Pages

15 December 2007

hujan turun lagi (part 1)


tiba-tiba hati ini rindukan mama dan babah. suatu perasaan rindu yang sukar diungkapkan. padahal baru sekejap tadi sahaja berpisah dengan mereka.anak manja.hehe. tetapi terus terang hati saya tiba-tiba menjadi sebak. sebenarnya sejak semalam lagi hati saya sudah tidak keruan. memang ini yang saya akan rasai setiap kali mahu balik ke kampus. apalah sarah ni.

lusa kuliah akan bermula. bila tengok-tengok balik jadual kuliah semester ni, boleh semput jadinya. setiap hari kecuali rabu, hari-hari terisi dengan kuliah. pagi sampai petang. tambah pula, semester ini ada aktiviti di makmal. paling best sekali ada kuliah malam setiap hari kecuali hari rabu. memang mencabar fizikal dan mental sungguh. kerna itu, semester ini saya perlu bekerja keras. pulun habis-habisan. masa belajar perlu dirancang sebaiknya. tiada lagi aktiviti pembaziran masa. banyak keinginan yang perlu dikorbankan. tidak mengapalah kerana pengorbanan ini IAllah bakal membuahkan hasil suatu hari nanti. mudah-mudahan. Ya Allah, show me the way. guide me through this path. provide me with strength. help me ya Rabbi..

berusahalah sarah!!

2 comments:

Anonymous said...

banyak keinginan yang perlu dikorbankan.

azizah said...

love wins. love always wins.

 

Template by BloggerCandy.com