Pages

30 January 2008

because life is learning

1st week of clerkship:
what should i say ya?

minggu ini merupakan minggu yang memenatkan untuk semua orang. berderet-deret tugasan. tidur memang tidak menentu. clerkship di hospital - saya rasa memang best walaupun dihentam habis-habisan oleh dr syed (in-charged lecturer). barulah terasa betapa tidak cukupnya ilmu di dada. memang risau juga hendak masuk ke dunia kerjaya dengan ilmu yang serba sedikit ini. dan semestinya ilmu tidak akan pernah habis dipelajari. selama hidup kita adalah proses belajar. jadi terus belajar wahai sarah =)

selama dua hari
berada di hospital, banyak juga pengalaman baru yang ditimba. setiap orang perlu present case masing-masing. dan saya kira saya orang yang paling bertuah sebab kes saya dibincangkan bersama dr syed pagi tadi. perbincangan dengan dr syed lebih menarik berbanding dengan PhD student yang ikut serta. tetapi, memang saya ditembak habis-habisan pagi tadi. banyak persoalan yang tidak terjawab. entah ke mana hilang ingatan saya ketika itu. hmm, salah saya juga, tidak betul-betul belajar sebelum ini. nah, sekarang, terimalah akibatnya. saya tidak kisah, saya cuba mengambil peristiwa pagi tadi secara optimis. belajar dan terus belajar.

lepas ini, saya akan pastikan diri saya terus belajar. belajar apa-apa sahaja. untuk kawan-kawan saya, terus belajar juga ya. because life is learning!

to do list before 'berjimba' di teluk batek:
- submit thesis
- lab report dr yusrida
- prepare dr syed's cases for tomorrow 4-hrs discussion (dr syed lagi!)

g.o.o.d. l.u.c.k. girl!

5 comments:

Anonymous said...

:: G.O.O.D.L.U.C.K.G.U.R.L ::

Anonymous said...

PENGURUSAN EMOSI

Dulu, saya fikir saya sahaja yang tidak siuman kerana sering mengalami keadaan seperti ini. Tetapi selepas bersara dari dunia remaja dan mula beransur tua, saya tersedar yang ia suatu perkara biasa yang sering menimpa anak muda. Pergaulan saya bersama anak-anak muda di universiti, sering mendedahkan saya kepada cerita tentang depression mereka dalam pelbagai bentuk.

Ada yang kerana cinta.

Ada yang kerana pelajaran.

Ada yang kerana dakwah.

Malah ramai juga yang tidak pasti apa sebabnya… seperti saya.

Mungkin hormon belum seimbang dan gangguan emosi menjadi kebiasaan.

“Carilah satu dunia asing…untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah… sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah”, itu nasihat saya.

Carilah damai untuk diri sendiri.

Khususnya buat anak muda berjiwa dai, yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi… hanya kamu dan Dia… tiada yang ketiga.

Selamat mencari damai dan tenteram jiwa, wahai anak muda.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

ku petik untuk kau dan aku :) cewah,ayat bunga.

azizah said...

that's the spirit!

sarahfazalul said...

terima kasih zah, jamz, painkiller. terima kasih unt pengurusan emosi yang saya kira membangkitkan semula saya sedikit demi sedikit (^^,)

p/s: seolah2nya saya sedang mengalami kegagalan jiwa yang sangat kritikal je..(^.^)

Anonymous said...

hmm, nice paste painkiller.

 

Template by BloggerCandy.com