
sedar tidak sedar, tinggal lagi 4 bulan sahaja sebelum saya menamatkan episod kehidupan saya sebagai seorang pelajar sarjana muda sains farmasi di bumi minden yang indah itu. rasa cepat sangat masa berlalu. saya masih ingat lagi ketika saya berada dalam tahun satu, pada minggu-minggu terawal sebagai mahasiswa, banyak persoalan yang berlegar di kepala saya. betulkah kehidupan di kampus lebih senang berbanding alam persekolahan? betulkah di kampus nanti kita mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling yang tidak sihat? benarkah itu dan benarkah ini?seribu satu persoalan menerjah di minda saya. ketika itu, tiada satu pun yang dapat saya jawab. tetapi setelah hampir empat tahun bergelumang dalam dunia mahasiswa, ternyata semua soalan itu dapat saya jawab dengan mudah. ya, hidup sebagai mahasiswa ternyata susah tiada yang senangnya. banyak perkara yang perlu dirasionalkan di minda. kalau mahu hidup senang, jadilah mahasiswa yang biasa-biasa sahaja; yang hanya tahu berseronok di sini sana. tetapi bukan itu jalan yang saya pilih. saya akui jalan yang saya pilih ternyata banyak onak dan durinya. adakala saya berjaya melepasi duri-duri tersebut tetapi ada masanya saya terpijak duri-duri tersebut lalu menangislah saya dalam diam menahan kesakitan. suatu yang pasti, saya suka dengan kehidupan di kampus yang saya harungi kerana saya merasakan di kampus inilah yang mengajar saya menjadi lebih dewasa. saya aktif dalam aktiviti persatuan sama ada Persatuan Pelajar Farmasi mahupun Persatuan Mahasiswa Islam yang kedua-duanya sangat saya sayang. dalam persatuan sebeginilah bakat kepimpinan saya diasah, minda saya ligat mengeluarkan idea yang selalunya tidak bernas pada hemat saya, di sinilah ikatan ukhwah antara saya dengan sahabat selain temah sekuliah dimantapkan. dengan adik-adik, kakak mahupun abang. sudah bermacam-macam jenis jawatan yang pernah saya pegang. biasanya sebagai ketua bahagian tertentu. bukanlah banyak jawatan yang hendak dibanggkan tetapi intipati dan ilmu-ilmu yang saya peroleh sepanjang memegang jawatan tersebut yang saya hargai sangat-sangat. mana mungkin ia boleh
diperoleh dari dewan kuliah? ;)
tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga dan tahun keempat sebagai pelajar farmasi memang menyeronokkan. sibuk, penat dan bermacam-macam lagi emosi bercampur menjadi rojak tetapi rojak inilah yang paling sedap untuk dimakan dan dikenang. saya pasti merindukan suasana sedemikian rupa tidak lama lagi. jadi dalam kesempatan masa yang ada ini, ingi saya gunakan sebaik mungkin untuk menguruskan diri saya dengan lebih baik, agar semua kenangan indah
dan tidak indah ini dapat saya pahatkan dalam minda saya.
empat tahun yang kini hanya tinggal empat bulan..jadi sarah, lakukan yang terbaik. buat sehabis baik. sarah pasti boleh!
1 comment:
rojak sedap satu! :p
Post a Comment