhamdulillah, hari ini saya diberi kekuatan olehNya untuk meneruskan kehidupan normal. semalam seharian saya sakit belakang yang mana pergerakan saya terbatas. dan syukur, hari ini rasa sakit itu berkurangan. dan ini membolehkan saya menghadiri Konvensyen Penghayatan Islam. seharian saya di Dewan Tunku Syed Putra, mengikuti satu persatu perbincangan kertas kerja. pada sebelah paginya, majlis perasmian pembukaan minggu penghayatan islam anjuran Persatuan Mahasiswa Islam USM diadakan terlebih dahulu. konvensyen hanya bermula pada jam 11 pagi. kertas kerja pertama dibentangkan oleh Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan, seorang doktor perubatan yang kini bertugas di hospital kangar. tajuk yang dibentangkan adalah Islam Cara Hidup yang Sempurna. ya, tajuk ini kelihatan biasa tetapi isi yang dr jamnul sampaikan luar biasa. antara ringkasan yang saya boleh titipkan adalah betapa peri pentingnya 'continuos learning' dalam seorang individu Muslim dalam menelusuri hidupnya. dr jamnul turut mengupas tentang isra' mikraj dari perspektif yang berbeza yang mana memberi pemahaman baru buat saya hari ini. seterusnya, pembentangan diteruskan oleh dr Danial Zainal Abidin yang juga merupakan seorang doktor perubatan lulusan university of alexandria. dr danial mengupas tentang "keserasian Islam dan Sains" yang mana dalam konteks ini Al-Quran seharusnya dijadikan kajian saintifik utama. dr danial tidak jemu-jemu mengingatkan audiens yang majoritinya terdiri daripada pelajar supaya tidak mengaji semata-mata tetapi mengkaji kerana dengan kajian-kajian ilmiah inilah yang akan mencungkil lebih banyak penemuan saintifik dalam al-quran itu sendiri. masya'Allah, saya kagum dengan beberapa contoh individu yang diceritakan oleh dr danial yang mana akhirnya mereka dengan lancarnya mengucapkan kalimah agung setelah bertahun-tahun mengkaji al-quran. saya terfikir, saya sebagai muslim selam 23 tahun ini, pakah saya pernah mengkaji sesuatu yang diceritakan dalam al-quran?jauh sekali. astaghfirulllah. saya perlu melakukan sesuatu nampaknya.
di sebelah petang, konvensyen diteruskan dengan forum penghayatan al-quran dan sunnah dalam pembinaan modal insan yang mana ahli panelnya cukup hebat yang terdiri daripada dr jamnul azhar, uts jailani (seorang peguam) dan tuan haji dr ellias zakaria (seorang pensyarah yang tidak asing lagi di bumi minden. sungguh, saya sangat mengangumi ustaz ellias sejak dahulu lagi). forum pada petang tadi sebenarnya menjadikan saya lebih bermotivasi dalam menjadi muslim yang cemerlang. al-quran sering kali menceritakan kecemerlangan orang Islam andaikata adanya iman di dada. antaranya adalah dalam surah a-mukminun ayat 1-11. banyak lagi isu yang dibincangkan membuka minda saya kepada sesuatu yang lebih realistik tetapi tidak dapat saya huraikan di sini lantaran agak keletihan. tetapi, iAllah andaikata ada kesempatan, saya pasti akan berkongsi bersama.
sebelah petangnya, seusai solat asar, saya berusrah pula dengan adik2 first year. semalam saya terlepas sesi usrah saya bersama naqibah saya lantaran tidak sihat. minta maaf kak izza. dan malam ini, saya perlu siapkan case report saya yang agak kompleks itu. esok pagi pula, saya perlu mengendalikan satu usrah lagi bersama sahabat sebaya. jadual yang padat perlu mengajar saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan tidak bertangguh.tetapi, segala-galanya bergantung padaNya. Ya Rabb, bantulah hambamu ini. permudahkanlah urusanku yang sukar. jadikanlah amalanku amalan yang mendapat keredhaanmu.ameen
"jangan biarkan sehari berlalu tanpa bekerja untuk Islam.."
1 comment:
=)
Post a Comment