Pages

10 January 2008

the new beginning

kesian roomate saya. she's having chicken pox. sekarang ini, banyak bintik-bintik merah yang mula bertumbuh dengan jayanya di seluruh badan dia terutamanya di bahagian muka. dan natijahnya, dia tidak benarkan saya memandang mukanya. uyun, tidak perlu rasa malu dengan akak. biasalah, akak pun pernah diserang demam campak. saya telah menasihat (memaksa) dia balik rumah sebenarnya sebab kalau berterusan dia tinggal di sini, dari segi pantang makanan kurang terjaga. dan saya amat faham di kala kita mengalami keuzuran hatta demam sedikit pun, alangkah baiknya kalau ada orang yang dapat melayan kita dengan sehabis baik. jadi, rumahlah tempat yang terbaik untuk proses penyembuhan, ada ibu yang pasti tidak jemu melayan kita. manalah tahu, dengan cara ini cepat sedikit demam campak itu beransur pulih. baliklah ye, uyun. akak sendiri bimbang tidak dapat jaga uyun dengan baik sebab jadual kuliah akak sendiri penuh dari pagi sampai malam. sabar ye adikku.

cakap pasal demam campak
, saya ingat lagi pengalaman saya semasa berada dalam tingkatan 5. ada seorang sahabat saya ini telah diserang penyakit tersebut di kala kami hendak mula menjawab soalan SPM 2002. aduh, saya sangat kasihan dengan sahabat saya itu. sudah pasti emosi terganggu. memang ujian yang berat pada mata saya. apatah lagi orang menanggungnya. selama tempoh SPM itu jugalah dia terpaksa dikuarantinkan. alhamdulillah saya pernah diserang campak sebelum ini, jadi tiada masalah untuk saya tinggal bersamanya ini dalam dorm yang sama. mujurlah ada mai dan a'an untuk sama-sama menemani sahabat saya ini. tetapi benarlah firman Allah di sebalik kesusahan pasti akan didatangkan kemudahan. dan ternyata sahabat saya ini telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM di sekolah kami. Allah memang Maha Adil. saya terfikir-fikir, kalaulah saya di tempat dia, adakah saya mampu menanggung penderitaan itu?wallahu'alam.

hmm, salam maal hijrah 1429. moga-moga tahun baru ini
akan menjadikan saya seorang insan yang lebih insaniyyah, lebih bagus ruhaniyyahnya, lebih kental batiniahnya, lebih kuat zahiriyahnya. iAllah. dan semalam jugalah seusai membaca doa akhir dan awal tahun, ada beberapa azam yang baru tercetus di minda saya. apa dia? biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan DIA. cuma saya boleh berdoa agar senarai azam itu dapat saya realisasikan andai kata itu yang tertulis buat saya.

coffee for the day
(_)3 : dare to be different!

2 comments:

azizah said...

terima kasih yg tak terhingga, sarah...

i love you!

Anonymous said...

uuu,ada virus kat atas tu..scary..


masa spm aku ingat ramai kena diarrhea.

 

Template by BloggerCandy.com