pada suatu masa dulu, saya sangat fobia untuk bertemu doktor gigi. puncanya kerana jururawat pergigian sewaktu saya bersekolah rendah dulu garang orangnya. malah, sewaktu pemeriksaan gigi dijalankan, kasar sungguh cara pengendaliannya. ada seorang rakan saya nyaris-nyaris terkoyak gusinya gara-gara sikap jururawat tersebut. berdarah-darah mulut dia. terus saya menjadi fobia. saya hanya akan bertemu doktor gigi bila keperluan melebihi kehendak. tetapi, Allah lebih hebat. dijodohkannya saya supaya duduk serumah dengan doktor gigi sewaktu saya bekerja di Alor Star. dua orang doktor gigi menjadi teman serumah saya. saya bercerita tentang kefobiaan saya. teman serumah saya hanya tersenyum. kata mereka, penting untuk pengendalian pemeriksaan gigi yang betul sewaktu zaman kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunya kes fobia seperti saya ini. walau bagaimanapun, fobia saya beransur hilang dek seronok mendengar cerita mereka dari sehari ke sehari. banyak perkara baru berkaitan gigi yang saya peroleh. antaranya adalah pembersihan gigi atau nama lainnya 'teeth scaling'. so, apa dia sebenarnya proses ini?
'Teeth scaling' adalah satu proses untuk menyingkirkan tartar/kalkulus dari permukaan gigi. kalkulus/tartar merujuk kepada plak gigi (sisa makanan) yang telah mengeras atas permukaan gigi. ia juga boleh terbentuk pada permukaan gusi dan menyebabkan iritasi seterusnya gusi akan membengkak. Pembentukan tartar ini boleh juga mengakibatkan kaviti (pereputan gigi). Tartar ini pula mudah menyerap 'stain' terutamanya dari kopi atau teh. Jadi, tidak putihlah gigi nanti =)
Proses 'scaling'tempoh ini membuat 'scaling' ini tidaklah terlalu lama. dalam 15-30 minit siaplah. bergantung kepada struktur gigi masing-masing. sungguh, pertama kali saya membuat 'teeth scaling', takutlah juga sebab tidak tahu langsung apa prosedurnya. tetapi, selesai sahaja 'scaling' itu, saya rasa puas (dan rasa gembira juga!). terasa gigi saya bersih. cuma nyilu sedikit semasa prosedur dijalankan. alah bisa tegal biasa (++,). kalau diikutkan ingin saya bertanya lebih lanjut tentang prosedur tersebut tetapi keadaan tidak mengizinkan. ada ramai pesakit lain yang sedang menanti di luar. aish! (**.)
selepas membuat 'scaling', penjagaan gigi perlu diteruskan. kena lebih rajin menggosok gigi. kalau tidak, tartar boleh terbentuk semula. rugilah kalau macam tu. berikut adalah beberapa tips penjagaan supaya gigi kekal bersih (^^,)
- berus dan flos gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. untuk praktis kita sebagai seorang Muslim, ada baiknya kalau kita dapat bersihkan gigi setiap kali hendak bersolat. bertemu Allah dalam keadaan yang paling baik dan bersih. seeloknya, gunakan berus yang lembut supaya lebih mesra gusi. gosok gigi sebersih-bersihnya terutamanya di kawasan yang tersorok. di situlah bakteria gemar bersukaria.
- buat pemeriksaan gigi secara berkala. lebih kurang 6 bulan sekali, berjumpalah dengan doktor gigi. sekurang-kurangnya gigi yang mengalami kerosakan kecil barangkali masih boleh diselamatkan.
- makan makanan yang seimbang kerana makanan yang kaya dengan gula cepat merosakkan gigi. sebabnya gula menyediakan suatu persekitaran yang kondusif untuk pembiakan bakteria dengan jayanya. lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.
- kumur air garam sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menjadikan gusi kuat selain merencatkan pertumbuhan bakteria.
jadi, jagalah gigi kita sebaik mungkin. itulah gigi kita sampai bila-bila. kalau tidak dijaga dari sekarang, susahlah nanti kita di kemudian hari. nikmat makan boleh hilang dengan pemakaian gigi palsu. penjagaannya pula lebih remeh. ini berdasarkan pemerhatian terhadap nenek saya dan gigi palsunya xD. lagipun, bukankah Islam sukakan sesuatu yang indah?
info: scaling teeth
p/s: sekiranya ada maklumat yang salah, tolong betulkan kerna saya bukanlah seorang 'toothfairy. tidak arif berkaitan hal gigi. kena refer pakar di Alor Star sana nun. kalau berkenaan ubat itu, bolehlah ;P
3 comments:
Sebagai seorang yg mempunyai gigi yang tersusun rapi dari kecik sehingga besar..saya berasa sungguh bersyukur dan best...sebab rmi yg habiskan byk duit untuk betulkan gigi..berpuloh puloh ribu..bukan sikit..tapi akibat selalu minum kopi..gigi saya skrg mcm ade tukar kale kuning cair sikit...tension...
hehe,...ana baru2 ni buat scalling ngan doktor pelatih dr UKM..hikhik..
gementar gak sbb depa ni pelatih baru..:P
tp ok la, cuma sakit2 sket jer...
mimi : pg la buat scaling. it may help =p..lg satu, kena pantang sikit2 minum coffee/tea
ija: hehe, sure takut kalau ngan fydo (first year dental officer.tp iAllah depa terlatih)
Post a Comment