
hari ini hari gaji. hampir saya tidak perasan tentang berita paling menggembirakan orang-orang yang bekerjaya. mana tidaknya, minggu ini sangat sibuk. tidak sempat menilik tarikh keramat itu (^^,). ok, apabila berbicara tentang gaji, suka saya berkongsi tentang keberkatan wang gaji yang kita peroleh. perasan atau tidak, kadang-kadang kita rasa cepat sangat duit gaji kita habis, tidak sampai lagi akhir bulan. entah ke mana ia mengalir. kalau kita alirkan pada laluan yang betul alhamdulillah tetapi jika sebaliknya - tanyalah diri kembali. cuba kita tilik kembali sepanjang kita bekerja untuk tempoh sebulan itu, ada atau tidak waktu tertentu yang kita culas dengan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kita? mungkin masa rehat yang diberikan setengah jam kita panjangkan sehingga 1 jam dan mungkin juga ada aktiviti bantu-membantu 'punch card' sesama rakan sekerja. tidak termasuk lagi mungkin ada barang-barang pejabat yang kita gunakan untuk kepentingan peribadi, malah lebih teruk lagi kita bawa pulang ke rumah. waktu solat - adakah dijaga? pergaulan sesama insani - ada batasan atau tidak? mungkin pada sesetengah orang, perkara sebegini remeh-temeh tetapi perkara halus sebeginilah yang sebenarnya boleh mengganggu-gugatkan keberkatan rezeki kita. saya teringat seorang pensyarah semasa di zaman kampus dahulu. dia sangat menitikberatkan hal sebegini. anak-anaknya selalu menggunakan kertas A4 di biliknya dan biasanya di akhir bulan atau suatu tempoh, beliau akan menggantikannya semula dengan wang sendiri. katanya, dia tidak boleh bertoleransi dalam hal sebegini meskipun 10 sen, dia akan tetap langsaikan juga. jadi, tidak mustahillah rezekinya melimpah ruah walhal orangnya biasa sahaja. mungkin di situ ada keberkatan rezeki. selain itu, katanya dalam apa jua yang kita lakukan, datangkan sifat ikhlas insya-Allah kita akan beroleh pengakhiran yang baik. jadi apa lagi? yuk kita kerja sungguh2, ibadah pun bersungguh2 juga. mencari keberkatan dalam hidup bukan mudah, tetapi cubalah. good luck!
p/s: 2 bulan lagi sahaja boleh terima gaji. huhu
No comments:
Post a Comment