Pages

31 January 2010

baiti jannati

jika anda punya tabiat menyimpan barang lama, sila uruskan sebaik mungkin. kelak anda akan menghadapi masalah ketika berpindah rumah. sepetang membantu abang saya berpindah rumah. memanglah banyak sungguh barangnya. saya menjadi 'tukang angkat' je. takdelah nak tolong sort sebab bukan barang kita. kalau saya, banyak je barang yang akan masuk dalam plastik hitam. masa buat house cleaning baru-baru ni sebelum berpindah ke selangor, banyak juga barang lama sejak zaman saya bersekolah yang saya buang. pada mulanya mahu simpan sebab ada sentimental value kononya tetapi kalau keychain yang sudah berkarat rantainya itu takkan la mahu simpan juga kan?ehehe. berbalik pada rumah abang saya tadi, kedudukannya agak strategik pada hemat saya. bukan di hadapan jalan utama. maka, bolehlah anak-anak saudara saya main dengan sebebasnya. dekat dengan surau. banyak juga rumah orang Islam yang berdekatan. alhamdulillah. seronoknya alahai, sudah bisa ada rumah sendiri. bolehlah sesuka mendekorasi rumah. dan penting untuk memilih di lokasi yang kondusif kerana perkembangan anak-anak juga bisa terkena tempiasnya. dan perlu untuk kita usaha untuk menrealisasikan konsep 'baiti jannati'. insha-Allah, kita bincang suatu hari nanti =)

oh ya, apabila kita melangkah ke rumah baru, ada beberapa adab yang Islam sudah ajar. Islam ini memang cukup lengkap. dari sekecil-kecilnya hinggalah urusan yang besar ada adab dan tatasusilanya. amat rugilah mereka yang tidak mahu jadikan Islam sebagai cara hidup. di bawah saya kongsikan sedikit info di bawah.

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:


a. Memberi salam ketika masuk ke rumah. dan sememangnya kita digalakkan memberi salam semasa masuk ke dalam rumah

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
[Al-Nur 24:61]

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa di dalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda:
'Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’

Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
(‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq)

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)


“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”

rujukan: Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa

p/s: jamuan itu ala-ala house-warming juga. bilalah agaknya abang mie nak buat house-warming?saya wajib datang!

6 comments:

Nadiah Sidek said...

bab2 simpan barang2 lama ni pun jadi tabiat akak :D. sayang je rasa nak buang tapi sampai 1 masa (nak2 mana nak pindah rumah) memang terpaksa la pejam mata buang benda2 yang patut dibakulsampahkan..huhu

abg sarah duk di KL ke? senang la ye. boring2 takde benda nak buat boleh lepak kat sana ;)

sarahfazalul said...

pejam mata dan buang. hati bisa jadi tenang lepas tu..

ha'ah, abang di kajang sorang, di shah alam sorang. alhamdulillah, bolehlah menumpang kasih di bumi orang..ehehe

nurunnuha said...

saya pun suka simpan barang-barang lama. dulu pernah buat cleaning sekali, banyak jugak yang layak masuk plastik hitam. tapi rasanya sekarang macam banyak balik je.. ngee~ :D

tiba-tiba rasa macam nak balik rumah. =p

Abdullah Al-Mutakabbir said...

salam sarah,
1.itulah yg terbaik sebenarnya...lagi byk harta simpanan kita..lagi lambat la kita tunggu nk dpt masuk ke syurga..lebih2 lagi harta yang sdh tidak digunakan,akan tidak digunakan,yang tak pernah digubnaakan...semoga kita dijauhkan..dan beroleh hati yang tenang..
2.baru2 ni kami buat kursus PR-photography d BTR..km jemput Ketua Unit Photography UTUSAN..memang sangat amat seronok..tba2 akak teringat kat sarah..tp syngnya, penyertaan terhad..insya Allah ada rezeki lain kali sarah join kami..
3.jaga diri..

sarahfazalul said...

nuha: dah banyak, buang lagi =)

nunwowro:ye ke?lain kali kalau ada lagi, sila ajak sarah. mahu belajar!tq sis~

fata said...

hi sarah..
pasal pindah rmh br tu, ms mula2 pindah kt rmh yg tgh dihuni skrg ni, suami ada azankan setiap sudut rumah.katanya utk elakkan 'gangguan'.maklumlah lokasi rmh ni di sudut terpencil usm.dl sy berbelah bagi jg nk duk cni (penakut...)tp lani alhamdulillah ok je walaupon duk sorg =p

 

Template by BloggerCandy.com