Pages

19 December 2007

ceritera tentang manusia

:: cerita pertama ::
malam tadi saya menerima satu message yang saya kira telah menerbitkan sedikit kesedihan di hati saya. daripada seorang sahabat lama. segagan dengan saya dari alam persekolahan sehinggalah ke menara gading. message dari si dia seolah-olah menyalahkan saya kerana telah melupakan dia. kami berbalas-balas message dan saya mengambil keputusan untuk berterus-terang apa yang terbuku di hati saya. si dia mengatakan saya sudah tidak rapat dengannya semenjak kami memasuki kampus berbanding sebelum ini. dia berkecil hati dengan saya. ah, kalaulah si dia juga tahu saya lagi berkecil hati dengannya apabila mengatakan begitu. saya akui, zaman kampus dan persekolahan/matriks yang saya lalui kedua-duanya berbeza seperti langit dan bumi. di kampus saya ternyata lebih sibuk sama ada aktiviti akademik dan bukan akademik (PSFUSM dan PMIUSM). berbanding di sekolah/matriks, boleh saya katakan 88% aktiviti saya adalah berunsurkan akademik. yang lain-lain sekadar aktiviti persatuan yang ringan dan tidak membebankan. andainya si dia tahu bukan ini kehendak atau keinginan saya tetapi ini adalah sesuatu yang telah Allah tuliskan untuk saya lalui. walaupun saya boleh memilih untuk tidak aktif di kampus tetapi hati saya mendesak saya untuk berbuat demikian. sebabnya mudah. saya ingin mengcungkil 'added value' yang mungkin ada dalam diri saya yang tidak pernah saya ketahui dan ternyata ada beberapa perkara yang ada dalam diri saya yang saya tidak tahu sebelum ini dan kini saya telah ketahui akannya (peningnya ayat ni..). dan atas sebab itulah saya menjadi sibuk secara tiba-tiba. kata si dia lagi, dia tahu saya ada kawan-kawan baru yang lain dan daripada ayat ini saya dapat menangkap si dia berkecil hati kerana saya tidak meluangkan masa saya bersama dia. untuk pengetahuanmu sahabatku, kawan-kawan yang selalu di sampingku itu adalah sahabat sekuliahku juga yang mana mereka tinggal berdekatan denganku maka mudahlah kami hendak bersama selalu. berbanding dirimu yang tinggal berjauhan denganku maka agak payah untuk kita selalu bertemu. jadual kuliah kita juga lain bukan? beban pengkuliahan kita juga berbeza. andainya dirimu ketahui bahawa aku sudah penat untuk memikirkan tentang dilema ini.

pada saya, persahabatan tidak dinilai daripada sekerap mana kita bertemu dan bergebang tetapi ia dinilai
daripada tanda ingatan kita terhadap sahabat kita itu. saya akui saya jarang menghantar message pada sahabat saya kerana saya bukanlah jenis yang suka berkepit dengan handphone. tetapi itu tidak bermakna saya tidak menghantar langsung sebarang berita. sekali-sekala saya bertanyakan juga. kesibukan boleh merosakkan perhubungan. itu kesimpulan yang saya buat. saya tidak pernah pinta untuk jadi sibuk sebegini. ia terjadi dengan sendirinya. saya yakin suatu hari ia pasti berakhir. dan saya harap ketika itu saya dapat menjernihkan kembali kekeruhan perhubungan ini. hati saya selalu berbisik, kenapa manusia tidak mahu memahami manusia yang lain?cuba memahami kesukaran yang dirasai, kesedihan yang mungkin dialami, dilema yang sedang dihadapi dan sewaktu dengannya. kenapa ya? tepuk dada tanyalah minda. untuk sahabat saya itu, saya benar-benar minta maaf kerana membuatkan dirimu berkecil hati denganku tetapi biarlah apa jua tanggapanmu padaku, kamu tetap saya sayang. iAllah andai kata saya berdaya, saya akan membina kembali apa yang telah hampir musnah cuma saya berdoa ia akan terus bertahan. Ya ALlah, may this ukhuwah lasts forever.

