Pages

24 March 2008

a story of a lab girl

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
i'm done with my scarry viva.
i'm done with my time-consuming yet interesting final year project.
this friday will be the last day for final ammendment submission.

sedikit cerita sekitar viva petang tadi.
sememangnya saya merasakan segerombolan serangga yang ada dalam di alam dunia ini berterbangan sebebasnya di dalam perut saya. sungguh, saya tidak pernah merasakan sebegini gementar, hanya ALlah yang mengetahui. sejak dari malam tadi saya, meer, zet and atai berlatih sama-sama. syukurlah ada sahabat-sahabat yang sentiasa bersemangat macam mereka. mengikut jadual sebenar, sepatutnya saya menjadi orang pertama tetapi atas sebab tertentu, saya menjadi orang keempat. hanya Allah yang mengetahui perasaan dan kegementaran saya di tahap maksima ketika berada di dalam bilik mesyuarat. dan ketika giliran saya tiba, saya berpura-pura berkeyakinan tinggi. mujurlah saya mendapat senyuman dari dr abas, dr naseer (kedua-duanya examiner tesis saya), prof zaini (supervisor saya) dan dr aidi a.k.a. abang aidi. saya kira senyuman itu adalah senyuman pemberi semangat. dan bermulalah sesi pembentangan saya. syukur, ia berjalan lancar. di akhir pembentangan, saya mendapat pujian daripada dr naseer yang suka akan slide shows yang saya telah sediakan. hmm, tidak sangka la pula. syukurlah. seperti biasa, ada sesi Q & A. dan saya sedaya upaya menjawab soalan tersebut cuma saya kurang berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan kepada dr naseer. beliau tidak faham dengan kaedah penyediaan ampaian untuk minyak habbatus yang saya lakukan. dan paling menarik, dia bertanyakan kandungan Tween 20. alahai, itu bukanlah bidang yang saya perlu kaji sedalam-dalamnya. pensyarah-pensyarah lain hanya senyum sahaja mendengar sesi perbualan kami itu. barulah saya faham, dr naseer adalah seorang medical dr, sebab itu dia tidak pernah dengar akan Tween 20. Tween 20 adalah suatu surfaktan yang biasanya digunakan untuk memudahkan percampuran antara minyak dan air. hmm, tidak mengapalah. sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu dari situ.

haih, syukur sangat-sangat dengan segala kemudahan yang ALlah sudah berikan buat saya. sesungguhnya di sebalik kesukaran itu terselit kemudahan. selepas solat asar, kami berempat (gadis makmal) memberi ganjaran buat diri sendiri dengan keluar makan di restoran berkat. tomyam campur, daging masak asparagus dan kangkung goreng belacan. yummy! kami makan dengan penuh selera. masing-masing lapar tidak terkata.

kami pasti merindui saat-saat manis kami berjalan jauh, berpagi-pagi ke makmal. untuk saya, bergelumang dengan tikus-tikus seorang diri. kami pasti merindui saat kami kelam-kabut menyiapkan tesis masing-masing. dengan komputer yang bagi masalah di saat-saat akhir. kami pasti merindui saat kami berjaga hingga lewat malam. ya, kami pasti merindui semuanya. kenangan kami gadis-gadis makmal. dan untuk saya, syukur kerana saya tergolong sebagai gadis makmal. banyak sangat-sangat erti hidup yang saya pelajari sepanjang melaluinya.

aha.

i received few 'good luck' messages from my fellow friends including the unexpected one ;P
thanks all!
Allah bless you guys.

2 comments:

Anonymous said...

congrates :)

azizah said...

i can't help smiling from start till the end... =)

 

Template by BloggerCandy.com