Pages

22 April 2008

girls nite!

alhamdulillah. akhirnya dapat juga saya menyelit di kala kesibukan mendominasi minggu terakhir saya di bumi minden yang serba hijau ini. semalam, tepat 12.00 tengah hari, tamatlah perjuangan sebagai pelajar sarjana muda sains farmasi. saya merasakan seolah-olah terlepas satu beban berat yang saya galas selama ini. tetapi itu tidak bermaksud bahu saya merasa ringan. malah , saya merasakan satu beban yang lebih berat - alam kerjaya yang penuh mencabar. inilah masanya untuk menjadi dewasa. seusai peperiksaan terakhir itu, kami pelajar tahun akhir diberikan sedikit jamuan makan tengah hari oleh pihak pusat pengajian. terima kasih!memang saya makan bersungguh-sungguh (sebab beberapa hari lepas kadang-kadang sahaja saya menjamah nasi. gara-gara applied therapeutic!). penat yang masih berbekas, petang itu juga selepas zohor, saya dan beberapa kawan melangkah ke kompleks bukit jambul yang semester sekali sahaja kami jenguk (sibuk sangat, tidak sempat hendak bersosial) - mencari buku cerita. saya sangatlah seronok sebab dapat menjumpai buku-buku yang ingin sangat saya baca iaitu edensor dan laskar pelangi hasil tulisan andrea hirata. dan tentunya tangan saya tidak dapat membiarkan sahaja Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburrahman el Shirazy terlepas begitu sahaja. nah, banyak juga saya belanja untuk ketiga-tiga buku itu. dos kumulatif buku untuk tempoh 4 bulan.

di sebelah malamnya pula, kami seramai 8 orang (mesti ada atiqah dan zetty dan amirah) membuat anjakan paradigma makan malam di padang kota lama yang popular di pulau pinang ini. selama 4 tahun kami tinggal di penang, inilah kali pertama kami ke sini, menghiburkan hati (saya pernah ke sini sewaktu di tahun 2 bersama kakak roomate saya yang comel - kak nurul). agak menakutkan juga sewaktu membuat pesanan. segerombolan lelaki ajnabi (pekerja di restoran berdekatan) mengerumuni kami mengambil pesanan. masing-masing berlumba-lumba untuk memperoleh tempahan. hmm, gerun sungguh! saya memesan laksa penang, ais kacang dan kerang bakar!!alhamdulillah, semuanya sedap-sedap belaka. habis makan-makan, kami berjalan-jalan mengambil angin di tepi laut. kami bersantai di benteng yang menjadi pemisah laut dan kawasan darat, sambil menghirup angin laut yang memberi satu keselesaan yang tidak terkata. lepas itu, kami berjalan-jalan sambil menjadi photographer sambilan. haih, macam-macam benda merepek yang kami gayakan. mengeksperesikan diri yang sebenar. paling menarik, kami berlima yang daring sikit, berbaring di atas padang yang luas sambil memandang ke langit yang kelam. ya Allah, betapa damainya saya rasa di kala itu, menatap ciptaanNya. rasa sangat tenang. lagi satu, kita jarang sungguh melakukan sesuatu yang tidak salah, tetapi malu melakukannya sebab jarang-jarang orang lain buat. hmm, saya cadangkan, baik cuba. seronok!

dalam pukul 11 malam, kami terus pulang. yelah, anak dara tidak baik balik lewat malam kan.

apa yang saya boleh simpulkan - kami rasa puas!

terima kasih Tuhan!

3 comments:

azizah said...

*smile*

sangat seronok membaca entri awak. senyum-senyum sampai telinga!

semoga genap 2 thn lagi saya pun dapat rasa seronok yang sama =)

mmuuuahhh! thanks for sharing your happiness here. a source of joy!

Anonymous said...

hmm..seronok baca komen azizah, penat aku try bayang macam mana dia senyum sampai ke telinga (*.*)

sarahfazalul said...

haha..seronok baca komen korang. senyum sampai nk terkoyak telinga ni :)

 

Template by BloggerCandy.com