beberapa pelajaran hidup yang saya peroleh selama beberapa bulan bergelar pelajar semula:
- jangan ambil pusing apa yang hendak dikata orang kerana mulut orang ini sampai bila pun tidak akan berhenti berceloteh. buat sahaja kerja sendiri
- bawa senyuman ke mana sahaja kita pergi. biarlah kalau orang lain tidak memberi sebarang respon tetapi yang penting kita sudah bawa cas positif melalui senyuman itu ke semua tempat. moga-moga orang lain pun mendapat tempiasnya
- tidak rugi bersungguh-sungguh sehingga tubuh terasa longlai kerana iAllah Dia akan memberikan pulangan yang lumayan di hari kemudian. maka terus berusaha, untuk dunia dan akhirat. semai sebanyak-banyaknya agar bisa dituai di akhirat kelak
- ada orang yang suka bercerita tentang diri mereka, impian mereka. dengarkan sahaja. mungkin kita tidak bisa menjadi sesemangat mereka tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang apa-apa. sebab kita punyai perancangan tersendiri. follow your own pace. jangan menjadi seorang yang bukan kita kerana ia tidak akan bertahan lama.
- sabar, sabar dan terus bersabar. dalam apa jua keadaan, sabar itu penawar segala-galanya.
- gembirakan jiwa setiap hari. dengan jiwa sebegitu, kita akan lebih terangsang untuk sukses. kalau stress juga, makan aiskrim tepi laut. syiok!
- positif dan optimis. mesti selalu ada sikap ini.

4 comments:
sarah, sgt sukee gmbr ni.. you look sooo sweet..
mintak aiskrim sket *wink*
rahsianya, sebab makan aiskrim yang sedap di tepi laut..cubalah sekali..syiok!
(^^,)
mcm mana nak mkn aiskrim tepi laut..sini takde laut..kesian, kan? :p
ahahaha..kak nadiah, tepi tasik pun boleh..bawah pokok rendang ke..mana2 yang akak rasa boleh cipta moment yg istimewa =)
Post a Comment