Pages

5 April 2008

menjadi pemburu

hari yang sangat penat buat saya. dari pagi, mengadap nota kuliah dr peh yang agak membosankan tu (oopss, memang pun). sampailah ke petang, terus keluar mencari makanan kerana sememangnya cafe-cafe tutup setiap petang sabtu. maka menapaklah saya, atai dan meer ke pasar malam memburu makanan. dan seperti biasa, dalam 30 minit kami sudah dalam perjalanan balik. sebabnya pemburuan kami ada objektif. seperti biasa, matlamat jangka pendek saya ke pasar malam adalah untuk mencari nasi kerabu (hari ini berlaukkan ikan + solok), 'cup corn', air soya dan paling tidak tinggal, laksa. kesemuanya saya beli daripada peniaga kegemaran saya. kerana seharian saya mengadap nota, balik sahaja dari pasar malam, seusai solat maghrib terus saya syahid seketika. dan akibatnya, pukul 10.30pm baru saya terjaga semula (Ya Allah, ampuni daku) dan sekarang saya perlu meneruskan pembacaan saya untuk nota kuliah seterusnya iaitu kuliah dr nina yang saya sangat-sangat suka itu. badan memang terasa penat tetapi apalah nilainya sebuah kepenatan itu jika saya membayangkan kejayaan manis yang saya inginkan di hari kemudian kelak.

Ya Ilahi, kuatkanlah hati hambaMu yang seorang ini
.

2 comments:

azizah said...

you go girl!
may Allah bless your hardwork with barakah...ameen.

sarahfazalul said...

terima kasih azizah yang paling manis!

 

Template by BloggerCandy.com