sedar tidak sedar, ramadhan sudah pun menjengah ke fasa yang ketiga. sungguh, saya rasakan perjalanan masa semakin cepat dari sehari ke sehari. adakah kesibukan yang mendampingi saya sehingga tidak sedar setiap detik berlalu tanpa menunggu saya atau saya sendiri yang terleka? wallahu'alam. moga-moga masa yang ada saya telah manfaatkan. jumaat lepas, kami berkesempatan ke menara zakat untuk mengikuti kuliah jumaat seperti biasa. pengisian kali ini benar-benar memberi kesan kepada saya. kuliah yang disampaikan oleh ustaz yusuf dan ustaz ahmad abdullah itu benar-benar santapan rohani yang baik buat kami. here, i share some with you guys.
Ada 7 perkara yang Nabi saw tidak pernah tinggal:
1. solat malam - dari solat malam itu sebenarnya kita beroleh kekuatan dalaman yang tidak terjangkau dek minda
2. tadarus dan tadabbur al-Quran sebelum terbit fajar
3. masjid - sesiapa yang jadi tetamu Allah di dunia, dia akan menjadi tetamu Allah di syurga kelak
4. solat sunat Dhuha - itulah kunci segala rezeki. akan datang rezeki yang tidak disangka-sangka. rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi kemudahan dalam menjalani urusan
5. berwudu' - kebersihan diri akan sentiasa terjaga. selain itu, malaikat akan turut mendoakan kita. selain itu, dengan berwudu' atau bertayamum, kesombongan kita sebagai hamba dapat disingkirkan
6. sedeqah - infaklah sebanyak mungkin. Allah sahaja yang akan beri ganjarannya
7. istighfar - dengan istighfar, kita dapat menolak bala. moga-moga dengan berkat istighfar itu, Allah akan anugerahkan apa yang kita mahu
ada lagi yang akan menyusul selepas ini iAllah. selamat mengabdikan diri buatNya. menangislah sepuas-puasnya memohon keampunan dariNya.

p/s: saya telah membuat suatu keputusan yang benar-benar menyedihkan saya. tetapi, mungkin itulah keputusan yang terbaik. moga siapa sahaja individu yang terlibat memahami keputusan saya ini. bukan maksud untuk menyakiti. ia adalah untuk kebaikan bersama. Ya Allah, tegarkan hati hambaMu yang rapuh ini. .
No comments:
Post a Comment