Pages

7 January 2008

sangat penat tapi sangat seronok

semalam - Pharmily Day. sangat seronok. sangat puas bermain walaupun terik matahari membakar diri. saya sukakan aktiviti sebegitu kerana dapat mengekspresi diri yang sebenar. tidak perlu 'cover2'. hehe. seawal pukul 7 pagi lagi saya dan beberapa kawan 'sekepala' saya menanti bas di padang kawad. kenapa saya katakan kawan 'sekepala'? kerana tidak ramai final year yang mahu join aktiviti sebegitu. hanya beberapa kerat dan muka-muka yang sama sahaja. tapi saya tidak kisah kerana masing-masing ada cara untuk mencari keseronokan dan inilah cara kami merawat hati kami yang penat. hehe. sesampainya di Youth Park, kami terus join senaman aerobik yang kebetulan sedang dijalankan. mengikut apa yang saya tahu, senaman aerobik sedemikian memang dijalankan setiap minggu. wah, seronok betul. saya dan amirah cari port yang kurang dapat dilihat oleh orang lain (tapi masih di padang tersebut) untuk ikut serta dalam aktiviti tersebut. menarik betul la. kan saya katakan, dapat mengekspresikan diri yang sebenar. lepas tu, kami terus dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. fini was in my group! yeayy!!dan adik2 yang best macam farish, zul, zakky, azman and mail pun ada sekali. serius saya rasakan saya boleh bengong kalau berterusan satu kumpulan dengan adik-adik 3rd year ni. they always know hom to make me laugh. muka matang tapi..hehe. guess sendiri la. ada dua session. sebelah pagi ada game football for boys + galah panjang and harry potter quidditch for girls. and i took part in both. memang sangat penat tapi sangat seronok. hehe. (saya perlu tekankan kenyataan ini berkali-kali untuk menggambarkan keriangan yang dirasai). sebelah petangnya, kami ada aktiviti sukaneka. di sebelah petang ni la saya rasa paling menarik sebab boleh bersama-sama dengan group members yang lain. dan di petang ini jugalah saya baru mengenali dengan lebih mendalam adik-adik yang menghiburkan tu. paling saya tidak tahan adalah masa last station : word guess station. these adiks came out with a plan yang penuh dengan penipuan. nak tak nak saya ikut je la. tak best la kalau skema sangat. dan masa station last inilah saya rasa saya dengan fini exercise mulut (gelak) dengan jayanya dek gelagat adik-adik yang ada kalanya saya rasa tidak masuk akal. hehe. it was so fun. at the end of the day, we found out that we just received consolation prize. huhu. saya terfikir-fikir, mungkinkahsebab kami menipu? saya rasa kami telah main sehabis baik. well, it was just a game.

p/s: badan saya sangat lenguh sekarang. inilah akibatnya kalau terlampau bersungguh-sungguh
sangat bermain. oh ye! semalam saya juga dapat bermain volleyball yang saya suka dengan junior 1st year. . boleh tahan jugak adik-adik tu. ^.^

check out my flickr account for some of our happy faces
http://www.flickr.com/photos/sarahfazalul/

5 comments:

Anonymous said...

hoho, muka serius jangan di judge tidak pndai berjenaka- dipetik daripada dun judge book by its cover :p

volley ball rules! tapi aku lebih tertarik dengan quidditch, n tgh membayangkan bagaimana dimainkan oleh korang, adakah juga dengan penyapu?

Anonymous said...

*smile*

sarahfazalul said...

quidditch~~
mmg kami main guna penyapu..cuma tk boleh terbang je..;)

Anonymous said...

penyapu?
hehe, mesti seronok (menontonnye)...

sarahfazalul said...

nak menonton??
hehehe..hanya yang bertuah je dapat peluang (^>^)

 

Template by BloggerCandy.com