:: cerita kedua ::
pagi tadi saya bertemu dengan junior matriks saya, hasna di kafe pusat pengajian. wah seronok betul dapat jumpa dengan dia sebab dari dia saya mengetahui cerita-cerita terbaru tentang cikgu kimia kami, cikgu ahmad kamal ariffin b jamil (yeah, dapat ingat nama penuh!!hehe). sambil makan-makan, kami bertukar-tukar cerita tentang kenangan kami dengan cikgu kamal. cikgu kamal. suatu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar kolej mara kulim. mungkin pada sesetengah orang cikgu ini bukanlah seorang cikgu yang best tetapi pada saya, cikgu kimia saya inilah yang mengajar saya banyak benda tentang kehidupan secara langsung dan tidak langsung. apa yang paling suka tentang cikgu saya ini adalah semangat dan sikap dedikasinya. seringkali kami dinasihati supaya belajar betul-betul supaya kami tidak ketinggalan dalam dunia yang kini penuh dengan persaingan. memanglah cikgu saya ini sedikit tegas dan garang tetapi pada saya itu adalah perkara biasa pada mereka yang berdarah muda. mungkin ada faktor persekitaran lain yang menyebabkan seseorang menjadi sedemikian, bukan? apa yang boleh kita buat, kita cuba berlapang dada, iAllah tiada masalah kecil hati akan timbul di sini. saya sayang dengan cikgu saya ini. saya tidak bersetuju kalau ada orang yang mengatakan cikgu saya ini tidak mesra pelajar sebab pada saya dia sangat suka membantu pelajar. cuma pelajar-pelajar ini yang tidak mahu berjumpa dan bertanyakan pada dia. saya suka jumpa cikgu saya ini secara personal dan dari situ ada banyak tips yang saya peroleh terutamanya tentang dunia pembelajaran di kampus kelak. memang pada mulanya saya rasa sangat sukar menerima cara cikgu saya mengajar tetapi lama-kelamaan ia seakan sebati dengan saya. kami tidak ada masalah lagi untuk menjawab kuiz yang secara tiba-tiba diadakan, tiada masalah untuk mengadakan pembentangan dalam kelas kerna sudah terbiasa dengan konsep PBL yang cikgu perkenalkan kepada kami, kami sudah terbiasa dimarahi secara ekstrem dan sewaktu dengannya yang mana dari situ menjadikan jiwa kami, pelajar cikgu kamal ini lebih kuat dan tabah iAllah. untuk cikgu kamal yang saya kagumi, thanks a lot, sir. saya harap cikgu terus cemerlang di dunia dan akhirat. *sekarang ini, cikgu kamal sedang mengambil ijazah sarjana muda sains farmasi di kolej teknologi pulau. kolej ini ada collaboration dengan pusat pengajian sain farmasi USM. dalam kata lain, kami sama-sama adalah pelajar farmasi. sungguh manis sekali ^_^

ceritera tentang manusia dengan
pelbagai sikap yang berbeza tidak akan pernah habis. manusia memang penuh dengan 1001 tingkah laku yang mungkin boleh diduga dan tidak diduga. apa yang pasti, kita sebagai manusia perlu cuba mengenal diri sendiri dan mungkin orang lain. ada maksud hadith yang menggesa kita supa menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. jadilah manusia yang sejati. manusia yang tidak alpa. manusia yang sentiasa mengingatkan dirinya. manusia yang memahami manusia lain. manusia yang tidak rakus pada kekayaan dunia. manusia yang bersih jiwanya. saya berdoa saya dapat menjadi manusia yang berguna pada Islam dan manusia lain. kupohon darimu ya Rabbi, kikislah sifat mazmumah yang menghuni hati dan gantilah ia dengan mahmudah yang terpuji.

coffee for the day (_)3 : such is life

3 comments:

Anonymous said...

adakah kau lupa

sarahfazalul said...

tentang apa?ingatkan aku kembali.

Anonymous said...

human relationship - an unresolved complexity

a course you take, which you will never complete...

take care~
always

 

Template by BloggerCandy.com