Pages

1 February 2008

sepetang di queensbay

alhamdulillahirabbil'alamin. jutaan pujian kuhadapkan buatNya di atas segala kelancaran urusan yang harus kuselesaikan pada minggu ini. alhamdulillah, tesis saya telah dihantar pagi tadi. walaupun saya kurang berpuas hati kerana merasakan ada isi yang masih tidak cukup, saya perlu tetap menghantarnya juga pada hari ini supaya supervisor saya ada lebih masa untuk meneliti coletahan saya dalam tesis tersebut. apa-apa pun, saya masih akan terus memperbaikinya dari semasa ke semasa. alhamdulillah, minggu ini telah saya dapat lalui. memang sangat penat dan di kala saya menaip entri kali ini, kepala saya terasa sangat berat. badan sudah penat. telah saya maksimumkan penggunaan tenaga saya untuk menghadapi liku-liku hidup yang mencabar hinggalah ke hari ini. (~~,)

sebagai ganjaran, saya keluar berjalan-jalan di queensbay petang tadi bersama maryam. kami pergi ke baby department terlebih dahulu sebab maryam ingin membelikan beberapa pasang baju untuk anaknya. saya tumpang sekaki sekali. saya pun beli dua helai skirt untuk my little sarah. tidak sabar rasanya melihat dia memakai skirt biru dan dan rosy peach yang kedua-duanya mempunyai english style. pasti comel =)

selepas itu, kami jalan-jalan di ladies department dan saya rasa teruja melihat beberapa long dress yang saya kira sangat lawa dan unik dan memang memenuhi citarasa saya. hmm, tunggulah suatu masa nanti, saya akan membeli sehelai dua. apabila tiba masanya kelak :P.pasti. kebetulan di situ ada handbag sale. 80%!!hee, saya dan maryam masing-masing membeli sebuah. saya ingin hadiahkan untuk mama. rasa-rasanya macam sudah lama mama tidak membeli handbag baru. harap-harap mama suka dengan pilihan saya itu. dark brown (my fav colour!)

seterusnya adalah destinasi kegemaran saya : Borders dan Popular. ada beberapa buku yang termasuk dalam wishlist saya tetapi hanya dua buah yang saya jumpa. life is an open secret (sudah lama saya mencari-cari buku ini) dan clinician's pocket drug reference (yang saya ingin saya hadiahkan untuk secret person saya dalam aktiviti bertukar hadiah di teluk batek nanti. agak mahal tapi saya rasa puas hati kerana memang saya ingin memberi sesuatu yang boleh diguna. biar ada kesan sentimental sedikit. hehe. siapalah yang bertuah itu nanti ye? ;)

akhirnya, destinasi terakhir kami --> kenny rogers. saya makan puas-puas, lunch merangkap dinner saya sekali. syukur alhamdulillah. terima kasih maryam yang sudi menemani saya. oh ya, saya berkesempatan meninjau-ninjau baju di somerset bay. ah, sekali lagi saya teruja melihat long skirt, blouse, long dress yang saya kira sangat-sangat menepati taste saya. saya sukakan design sedemikian rupa, ada english look dan berbeza dari yang lain. teringin sangat nak beli sehelai skirt violet di situ tetapi terpaksa kupendamkan hasrat itu buat masa ini. mahal sangat harganya. tidak setaraf dengan level saya sebagai seorang student. tunggulah bila sudah bekerja nanti..

apa-apa pun, hari ini telah berlalu dengan indah. syukur tidak terhingga padanya. esok kami akan bertolak ke teluk batek untuk percutian batch malay final year. saya ingin merehatkan diri saya sepuas-puasnya. oklah, saya ingin membaca life is an open secret. see ya! happy hols to everyone!

5 comments:

Anonymous said...

clinician's pocket drug reference

bagus ya buku ni? :p aku ada versi poc pc yang tak pernah aku gunakan lagi, haha.boleh la cek lepas ni.

azizah said...

=)

semoga satu hari nanti sy dpt pegi shopping dgn awk, sarah.

haha, u can show me all the best shops and all. waa~ seronoknye!

mfrstudio said...

oh banyak shopping.

aku mungkin akan ke kelantan bulan mac ni sempena pilihanraya umum, sambil melawat kawan baik aku kat sana.

rumah dia 300 langkah dengan rumah kawan ko sarah si zetty..? aizati? aku pun tak kenal, yang kat pasir mas.

ok, semoga dapat melangkah ke alam pekerjaan dengan cemerlang.

wassalam.(aku menulis pada malam persiapan exam yang masih belum tamat)

sarahfazalul said...

zah, kalau ada peluang, memang saya nk keluar berjalan-jalan dengan awak, iAllah one day nnt k?

mfr, aizati a.k.a zetty tu mmg coursemate aku. nnt khabar2kan benda interesting suasana pru kelantan kat aku ya.

Anonymous said...

hm.. =)

 

Template by BloggerCandy.com