semalam pukul 3.00am. hari ni pukul berapa pula ya? mungkinkah tidak dapat tidur terus? hmm..di kala ini, kami seramai 22 orang final year students including my beloved shamini and jaswinder sibuk mempromosikan kempen kesedaran kanser dalam kalangan masyarakat kampus. it's a charity work to collect some fund to be donated to the Penang Hospice. last year, kami turut terlibat dengan aktiviti yang sama dan alhamdulillah kami berjaya mengumpul rm1600. tahun ini, sasaran kami adalah rm3000. banyak bukan dan nampak macam susah untuk kumpul dalam tempoh 2 hari, tetapi IAllah kami optimis pasti boleh capai sasaran itu. seawal pagi lagi, kami berada di booth masing-masing, satu di foyer pusat pengajian dan satu lagi di depan foyer library. saya lebih suka berada di kawasan library, promosi lagi menarik. maka duitnya pun banyaklah yang masuk.hehe. oh, antara aktiviti yang kami adakan di booth tersebut adalah meneka kacang, jualan makanan seperti apple and orange, chocolate truffles, castard pudding, wafers etc. selain itu, kami turut memberi peluang pada orang ramai yang membuat sumbangan untuk sama-sama memberi sokongan kepada pesakit kanser supaya terus kuat meneruskan kehidupan menerusi nota kecil yang akan kami serahkan pada Penang Hospice nanti. dan sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui kepenatan kami yang seramai 22 orang ini, bersungguh-sungguh memujuk orang untuk menderma (hmm, kami tidak paksa pun ;>). dan pada masa yang sama kami sangat sibuk sebenarnya, dengan borang spa8 and resume yang perlu dihantar esok, laporan clerkship dan untuk saya sendiri, tesis ada sikit lagi nak kena siapkan dan malam ini, di kala kawan-kawan saya yang lain prepare untuk jualan esok, saya perlu bersama dengan junior saya untuk prepare sijil penyertaan untuk minggu penghayatan islam. hampir 200 sijil yang perlu disiapkan (saya adalah ahli jawatankuasa untuk bahagian hadiah dan cenderamata). ya Allah, bekatilah semangat jiwaku untuk terus berjuang di jalanMu. saya terlintas mengapakah kami masih ingin menambahkan kesibukan yang sedia ada?hmm, entahlah, yang pasti kami sangat seronok terlibat dengan Relay For Life, Fighting For Cancer. dan di sini, saya ingin memuji student chinese dan indian yang saya rasa sangat mudah untuk memberi sumbangan. barangkali, mereka punyai lebih kesedaran?
dan alhamdulillah, hari ini untuk tempoh 5 jam pagi tadi, kami berjaya mengumpulkan rm 860. syukur sangat!!ini yang buat kami lebih bersemangat untuk kutipan esok. people, would u like to donate too? (",)
2 comments:
boleh donate ikut maybank2u?
hmm boleh. atau bank in dalam account saya and saya akan salurkan terus to the respective person..=)
Post a Comment