Pages

23 February 2008

kerna itu

“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”
(ustaz hasrizal)

kerna itu saya membiarkan diri saya sibuk sejak alam persekolahan dan ternyata di kampus, kesibukan itu menjadi lebih ketara. namun, saya tidak merasa sedikit kerugian pun kerna intipati yang saya peroleh berganda-ganda berbanding pengorbanan masa yang dilakukan. syukur padaNya kerna membiarkan saya berada di jalan ini. dan bukan tidak pernah saya terjatuh dalam jurang cinta insani, tetapi alhamdulillah ia hanya sesuatu yang tidak kekal lama dan tidak dapat dizahirkan buat masa ini. mungkin pada suatu masa nanti, pada waktu yang paling sesuai. dan di ketika ini, ada beberapa misi hidup yang saya ingin penuhi terlebih dahulu. moga saya dan kalian semua adalah anak-anak muda yang kuat semangat jiwanya untuk terus berjuang di jalanNya. insha-Allah.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com