Pages

6 March 2010

jangan kufur

Allah berbicara,

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
(Surah Al-Isra' :27)

Tips ketika membeli-belah:
  • tuliskan item-item yang mahu dibeli sebelum keluar rumah. kalau boleh, brainstorm 2-3 hari sebelumnya supaya tidak ada senarai yang tertinggal di kemudian hari
  • sewaktu membeli, buat perbandingan harga terlebih dahulu melainkan kita benar-benar sudah selesa dengan jenama tertentu. kadang-kadang boleh ada perbezaan harga yang signifikan. nanti menyesal =p
  • pastikan beli barang yang ada dalam senarai sahaja. jangan cuba-cuba mahu ditokok tambah kerna kelak ada bertambah panjang senarai tersebut =)
  • sekiranya ternampak sesuatu yang menarik pandangan retina mata, hati melonjak-lonjak mahu memilikinya tetapi sebenarnya tiada keperluan untuk membeli barangan tersebut, maka cuba alihkan pandangan anda ke tempat lain atau gantikan perasaan tersebut dengan membeli aiskrim atau makanan ringan lain
  • ada sesiapa mahu tambah? dipersilakan. kita kongsi sama-sama

3 comments:

nurunnuha said...

suka part ni:
..maka cuba alihkan pandangan anda ke tempat lain atau gantikan perasaan tersebut dengan membeli aiskrim atau makanan ringan lain

hehe, kalau bab beli buku pulak..
fikir macam ni : buku kat rumah tu tak habis baca lagi, boleh ke nak habiskan yang baru ni? =D

sarahfazalul said...

ehehe..yessza..takpun, jangan masuk kedai buku tu. tengok dari jauh je =p

Muallim Adham said...

salam ziarah kembali...

tahniah, smoga kesibukan anda dalam tugasan harian tidak menghalang anda untuk terus menulis dlm blog nh sebagai medium untuk melaksanakan tanggungjawab sosial berkongsi sesuau yg bermanfaat kepada smua...

professional seperti anda sangat diperlukan untuk terus membuka minda masyarakat dan turut menyumbang dlm pembangunan sahsiah..

ya waffaqakumullah..

Muddaris, Muaddib, Muallim dan murabbi

 

Template by BloggerCandy.com