Pages

26 January 2008

cuaca yang mendung

minggu ini adalah minggu yang paling mencabar buat saya. sungguh, saya tidak pernah berasa sangat tertekan sehingga ke tahap apa yang saya telah lalui dan sedang dilalui. ya, ini ujian dariNya. dan saya telah tewas dalam ujian itu. saya tidak menang lagi. namun saya cuba bangkit dari kekalahan dan ingin cuba terus memenangkan diri saya. susah, penat tetapi saya tidak mahu mengalah. setiap hari hujan turun dalam diri saya meskipun cuaca Pulau Pinang tidak pernah suram. saya seakan-akan suda tawar hati dengan apa yang tengah saya lalui sekarang. tetapi saya perlu mengikut rasional di minda, tidak boleh sesuka hati meninggalkan sesuatu yang belum saya habiskan. ya, saya perlu bertabah dan bertahan. kepadaNya saya serahkan segala-galanya. hanya Dia yang mengetahui segala yang saya rasa. konklusi yang saya boleh buat, semester terakhir inilah semester yang paling susah buat saya. kerana saya semakin dewasa dari segi usia, maka ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan mengikut akal fikiran dewasa juga. oh hati, teruslah bertabah. biar apa orang kata, hanya hati saya yang tahu segala-galanya. kadang-kadang, wajah kita yang ceria tidak memperlihatkan apa sebenarnya yang terbuku di hati kita. dan kerana itulah orang tidak pernah menganggap kita juga manusia yang miliki pelbagai rasa. untuk diri saya, jangan pernah mengalah kerana tidak ada perkataan kalah dalam kamus hidup saya. terus mencuba dan mencuba. jadi diri yang sebenar. ini hanyalah ujian kecil dariNya. di hadapan, ada ujian yang lebih besar menanti tatkala diri lebih dewasa. moga dengan ujian yang tidak seberapa ini dapat mendidik jiwa supaya lebih cekal seiring dengan usia..'orang yang memiliki semangat, dia akan mencintai semua yang dihadapinya..'

minggu ini sahaja, ramai kawan yang mendatangi saya untuk mengadu nasib dan menurunkan hujan di riba saya. saya hanya boleh memujuk dan memberi sedikit sinar buat mereka. teringin sekali saya berbuat sedemikian kepada mereka tetapi saya tidak biasa. saya lebih suka beruzlah melayani jiwa yang serabut. kepadaNya saya adukan semua. sangat puas walaupun kadang-kadang rasa tidak puas. sukar untuk saya adukan pada kawan-kawan - saya rasa kurang selesa dan sedikit malu. pada mama dan babah - saya tidak mahu mereka bersedih dengan keadaan saya. saya mahu mereka tahu anak mereka ini seorang gadis yang kuat. jadi kepada siapa saya harus kongsikan semuanya? mudah-mudahan, suatu hari nanti, saya kan ketemu seorang insan yang saya boleh berkongsi segala-galanya. saya sangat ingin bertemu dengannya. bila? saya sendiri tidak tahu.

jadi, teruslah bersemangat ya, sarah!!

4 comments:

azizah said...

jangan sedih sarah, you're doing great honestly. and please, don't be too hard on yourself. let yourself grow in your own space & time.

'the best' that you want to be & 'the best' that people generally expect don't usually fit every single being.

ps: my dear, just be ready to get everything you're wishing for. once you're ready, it's there. it will be there -trust me =p

with lots & lots of love!

Anonymous said...

i would like to say exactly like what zahrahim said :)

bertabah,bersabar,moga terus kuat ya sarah :)

azizah said...

see sarah, how lucky you are... surrounded by people who care about you. just like the idiom "bagai bulan dipagar bintang"...

sarahfazalul said...

thanks a lot my dearest friends
'a friend in need is a friend indeed'

 

Template by BloggerCandy.com