Pages

28 July 2009

jalan

sejak 'attach' di cpf, saya asyik berjalan. menarik walaupun saya agak bosan kerana bukan saya yang memandu. semalam sahaja saya ke jitra untuk menyaksikan satu kes sebutan di Mahkamah Jitra. pertama kali memasuki ruang mahkamah. hakimnya muda sungguh. bayangan saya, hakim adalah seorang yang sudah berumur dengan sedikit uban di kepala, bercermin mata dan serius mukanya. kes itu melibatkan seorang pakcik Cina tua yang disaman atas kesalahan membawa ubat-ubatan yang tidak berdaftar dari Thailand ke Malaysia dengan tujuan untuk menjual di pasaran sini. ini adalah kes tahun 2005. pakcik itu mengaku bersalah dan atas rayuan pihak peguam pembela, pakcik yang sudah tua ini hanya dikenakan denda RM500. kalau mengikut akta sebenar, denda yang boleh dikenakan mencecah sehingga ke RM30, ooo serta penjara. sebuah kisah di mahkamah yang menarik. terima kasih kepada en zool dan mr seen leong yang membawa saya. tidak sampai sejam saya tiba di alor star, miss lau mengajak saya mengikutinya ke kulim, sungai petani dan padang serai untuk menyerahkan saman kepada individu terlibat. saman yang dimaksudkan di sini adalah surat panggilan ke mahkamah. menarik kerana ada prosedur tertentu sebelum menyerahkan surat saman. hmm, lain kali kalau tidak mahu disaman, jangan buat salah.

petang itu pula bergegas ke Sala Klasik untuk aktiviti berbuka puasa bersama housemates (terima kak azmah kerana membelanja kami.lain kali boleh belanja lagi)

p/s: malam itu, ter'syahid' dengan awalnya. (^^,)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com