Pages

6 October 2009

a year has gone

(bunch of my good friends in kedah during kak norazusi'z wedding, my ex-housemate)

setahun telah berlalu. semalam, 5 oktober 2010, genaplah setahun saya sebagai seorang 'house pharmacist'. alhamdulillah, saya berjaya melepasinya walaupun bermacam-macam dugaan yang menguji saya sepanjang setahun itu. setahun di kedah benar-benar mengajar saya erti hidup. ada banyak pelajaran hidup yang saya dapat. ada pelbagai kerenah manusia yang saya perhatikan. saya sangat bersyukur pada Tuhan kerana mengizinkan saya merasai kehidupan setahun ini. banyak kali saya menangis kerna tidak sanggup menanggung ujian yang ditimpaNya buat saya, tetapi hari ini saya sedar yang ujian-ujian itu mendidik saya menjadi seorang yang lebih kuat dan yang lebih tegar jiwanya. banyak pengalaman menarik di bumi kedah tetapi biarlah saya sematkan di ingatan saya sahaja. untuk hari-hari terakhir di kedah, ingin saya gunakan sepenuhnya bersama kawan serumah saya. merekalah yang banyak memberi semangat kepada jiwa saya secara tidak langsung. kerna kami ada satu persamaan yang jarang-jarang yang boleh ditemui.

p/s: hari ini saya sudah pencen! saya akan bergelar pelajar semula selepas ini. oyeah!

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com