saya mulakan entri dengan ucapan:
'baraka Allahu lakuma wa baraka ‘alaikuma waja ‘ala bainakuma fil khair'
selepas sambutan raya aidiladha, sibuk pulak dengan memenuhi jemputan walimah sahabat-sahabat. hari ini sahaja ada tiga kenduri kahwin. (semua orang sudah mula menamatkan zaman bujang..huhu). Selamat Pengantin Baru buat Siti Afzan Ilanee, kawan sekelas saya semasa belajar di Kolej MARA Kulim dahulu. kendurinya nun di kelantan. moga kalian bahagia hingga ke syurga. Mabruk 'alaik buat Kak Aza, senior saya di USM dulu. saya paling ingat Kak Aza mengajar peserta program untuk bersilat di kala pagi buta untuk slot riadah. =) moga Kak Aza dan suami bahagia sampai syurga. dan yang paling menggembirakan, selamat bertukar status buat kawan sekolah rendah saya, Ainun Fadilah.
sungguh, saya teruja untuk menghadiri majlis dia. tidak disangka-sangka langsung, saya bisa bertemu Ainun setelah hampir 10 tahun terputus khabar. mujur Hidayah (kawan sekolah rendah) memberitahu saya. apa lagi, terus saya hubungi Ainun. ternyata, gadis yang ceria dan 'boyish' sedikit masa sekolah dulu sudah berubah. semakin manis dan telah menjadi isteri orang pun. saya hanya mampu tersenyum panjang melihat senyum dia di hari bahagianya. manis sungguh dia! Ainun pernah bercerita tentang kehidupan getir dia sewaktu zaman sekolah dahulu. bayangkan, sewaktu darjah 6 dulu, dia sudah perlu memasak untuk adik-adiknya (mak dia meninggal dunia sewaktu dia masih kecil lagi). di usia 12 tahun itu, dia sudah melatih diri dia menjadi gadis yang dewasa. memang kami yang menjadi kawannya tidak dapat mengerti perasaan dia ketika itu tetapi memadailah kami menjadi tempat dia meluah rasa. kali terakhir saya jumpa dia adalah semasa tingkatan 4. dengan uniform pengawasnya. selepas saya berpindah ke seratas, kami terputus hubungan. dan alhamdulillah, hari ini dia telah bergelar sebagai suri di hati seorang adam. moga kebahagiaan terus memayungi dia. ameen. di kenduri Ainun ni juga, saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang rakan TMGS dulu - syirin nadia, linda, kamariah. semuanya dah dewasa, cantik-cantik dan bekerjaya. how time flies so fast!
inilah namanya kehidupan. ada banyak peringkat hidup yang perlu dilalui. apa-apa jua laluan yang bakal diharungi nanti, doalah agar semuanya mengikut percaturan Tuhan. Tuhan yang memegang semua rahsia. pesan seorang rakan saya, janji Dia tepat. doa supaya kita bisa jadi hambaNya yang istimewa. moga kita beroleh kebahagian yang hakiki. ameen ya Rabb!
p/s: kalau pernah tengok Ketika Cinta Bertasbih, saya paling suka babak Azzam dan Furqan menyebut 'Ameen ya Rabb'. comel sungguh adik-adik ni =p
p/s: kalau pernah tengok Ketika Cinta Bertasbih, saya paling suka babak Azzam dan Furqan menyebut 'Ameen ya Rabb'. comel sungguh adik-adik ni =p
3 comments:
selamat pengantin baru untuk kawan-kawan akak! eh, tak datang kelantan? :D
hehe, teruja kan bila dapat jumpa semula kawan yang dah lama lost contact?
sarah bila pulak? ehe..
nuha: akak nk dtg kelantan, tp ada halangan lain la..next time, ya? mmg teruja jumpa diorang.super excited..=p
kak nadiah: doa2kan la untuk sarah. agar bisa join group akak =)
Post a Comment