sibuk. baru usai menjawab soalan ujian subjek 'biotechnology of malaria'. agak menarik konsep ujian yang pensyarah saya ketengahkan kali ini iaitu 'open-journal examination'. kami diberi satu soalan. dari soalan itu, kami perlu huraikan isi yang berkenaan dengan soalan tersebut dan tentunya yang ada bukti saintifik. tempoh dua untuk siapkan sekurang-kurangnya 15 muka surat tidak termasuk rujukan. uish, cabaran sungguh untuk saya. pertama kali menduduki ujian sebegini rupa. menarik juga sebenarnya. masa yang lebih flexible tetapi perlu produktif. maka, mengadaplah saya dua hari berturut-turut depan skrin, bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut. alhamdulillah, 2.30am hari jumaat, terus saya emailkan kepada pensyarah. ngam-ngam 15 muka surat. saya dah tak tahu mahu masukkan isi apa lagi. moga diberkati. dan terus sahaja insomnia lepas itu. pukul 4am lebih baru bisa tutup mata. mana tidaknya, asyik terbayang ayat-ayat dalam journal. aish!
sebagai balasan untuk diri sendiri, saya pergi menenangkan minda walhal takdelah stress mana pun semalam. saja mahu menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri agar lebih bermotivasi selepas ini. picnic di hadapan masjid putrajaya bersama room-mate, ellis. menunya, sudah tentu spaghetti. pulun masak kat rumah abang petang semalam. alhamdulillah, tenang sungguh makan-makan di hadapan masjid sambil melihat variasi suasana. suasana outing bersama keluarga, suasana outing dengan kawan-kawan, suasana main badminton, roller-bladding dan tidak kurang juga ada yang bawa kucing peliharaan bersiar-siar. ehehe. ternyata menggembirakan sungguh picnic malam tadi. terbang sudah segala penat dalam diri. alhamdulillah.
adakalanya, kita perlu adakan sistem 'self-rewarding' untuk diri sendiri. ia dapat bertindak seperti catalyst yang boleh meningkatkan lagi penjanaan kesungguhan kita untuk bekerja. letakkan suatu target yang ingin kita capai, laksanakan sungguh-sungguh urusan kita itu dan insha-Allah pada akhirnya, ada kepuasan yang bakal kita nikmati. Islam sendiri menganjur umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suatu urusan. ini dijelaskan dalam surah al-insyirah, ayat 7-8:
"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap"
kerna dari kesungguhan itu akan menghasilkan buah yang ranum. tidak di dunia insha-Allah di akhirat kelak. semoga kita dan muslim seluruh dunia bersungguh-sungguh mengerjakan urusan masing-masing agar kita ternampakkan sebagai suatu golongan yang produktif dan pro-aktif, insha-Allah
p/s: kena bersungguh-sungguh siapkan 'kerja sekolah' hari ini


5 comments:
shukee.nak g picniclah..
gambatte kudasai..
p.s: kalau tgk asben iza buat take home exam (bw balik umah n jawab soklan) soklan punya susah dan sangatlah membazir ms sebab nak study benda lain..soklan take home exam mmg susah.. ;((
yay! sarah dah sipakan kerja sekolah. macam ni la cikgu suka :D
manis ke limau tu. sila pos sini skit ye ^^
ehehe..kena sambung kerja sekolah lain pulak cikgu..
alhamdulillah, mmg limau-limau tu manis. pilih berdasarkan firasat mata =p (tak dapat nak pos, nanti busuk atas flight)
entri ini buat saya rindu semangat kamu.
piknik ye? mcm best je... dah lama xpiknik dgn tenang...
rindu semangat saya?
iAllah tunggu balik malaysia, ada kesempatan kita picnic by the lake sama-sama, ok? (^^,)
Post a Comment