Pages

8 April 2008

:: imtihan mode II ::

alhamdulillah. kertas APB dan jaminan mutu yang 4 unit itu sudah lepas semalam. terasa lapang sedikit. cuma sedikit khuatir kerana ada beberapa soalan yang saya jawab dengan rasa kurang puas hati di jiwa. mana tidaknya, saya tidak pernah menjangkakan ada soalan begitu, maka tiadalah isi-isi penting berkenaan dalam peta minda peribadi saya. huhu. memang saya guna logik akal sahaja. dan mudah-mudahan logik akal itu memang betul logiknya. tetapi sungguh saya rasa tenang sahaja semalam. pasti ini berkat doa insan yang baik hati di luar sana. terima kasih ya!

07/4/08: Good Manufacturing Practice
11/4/08: Hospital Pharmacy Practice
16/4/08: Community Pharmacy Practice
21/4/08: Applied Therapeutic II

satu lagi sajak buat siti sarah untuk mengekalkan semangatnya di tahap optimum

hanya tinggal lagi tiga,
jawab semuanya dengan geliga,
tidak sabar menarik nafas lega,
sambil minum jus mangga |_|3

berusahalah sarah!

3 comments:

azizah said...

teruskan usaha ya sarah... pertolongan Allah bersama org2 yg sabar.

|_|3 jus mangga utk sarah.

Anonymous said...

berusahalah and slamat maju jaya..dr seseorang

sarahfazalul said...

zah:
yummy~~sedapnya zah

anonymous:
terima kasih!!(siapa ya??)

=P

 

Template by BloggerCandy.com